Mengundang Curahan Hidayah & Rahmat y Maha Khaliq

SIFAT-SIFAT HIZBULLAH DI DALAM AL-QUR'AN

By NOR AZAM MOHAMAD TAMJIS

Firman Allah swt;


"Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa murtad di antara kamu dari agamanya, maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintai akan-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang-orang mukmin, yang berkeras (tegas) dengan orang kafir, mereka berjihad di jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Itulah kurniaan Allah, diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. Hanya sesungguhnya pimpinan kamu adalah Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang beriman; iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka yang tunduk (patuh kepada Allah). Dan barangsiapa menjadikan Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman menjadi pimpinan, maka sesungguhnya Hizbullah (pendokong agama Allah) yang pasti menang"
(Surah Al Maidah ayat 54-56)


Berdasarkan ayat di atas, dapatlah disimpulkan beberapa sifat-sifat Hizbullah atau pendokong perjuangan Islam ialah;

1. Mereka menyintai Allah (dan agama Allah yakni Islam) mengatasi cinta mereka terhadap perkara-perkara yang lain. Cinta pada Allah diletakkan pada takhta paling tinggi dalam carta cinta mereka dalam permaknaan cinta sejati yang luhur, ikhlas dan suci dengan sentiasa mendekatkan diri dengan Allah swt (Hablum minallah)

2. Mereka bersikap lemah lembut sesama saudara muslim dan orang-orang yang berlembut dengan mereka. Mereka sentiasa berkata baik, bertingkah hemah dan akhlak yang menyenangkan sesama mukmin (Hablum minannas)

3. Dalam masa yang sama, mereka tegas dan merasai izzah terhadap golongan kafir yang memusuhi Islam dan golongan musuh yang pelbagai bentuk dan cara. Mereka tetap dengan pendirian Islam sebagai tuan di dunia dan Allah penegasan tertinggi hidup dengan tidak rela melihat agama Allah dipermain atau diperlekeh musuh.

4. Mereka berjihad dan berkorban pada jalan Allah dengan segala keupayaan yang ada pada mereka demi kelangsungan Islam. Mereka berkorban dengan keringat kudrat tenaga, perahan akal minda, masa, harta benda, kekayaan, pangkat malah nyawa sekalipun sebagai taruhan demi perjuangan Islam.

5. Mereka tidak takut kepada fitnah dan celaan ahli cela. Penghinaan ahli hina. Dan pelbagai bentuk diskriminasi yang bakal dihadapi pendokong-pendokong perjuangan Islam kerana tarbiyah diri telah memberitahu sememangnya perjuangan Islam ini perjuangan yang dipenuhi dengan celaan orang-orang yang mencela dalam kalangan musuh Islam. Sesungguhnya celaan terhadap mereka itu tidak sedikitpun mengurangkan kemuliaan mereka di sisi Allah disebabkan keimanan mereka terhadap perjuangan Islam.

6. Mereka memberi wala' dan ketaatan kepada perintah Allah dan Rasul-Nya serta pemimpin yang mentaati Allah dan Rasul-Nya sebagai pengukuhan jemaah yang menghidupkan kekuatan demi cita-cita perjuangan.

Wahai sahabat seperjuangan sekalian! Ayuh muhasabah diri. Adakah kita Hizbullah, Pendokong agama Allah???

 

Assalamualaykum wrt. wbt.

Pada awal bulan Ogos ini, saat kaum muslimin dan muslimat di Malaysia sibuk dengan kedatangan Ramadan al-Mubarak, Negara dikejutkan dengan berita pemeriksaan yang dijalankan Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) di sebuah Gereja Methodist. 

Saya ketika itu menyambut kedatangan bulan Ramadan, turut memberi perhatian dan mengikuti isu ini dari semasa ke semasa. Seingat saya, pemeriksaan dilakukan pada 3 Ramadan dan media mula ‘memanaskan’ berita  bermula 4 Ramadan. Pelbagai berita yang saya terima, tidak kurang juga sahabat handai yang bertanya pendapat menerusi sms dan juga laman sosial ‘facebook’ mengenai perkara ini. Cuma jawapan awal saya ketika itu yang memerhati dengan teliti, ‘perlu siasat terlebih dahulu perkara yang berlaku, barangkali ada pihak giat mempolitikkan isu ini melalui media’. Ya, memang benar ketika itu di media digambarkan JAIS membuat serbuan. Jadi perkataan ‘raid atau raiding’, serbu atau serbuan itu yang memberi satu gambaran pintu itu dipecahkan dan ditendang sebenarnya tidak berlaku dalam majlis ‘Thanksgiving Dinner’ tersebut. Dalam bahasa kita, majlis tersebut seperti kenduri kesyukuran. 

Saya sendiri  berpendapat tidak wajar mengganggu majlis yang berlangsung di gereja tersebut, tetapi memandangkan menurut laporan, terdapat 20 orang muslim dalam majlis keagamaan itu, 12 orang dewasa; 3 orang lelaki dan 9 orang wanita dan juga 8 orang kanak-kanak. Saya melihat ini merupakan suatu usaha terancang untuk mengikis aqidah penganut Islam yang hadir dalam majlis tersebut. Bagaimanakah status aqidah mereka itu nanti? Tindakan JAIS membuat pemeriksaan di gereja tersebut adalah wajar pada pendapat saya. Berkenaan laporan media yang menggambarkan gereja diserbu dan memburuk-burukkan JAIS adalah suatu fitnah. Kita seharusnya menunggu laporan penuh mengenai pemeriksaan tersebut daripada pihak yang terlibat sendiri. Saya mempersoalkan status aqidah 20 orang penganut Islam itu sebab dalam majlis tersebut adanya satu prayer intersession sembayang orang Kristian di mana meminta Nabi Isa untuk memohon kerestuan tuhan mereka. Pesong atau tidak? Pesongkan. Jika terbukti pemesongan tersebut berlaku, ia adalah dakyah terancam yang perlu ditangani segera dengan menguatkuasakan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam yang sedia ada di kebanyakan negeri, sejak tahun 1988.

Kesalahan yang termaktub dalam enakmen itu ialah:

 

sambungan..


Dialog di siang hari : seorang guru sedang mengajar di kelas tingkatan 3.

“Hari ni 1 Ramadhan, ustaz nak tengok berapa ramai yang berpuasa. Angkat tangan yang puasa!” Arah ustaz kepada pelajar-pelajarnya.

“Bagus, semua berpuasa hari ini. Takde yang ‘ABC’ jugak ye hari ni, “ ustaz tersebut memuji pelajar-pelajarnya.

“Baiklah, kemudian siapa yang solat Subuh hari ini, tolong angkat tangan!” Arah ustaz lagi.

“Astaghfirullah al’azim. Kenapa boleh separuh yang tidak solat Subuh ni?” Soal ustaz meminta jawapan daripada pelajar-pelajarnya.

Semua lantas terdiam di dalam kelas tersebut. Lalu datang satu suara yang memecah kesunyian kelas.

“Ustaz, macam biasa la, kami keluar awal dari rumah tunggu bas. Takut tertinggal punya pasal lah,” jawab seorang pelajar.

“Habis tu, macam mana boleh kata yang kamu ni berpuasa?” Soal ustaz.

“Saya puasa sebab saya sempat bersahur,” jawab pelajar tersebut.

“Solat subuh wajib tak?” Soal ustaz kepada semua pelajar.

“Wajib, “ jawab semua pelajar.

“Puasa ramadhan?” Soal ustaz lagi.

“Wajib,” jawab semua pelajar.

 

Sebelum bait-bait sajak ini dijamah pandangan,
diselami maksudnya, kita memulakan bacaan dengan melafazkan kalimah barakah,
Bismillahirrahmanirrahim. Semoga keberkatannya hingga ke akhir pembacaan tulisan ini.

Ramadhan ini...
yang datang menjengah kita kembali,
membawa seribu kesucian,
mengendong sejuta keberkatan,
yang pasti ia hadiah dari tuhan.

Ramadhan ini..
yang mengajak kita kembali,
mensucikan diri pada illahi,
mengabdikan roh hanya buat Sang Rabbi,
yang pasti keikhlasan dijiwai.

Ramadhan ini...
yang mendambakan kita kembali
menjauhi noda dan dosa duniawi,
mendekati pahala dan ganjaran ukhrowi,
yang pasti taubat selalu diinsafi.

Ramadhan ini..
yang menjana kita kembali,
berbakti teguh pada si bumi,
bermaafan sesama manusiawi,
yang pasti Sang Tuhan itu ar-Rahimi.

Ramadhan itu...
yang mengajar kita kembali,
Izzahnya pada ruhhi,
Sucinya dalam hati,
Berkatnya untuk diri

Dan ramadhan itu..
Sempurna tarbiyahnya mendidik hati,
yang keras mencair lembut,
yang hitam merubah putih,
yang rosak membaik pulih.

Hanya ramadhan ini...
tersimpan rahsia malam seribu bulan,
yang dirahmati tuhan seluruh alam,
yang menjanjikan berlipat ganda amalan,
penantian yang penuh keimanan.

Sesungguhnya ramadhan ini...
mungkin yang terakhir buat kita,
setiap amalan perlu kesungguhan,
setiap ibadah lahir ketaqwaan,
setiap ganjaran menjadi rangsangan.

-tintalughahwi-

 

Sapa nak selamatkan PMRAM?

By NOR AZAM MOHAMAD TAMJIS

Assalamualaykum wrt. wbt.
Jam menunjukkan hampir pukul 3.15petang. Saya yang baru sahaja berlalu dari persinggahan di kedai makan, memberhentikan motosikal sebentar. Kemudian melihat semula pesanan ringkas atau 'sms' yang dihantar kepada 'inbox' saya. Salah satunya tertera 'sms' berantai yang dipercayai pesanan daripada Presiden PMRAM Mesir. Tak perlulah saya tulis semua ayat pesanan tersebut, tapi bunyinya seperti ada pihak yang tidak bertanggungjawab sedang berusaha mencari jalan untuk menggugat kedudukan Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).
Saya pun terfikir, bagaimanakah nanti kebajikan mahasiswa Malaysia yang melanjutkan pengajian di Mesir jika PMRAM dihazafkan? Sedangkan PMRAM merupakan satu-satunya persatuan yang menguruskan hampir semua hal-ehwal mahasiswa Malaysia yang belajar di Mesir secara menyeluruh. Jadi, pendapat saya sebarang usaha untuk mengganggu-gugat PMRAM adalah tidak wajar kerana akan menyebabkan kepincangan kepada kebajikan mahasiswa-mahasiswi kita di sana. Perkara ini juga akan mengganggu perjalanan mahasiswa-mahasiswi kita di sana kerana jika PMRAM diharamkan, siapakah yang akan melaksanakan sistem pemantauan dan penjagaan mahasiswa-mahasiswi kita di sana yang belajar di Mesir. 
Melalui laman rasmi PMRAM, umum maklum bahawa medan kerja Persekutuan adalah seperti berikut:
a) Kebajikan masyarakat
b) Khidmat ilmu dan pengetahuan
c) Kegiatan akademik
d) Khidmat ekonomi
e) Perhubungan antarabangsa Mesir dan lain-lain

Jadi, bagi rakan-rakan mahasiswa di Tanah Air, mendoakan keselamatan PMRAM dan seluruh mahasiswa Mesir amnya. Siapakah lagi akan menyelamatkan PMRAM dari usaha keji dan tidak rasional untuk mengancam kedudukan PMRAM melainkan ALLAH. Hanya kepada ALLAH-lah tempat kita bergantung. 
Justeru itu, saya menyeru kepada rakan-rakan mahasiswa di Tanah Air ini agar sama-sama kita berdoa ke hadrat ALLAH dan menunaikan solat hajat bagi memohon keselamatan ke atas PMRAM dan seluruh mahasiswa kita yang berada di Mesir. Insya-ALLAH, semoga hajat kita dikabulkan ALLAH.

 

Semuanya kerana ALLAH

By NOR AZAM MOHAMAD TAMJIS

Kebaikan itu semuanya terhimpun dalam 4 perkara :
1. Percakapan.
2. Diam.
3. Pandangan.
4. Gerak.

Tiap-tiap percakapan yang tidak disertai dengan mengingati ALLAH adalah sia-sia, tiap-tiap diam yang tidak disertai dengan memikirkan kebesaran ALLAH adalah leka, tiap-tiap pandangan yang tidak disertai dengan pengambilan iktibar adalah lalai dan tiap-tiap gerak yang tidak disertai dengan perhambaan adalah kosong.

 

Muslimah Memang Tak Guna.......

By NOR AZAM MOHAMAD TAMJIS

Muslimah Memang Tak Guna...


    Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu anda  bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan.
Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, nyatakan komen anda secara terbuka.


1. Perempuan yang bergelar muslimah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.

3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang tidak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan muslimah tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.
Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri?
Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12  surah al-Hujurat.

6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.

7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini"Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?

9. Perempuan islam tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.

10. Jadilah perempuan islam & muslimah yang  B E R G U N A

:: Rujuklah Eksiklopedia Larangan Bagi Muslimah sebagai panduan ::
 Sumber : ILuvIslam.Com

 

Pencemaran 'MAKANAN HALAL' ?

By NOR AZAM MOHAMAD TAMJIS

Umat Islam di seluruh dunia yang dianggarkan seramai 1.6 bilion memberi perhatian berat mengenai kepentingan makanan halal dalam pemakanan mereka. Berdasarkan pasaran luas makanan halal di peringkat antarabangsa, maka terdapat persaingan hebat antara negara Islam dan bukan Islam dalam pengeluaran makanan halal.

Bagaimanapun dari segi prinsip Islam, negara yang layak mengeluarkan makanan halal adalah negara Islam kerana mereka lebih memahami aspek hukum dan sentiasa mengambil berat dalam pengawalan pencemaran makanan halal.

Oleh yang demikian, langkah Malaysia berusaha menjadi pengeluar makanan halal dunia adalah selari dengan ajaran Islam. Kita amat khuatir makanan halal yang dikeluarkan oleh negara bukan Islam terdedah kepada pencemaran najis kerana mereka mempunyai kelemahan dalam infrastruktur jentera pengawalannya.

Allah mencipta manusia dan Dia sahaja yang mengetahui spesifikasi keperluan manusia termasuk dalam isu makanan. Bagi mendisiplinkan manusia dalam soal makanan, Allah mewajibkan umat Islam (yang layak) berpuasa selama satu bulan dalam bulan Ramadhan pada setiap tahun.

Demikian juga dalam pemakanan harian Allah menetapkan garis panduan halal dan haram yang merujuk kepada makanan yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan. Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan rohani dan fizikal manusia.
Berhubung dengan prinsip makanan halal ini, Allah berfirman yang bermaksud :

"Wahai sekalian manusia, makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik".  (Al-Baqarah, QS 2 : 168)

Dalam ayat yang lain Allah berfirman maksudnya :

"Diharamkan kamu memakan bangkai binatang, darah yang mengalir, semua bahagian babi, binatang yang disembelih tetapi tidak menyebut nama Allah dan binatang yang mati kerana tercekik, terpukul, terjatuh, ditanduk, binatang yang mati dimakan binatang buas kecuali yang sempat disembelih jika masih kuat bernyawa".    (Al-Maidah, QS 5 : 3)

 

Jadikan cuti kita bermanfaat!

By NOR AZAM MOHAMAD TAMJIS

Sudah 5 hari berlalu sejak 6 Mei 2011 iaitu hari Jumaat lepas. Waktu itu aku menduduki peperiksaan bagi kertas SHE101, kertas yang terakhir bagi sidang akademik 2010/2011 ini. Seharian juga sudah berada di rumah kini. Hampir semua penjuru rumah aku teliti. Saki-baki pembinaan perlu ku teruskan di bahagian belakang rumah. Aku nampak kerja-kerja di tiap-tiap penjuru untuk ku. Entri kali ini bukan bercerita mengenai diriku, tetapi 3 perkara ingin ku sentuh sempena cuti hampir 4 bulan bagi siswa-siswi ipta di seluruh Malaysia.

Jika kita seorang ibubapa, anak bagaimana akan menjadi kesayangan kita?

Mari kita bayangkan diri kita menjadi ibubapa kepada tiga orang anak. Ketiga-tiga orang anak ini sudah menjangkau dewasa dan hampir sebaya namun belum berumahtangga. Karekter mereka masing-masing berbeza.

Anak Pertama

Ia seorang pemalas dan tidak suka membantu(suka buat dono). Sering membuat perkara yang kita tidak sukai. Suatu hari kita pulang ke rumah manakala dia pula sedang menonton televisyen. Ketika itu kita kepenatan dan ruang tamu pula habis bersepah dengan barangan miliknya. Lalu kita marah dan menyuruhnya mengemaskan barang-barang tersebut. Dia seperti biasa buat tak endah. Lalu kita merungut.

"Kalau kamu tidak kemaskan barang-barang ini sekarang, ibu akan buang semua barangan kamu keluar. Ibu akan halau kamu dan tidak akan benarkan kamu tinggal di rumah ini lagi. Faham tak!!"


Sebaik sahaja mendengar kita memarahinya, dia menjadi 'kucur'. Dia belum memiliki rumah sendiri dan tidak mahu dihalau dari rumah kita. Lalu dia mula bangun dan mengemaskan barang-barangnya.

 

Kisah antara dua gender

By NOR AZAM MOHAMAD TAMJIS




Suatu masa sebelum Ramadhan : 
 "Abang, raya nanti kita cat rumah kita dengan warna biru ye? Ok tak?"
Kata seorang isteri kepada suaminya.
"Ok," jawab si suami ringkas.




Suatu petang yang santai : 
"Abang, tau tak rumah ayah kat kampung tu dah nak roboh je. Macam mana kalau kita robohkan terus buat baru ke? Abang upahlah orang bina rumah yang baru untuk ayah. Kan abang ade banyak duit simpanan lagi. Kesian ayah, sunyi duduk pun sorang-sorang.  Bolehlah bang ye, ayah Tipah kan ayah abang jugak," pinta si isteri pada suami.

"......ehm.....Tengoklah nanti, " balas si suami ringkas.

"Eh, abang. Rumah ayah tu kan kita selalu balik raya. Abang tak rasa selesa ke rumah tu nak roboh? Selalu abang jugak yang cakap rumah tu nak runtuh, takde 'aircond'lah. Tolonglah abang, nanti kita jugak yang selesa bila balik sana nanti. Anak-anak kite pun nanti senanglah duduk kat dalam rumah tu. Bolehlah ye bang," rayu isteri pada suami.

"........." (si suami tidak berkata apa-apa sambil membelek-belek akhbar tempatan)

"...&&%$^#$@*&%&$," (Tutur kata isteri yang barangkali sukar ditafsir di sini)

"Oklah..Oklah..Abang buat ye," potong si suami.


Komunikasi merupakan maklumat yang ingin disampaikan kepada penerima oleh pengirim, bermaklumat dan melalui kaedah-kaedah tertentu. Dalam aspek manusia dan gender lebih mudah disebut dengan istilah interaksi. Interaksi berlaku antara dua pihak sama ada sama gender atau berlainan gender bertujuan menyampaikan dan bertukar-tukar maklumat. Seringkali dalam masyarakat awam di negara ini, interaksi antara gender lelaki-perempuan berlaku dalam keadaan susah hendak memahami satu sama lain. Contoh interaksi di atas saya ambil melalui interaksi antara suami dan isteri. Tapi sebenarnya terdapat tips-tips dan rahsia dalam memahami komunikasi antara gender yang agak kompleks ini.

 

Secebis kisah di PBAKL 2011

By NOR AZAM MOHAMAD TAMJIS

Membilang hari dan waktu bukannya sukar bagi semua orang. Semua orang perasan, selalu sangat 'pejam-celik pejam-celik', sudah masuk hari esok, kadang-kadang sedar sudah seminggu atau bulan berlalu. Sangat cepat! Hal ini terbiasa bagi kita yang tidak menanti apa-apa yang dirancang pada masa atau waktu yang tertentu.

Namun begitu, ada sesetengah perkara yang kita telah anggarkan waktunya memang perit menunggu. Sebagai contoh, menunggu minggu peperiksaan habis. Lumrah kedengaran di telinga saya rakan-rakan mahasiswa mahu melalui minggu peperiksaan dengan cepat tetapi makin ditunggu makin terasa bahang dan keperitannya. Juga bak menunggu tarikh pertunangan atau perkahwinan, sangat menguji kesabaran dan begitu mendebarkan bagi mereka yang mengerti. Jauh lebih hampir dengan tajuk penulisan saya kali ini ialah perkara yang saya ingin sentuh di sini iaitu menunggu hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 (PBAKL 2011) juga sungguh memeritkan. Seawal bulan Mac 2011 saya dan beberapa orang rakan telah mencongak-congak tarikh untuk ke Kuala Lumpur. Saya juga telah meletakkan beberapa RM sebagai 'allocation' atau peruntukan pembelian bahan bacaan ilmiah di PBAKL 2011 ini.

Menyentuh mengenai PBAKL 2011, sebenarnya penganjuran kali ini telah menjangkau edisi kali ke-30. Sudah 3 dekad penganjurannya dan semakin besar pengaruh PBAKL di seluruh Malaysia. Penganjurannya bertempat di Putra World Trade Centre (PWTC). Pada tahun ini, PBAKL 2011 bermula pada 22 April 2011 dan tamat pada semalam iaitu 1 Mei 2011. PBAKL 2011 mengambil tempat di ruang legar PWTC@Legar Putra, Dewan Tun Dr. Ismail, Dewan Tun Hussein Onn, Tun Razak Hall 3, Tun Razak Hall 4, dewan negeri-negeri dan beberapa dewan lain.

Saya selaku pengunjung hari terakhir turut tidak melepaskan peluang membeli beberapa naskhah buku sebagai koleksi bacaan saya. Pelbagai genre buku termasuklah pengurusan, kepimpinan dan juga agama yang saya pilih kali ini. Kebetulan pula semalam hari Ahad dan Hari Buruh (1 Mei) iaitu hari cuti di Malaysia, terlalu ramai jika dibilang jumlah pengunjung semalam. Hal ini dilihat apabila seawal pukul 9.00 pagi sudah terdapat sekitar ratusan pengunjung di dalam PWTC tersebut. Dari segi kehadiran keseluruhan sepanjang tempoh  PBAKL 2011 ialah sekitar 67 486 orang dari pelbagai pelusuk dunia.
Sumber: PBAKL

Bersama sahabat-sahabat.

 

Utamakan yang lebih penting

By NOR AZAM MOHAMAD TAMJIS

Kerapkali pengisian-pengisian dalam kuliah pengurusan atau kuliah organisasi, ada disebut mengenai 'priority'. Anda tahu apakah itu 'priority'? Istilah tersebut bermaksud mendahulukan perkara yang penting dahulu untuk dilakukan dari perkara-perkara lain. Di dalam Islam, Sheikh Yusuf al-Qaradhawi telah mencungkil mengenai kaedah perletakan dan tag pengurusan terhadap sesuatu perkara itu. Kaedah ini dimuatkan dalam kitab tulisannya iaitu Fiqh Aulawiyyat. Kitab ini sudah terdapat banyak di pasaran dan mesti dimiliki oleh setiap muslim. Bagi menggambarkan sedikit sebanyak mengenai fiqh aulawiyyat ini, saya tuliskan skrip dialog beberapa peristiwa. Harap dapat difahami. Watak-watak bukan nama sebenar.

Situasi 1 : Aiman, Hafiz dan Nor sedang menunggang Motosikal.

Mereka bertiga menunggang motosikal ketika baru sahaja habis menikmati makan malam di sebuah restoran. Nor menunggang sendirian manakala Aiman dibonceng oleh Hafiz. Sampai sahaja di persimpangan masjid dan ke kolej kediaman, azan Isyak berkumandang.

"Weh Hafiz, Nor. Dah azan Isyak ni. Jom singgah masjid solat Isyak dulu," ajak Aiman kepada Hafiz dan Nor.

Dengan 'slumber' godok, Nor pun menyatakan pendiriannya.

"Aiman, korang pergi dulu la ye. Aku nak amik kopiah ni. Tinggal kt bilik la," beritahu Nor kepada Aiman dengan penuh bersemangat.

"Erk, macam tu pulak? Kolej kau tu dah la hujung, pergi-balik pun dah ambik masa setengah jam" Tanya Aiman dan Hafiz menyindir.

"Nak watpe ni??" Bisik Nor sendirian.

Ok. Terdapat beberapa pilihan jawapan.
1. Nor seharusnya  ambil kopiah dan kembali ke masjid menunaikan solat Isyak(lewat sedikit) walaupun tertinggal jemaah beserta fadhilat berjemaah.
2. Nor tidak perlu menghiraukan kopiahnya dan menunaikan solat Isyak secara berjemaah, pada awal waktu dan memperoleh fadhilat berjemaah.
3. Anda fikir dalam-dalam jawapan selain ini.

Walaupun saya sertakan contoh masalah kecil, tapi inilah realiti. Ada juga peristiwa seluar terpalit lumpur tetapi 'mandi bagai nak rak' dan lewat menunaikan solat. Alasan diberi ialah nak pastikan diri benar-benar bersih sebelum solat. Ada juga sewaktu sekolah dahulu, peluh bermain bola dijadikan alasan besar untuk solat awal waktu. Kalau kita lihat sendiri, peluh dan lumpur bukanlah termasuk perkara yang najis. Jadi, yakinlah ia suci! Ingat, kebersihan hati seharusnya diberi perhatian yang lebih penting sebelum bersolat! Dengan kebersihan hati menghadap Allah barulah kita akan sentiasa berusaha memperbaiki rukun-rukun dan perkara-perkara sunat yang lain.


bersambung..

 

Kes Pukau : Muhasabah dan saranan

By NOR AZAM MOHAMAD TAMJIS


Assalamualaikum wrt. wbt.



Belakangan ini rakan-rakan mahasiswa di USM gempar dengan kes-kes kecurian dan pukau. Saya juga mengikuti beberapa kes pukau yang meniti di bibir rakan-rakan mahasiswa USM yang khususnya berlaku di desasiswa perempuan. Ada yang memanjat dan masuk melalui tingkap, ada juga yang mengetuk pintu secara kuat dan menggunakan sihir pukau untuk mencuri barang-barang berharga. Kes ini khususnya pukau menjadi kebimbangan kepada mahasiswa USM khususnya mahasiswi disebabkan tumpuan kes pukau berlaku di desasiswa Bakti Permai, Saujana, Restu, Tekun dan beberapa desasiswa lain lagi menurut maklumat beberapa mahasiswa yang lain. Saya yakin, Jabatan Keselamatan pasti ada menerima laporan mengenai perkara ini dan diharap  di peringkat Jabatan Keselamatan USM dapat melakukan sesuatu memandangkan kes ini agak mengganggu tumpuan rakan-rakan mahasiswa yang menjalani peperiksaan bermula 18 April lalu sehingga 6 Mei 2011 ini.


 

Kulim di Masjid Batu : Salaf dan Khalaf.

By NOR AZAM MOHAMAD TAMJIS


Dalam sejarah Islam, ada disebutkan mengenai kewujudan golongan Salaf dan Khalaf. Siapakah yang digelar sebagai golongan Salaf dan Khalaf ini dan apakah bezanya golongan ini?


Golongan Salaf di dalam sejarah Islam disebutkan sebagai golongan terawal. Terawal bermaksud sekitar tempoh waktu sebelum 300 Hijrah. Golongan Salaf merupakan singkatan terma As-Salafus Soleh termasuklah para sahabat Rasulullah s.a.w, tabi'in dan tabi' tabi'in  sepanjang tempoh waktu itu. Dari segi pengamalan Islam mereka hampir kepada Rasulullah s.a.w. dan merujuk kepada hadis yang kita klasifikasikan kini sebagai hadis sahih(kebanyakannya). Hal ini disebabkan tempoh waktu yang masih lagi awal tersebut dan wilayah Islam masih belum berkembang luas. 

Golongan Khalaf pula di dalam sejarah Islam disebutkan sebagai golongan kedua, iaitu selepas golongan Salaf tersebut. Dari segi termanya bermaksud golongan yang terkemudian. Golongan ini berada dalam tempoh waktu selepas 300 Hijrah. Golongan Khalaf juga lebih dikenali sebagai mazhab fiqah empat tersebut iaitu, Syafi'e, Hambali, Hanafi dan Maliki. Golongan Khalaf menyepakati bahawa dalam pengambilan hadis sebagai sumber hukum, hanya Hadis bertaraf sahih yang boleh dijadikan hujjah hukum manakala hadis dhaif tidak boleh dijadikan dalil dalam istinbat hukum. Namun begitu, di sisi golongan Khalaf, hadis dhaif tetap mempunyai nilaiannya iaitu boleh diamalkan dalam erti kata fadhilat 'amal.
Walaupun tersebut, ada juga perbezaan pengambilan hadis sebagai hukum seperti dalam mazhab Syafi'e diakui bahawa hadis bertaraf sahih dijadikan dalil hukum manakala hadis dhaif tidak boleh dijadikan dalil hukum. Dalam mazhab Hambali pula hadis dhaif pun boleh dijadikan dalil sekiranya ramai ulama' Hambali yang dipercayai keilmuwannya menyetujui hadis tersebut.

 

The Story of ZamZam

By NOR AZAM MOHAMAD TAMJIS

 

Alasanmu - 8xist

By NOR AZAM MOHAMAD TAMJIS

Ikhlasnya hati
Sering kali disalah erti
Tulusnya budi
Tidak pernah engkau hargai
Berlalu pergi dengan
Kelukaan ini
Kumengalah... ku bersabar

Bertentang mata seolah-olah tiada apa
Berpaling muka ada saja yang tidak kena
Mencari sebab serta alasan yang kukuh
Supaya tercapai hajatmu

Manis dibibir memutar kata
Malah kau tuduh akulah segala penyebabnya
Siapa terlena pastinya terpukau
Pujukmu, rayumu, suaramu
Yang menagih simpati dan harapan

Engkau pastinya tersenyum
Dengan pengunduran diriku
Tetapi bagi ku pula
Suatu ketenangan

Andai kita terus bersama
Belum tentu kita bahagia
Selagi tidak kau ubah
Cara hidupmu

Ada rahmatnya
Bila tidak lagi bersama
Terasa jauh
Diriku ini dengan dosa

Ku tinggalkanmu walau tanpa kerelaan
Yang nyata kau tidak berubah...

Katalah apa yang kau ingin
Selagi kau dapat berkata
Memang begitu sikapmu
Semenjak dahulu

Ya ALLAH..memang benar, ada rahmatnya mujahadahku ini meninggalkannya..terasa jauh diriku ini dengan dosa..satu masa yg lama dahulu..

 

Hebatnya Rindu Rasulullah pada Kita!

By NOR AZAM MOHAMAD TAMJIS

Adakah kita merindui Nabi Muhammad SAW setiap hari? Atau kita hanya merasa rindu ketika sambutan Maulid Nabi? Fikir-fikirkan.

Mari kita renungi sebuah kisah yang menunjukkan betapa baginda amat merindui kita; umat akhir zaman.

.............................................................................................
Pernah suatu ketika sedang Rasulullah saw berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang airmata baginda Rasulullah saw.

Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Lalu Saidina Abu Bakar ra menghampiri baginda yang bertanya, apakah yang menyebabkan baginda menitiskan airmata.?

Lalu baginda menjawab bahawa baginda terlalu merindui ikhwannya.

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.

Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.

Wajahnya yang tenang berubah warna.

"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

 

Hari Kekasih : Kasih Yang Tidak Bernilai

By NOR AZAM MOHAMAD TAMJIS

Assalamualaykum wrt. wbt.


Apabila Nafsu Disangka Cinta..


Amalan meraikan sambutan Hari Kekasih (Valentine’s Day) setiap 14 Februari jelas bercanggah dengan syara’. Apa lagi hari itu mempunyai unsur kepercayaan agama Kristian dan menjurus pula kepada kerosakan akhlak yang parah.


Islam menilai cinta sebagai sesuatu yang agung dan suci. Namun, cinta dinilai begitu murah oleh banyak orang hari ini. Mudah saja mereka menggunakan istilah cinta untuk menampakkan yang haram seperti O.K. Inilah akibatnya apabila nafsu sudah bermaharajalela. Nafsu itu disangka cinta!


Sisi Gelap

Hari Kekasih seperti mana perayaan-perayaan lain turut mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Saya berpendapat pada hari ini sudah ramai yang mengetahuinya cuma sebahagiannya sengaja mengambil sikap acuh tidak acuh atau buat-buat tidak tahu.


Versi 1

Ia diraikan sempena memperingati paderi Kristian bernama Pedro St. Valentino. Dia aktif menyebarkan agama Kristian pada zaman pemerintahan Rom yang pada masa itu diperintah Claudius II.

Raja Rom itu memenjarakan orang Kristian kerana mereka mengamalkan agama yang bertentangan dengan agama kuno Romawi. Oleh sebab Valentine salah seorang penyebar agama Kristian, dia ditangkap dan diseksa di dalam penjara.


Namun sepanjang di dalam penjara pun, Valentine tetap menyebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan. Raja Rom mengetahui kegiatan Valentine dan memerintah Valentine dihukum bunuh pada 14 Februari.


Lantaran itu, orang Kristian memandang mulia kepada Valentino kerana kesanggupan mengorbankan nyawa kerana kepercayaan, kecintaannya terhadap syiar agama Nasrani iaitu agama Kristian.


Terdapat sumber menyatakan, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian yang dianutinya atau menerima hukuman bunuh.


Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan From your valentine (Daripada Valentinemu).


Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka.

 

AJARAN Islam membawa kepada prinsip berbaik sesama manusia. Al-Quran dan sunnah banyak menggariskan amalan yang mendorong manusia berbuat baik sesama manusia. Tujuannya melahirkan insan sejahtera, keluarga bahagia, masyarakat penyayang, negara aman dan bersatu padu.

Bagi melaksanakan matlamat itu, Rasulullah SAW melaksanakan konsep sedekah sebagai pelaksana pelbagai bentuk kebaikan. Baginda SAW menganjurkan setiap pergerakan sendi manusia dikira sebagai sedekah dan sedekah dikira sebagai suatu kebaikan, dan setiap satu kebaikan pula diberi nilai 10 hingga 70 atau 700.

Konsep setiap amar makruf adalah sedekah dinyatakan oleh Baginda terhadap segala kebaikan dilakukan manusia. Justeru, ramai manusia berpeluang memperoleh kelebihan pahala kerana terlalu mudah untuk melaksanakannya.

Bagaimanapun, sedekah perlu dengan kefahaman dan penghayatan ajaran Islam yang sempurna di samping menepati ciri keikhlasan dan keinsafan dalam diri masing-masing.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Setiap sendi manusia perlu bersedekah, setiap hari matahari terbit ada orang yang mengadili dua orang adalah sedekah. Membantu orang dengan menaikkan barangan ke atas binatang tunggangannya adalah sedekah. Satu kalimah yang baik adalah sedekah. Setiap langkah untuk pergi mengerjakan solat adalah sedekah dan membuang sesuatu yang berbahaya di jalanan adalah sedekah." (Hadis riwayat Bukhari)


Setiap kebaikan yang dilakukan sama ada berbentuk spiritual dan fizikal sebenarnya ialah sedekah. Amalan ini juga lambang kebenaran iman kerana sedekah bermaksud 'benar'. Orang yang bersedekah adalah benar dan mempercayai kebenaran ajaran Islam yang suci.

 

Ambang Tahun baru 2011

By NOR AZAM MOHAMAD TAMJIS

Di pesisiran pantai berbatu Queensbay..

"Wow, bestnyer bunga api tu kan? Seronoklah dapat keluar malam new year ni dengan kengkorang sume," kata seorang remaja perempuan kepada rakan-rakanya yang lain.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Di Padang Kota

"Erm, sayang seronok dpt keluar dgn sayang malam tahun baru ni.. Romantiklar sayang ni, eh geli larr" kata seorang perempuan kepada kekasihnya.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Fenomena begini memang sudah tidak asing lagi tatkala tiba saat menyambut malam perayaan tahun baru atau valentines day. Kadang-kadang kita berasa pelik, pada hari biasa lengang sahaja tempat-tempat ini namun pada malam 'bersejarah' itu bergerombolan manusia memenuhi kawasan tersebut.
Ada yang membawa seisi keluarga berkata, "Ya lah, malam tahun baru ni kan, so pakcik bawak la family pakcik ni keluar jalan-jalan, asyik terperuk di rumah ja."...... Geng-geng rempit beraksi menunjukkan segala 'skill' mencelah yang dipelajari secara amatur dengan latihan yang intensif. "Yeahoo"

Saya tidak mahu menceritakan secara jelas peristiwa yang berlaku pada sambutan malam tahun baru, namun antaranya kisah kebanggaan hilang dara dan teruna, kisah penculikan, kisah jenayah ragut dan samun, trafik jammed dan sebagainya. Bagi yang keluar menyambut sama ada untuk aktiviti dakwah atau fokus isu masyarakat, tahulah bahawa method sambutan tahun baru zaman ini ialah melalui hiburan. Hiburan tidak salah, tetapi hiburan yang melampau sehingga boleh merenggangkan hubungan anak dengan ibubapa, suami dengan isteri dan sesama rakan paling penting hiburan membuatkan kita semakin jauh dengan ALLAH, maka itu yang dilarang dalam Islam.


Menjelang ambang 2011 di beberapa lokasi


Padang Kota & Queensbay-12.00 am disambut dengan anjuran forum(lupa tajuk)

Kg Acheh - 10.00pm - Forum Adakah Saya Seorang.......ISLAM?

Pantai Bersih - 12.00a.m - OPS Malam Tahun Baru.

Masjid As-Syakirin KLCC - XPDC Dakwah GAMIS



Alhamdulillah..
Semoga program-program seperti ini akan bertambah dan mendapat sambutan pada masa akan datang.

 

TEMERLOH, 1 Jan – Pengambilan pelajar bagi mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTAS) dianjakkan dari bulan Julai ke September mulai tahun ini selaras dengan waktu pengambilan pelajar IPT antarabangsa.


Oleh kerana pada masa lalu, tiada keselarasan waktu pengambilan pelajar, IPT tempatan gagal menarik pelajar luar negara menyambung pengajian di negara ini, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau memberitahu pemberita di sini hari ini, bahawa keputusan berkenaan juga bagi mengelak IPTAS di negara ini “kehilangan” pelajar cemerlang lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Apa yang berlaku ketika ini, ramai pelajar cemerlang lulusan SPM membuat keputusan melanjutkan pengajian mereka di luar negara daripada memilih institusi pengajian tinggi tempatan.

“Mereka (lulusan SPM) dilihat tidak mempunyai masa yang cukup untuk memutuskan (memilih) pusat pengajian tinggi terbaik dalam negara selepas keputusan peperiksaan dikeluarkan.

“Akhirnya ramai yang memilih pengajian tinggi swasta di luar negara terutama Singapura,” katanya.

Saifuddin sebelum itu menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan pemberita sambilan Bernama, Harun Mohamed iaitu Norhazwani Nadiah dan pasangannya Mohd Harzamie Rahimi.









Sumber : themalaysianinsider