Mengundang Curahan Hidayah & Rahmat y Maha Khaliq

IMBAS KEMBALI 1430 HIJRAH II

By NOR AZAM MOHAMAD TAMJIS

sambungan



Pada 27 Jun 2009, hari Sabtu penulis meneruskan kembaranya ke USM. Sebenarnya sejak dari bangku matrix penulis sudah pasang niat nak masuk ke USM. Walaupun ada suatu ketika penulis hampir sahaja menukar jurusan pendidikan(biologi) di UM. Syukur alhamdulillah, ternyata yang aku rancang telah dimakbulkan. Masuk USM juga. (^-^)...er.er. Rugi juga tak tukar UM dulu. Ape2 jelah.. Sebelum penulis mendaftar di USM, mencari maklumat mengenai USM dari segi geografinya, sejarah dan juga komposisi masyarakatnya adalah wajib. Mestilah tahu apa punya tempat yang kita nak masuk ni, mana boleh main selam ja sebab kita ada misi dan visi kita di sini.
Jejak sahaja langkah di USM ni rasa macam2 pun ada, jumpa macam2 orang pun ada. Macam2 adalah katakan. Pernah masa kecil2 dulu fikir bila dah masuk universiti mesti sudah tahu macam2 n jadi orang yang hebat. Erk, rupa2nya takdanya. Sekalipun kita masuk USM ke, Oxford ke, IPTA ke, IPTS ke hatta Al-Azhar yang terulung tu sekalipun, selagi kita tidak ubah mentaliti untuk sentiasa sedia berubah ke arah kebaikan, selagi itulah kita akan jadi..jadi ”macam tu je la”. Buktinya, siswa/i pun masih ada yang macam kanak2 ribena, still terawang-awang dengan percouplelan, budaya hedonisme hingga ke tahap kepimpinan mahasiswa, game yang keterlaluan, tak nampak mana betul mana salah. Weii, ape cerite ni.? Kita kenalah sedar, kita pemilik diri ini perlu pelbagaikan aktiviti harian kita. Bukankah tiap2 saat kita adalah merupakan ibadat kepada Allah dan Allah kurniakan 24 jam sehari kepada tiap2 kita untuk kita lakukan pelbagai aktiviti. Tiap2 aktiviti=ibadah.  Pelbagai aktiviti =seronok. Maka ibadah pula akan menjadi lebih luas skopnya. Nampak x mcm mana kaitannya.? Bayangkanlah, yang ngadap leptop dok main pcgame sampai seharian tak ke buang masa namanya. Come on, be flexible with your time. Masa yang dibazir itu boleh dimanfaat untuk melakukan aktiviti lain yang lebih seronok dan berfaedah seperti mengupdatekan diri dengan isu2 semasa di dalam kampus, kampus2 lain dan juga isu2 nasional, layan sukan dan turun memberi sumbangan pada masyarakat tempatan. Isu bajet 2010, juga melibatkan potongan tang bajet pendidikan. Mahasiswa semua tau.? Malulah kalau tak search langsung mengenai ini. Bajet ni benda basic  dalam perancangan tahunan negara dan semua lapisan masyarakat wajib tahu. Bila kata pasal isu bajet 2010 hampir ditolak mulalah siswa/i yang berfikiran sempit lagi menyempitkan tampil lantas mengatakan ini isu politik pembangkang. Geleng2 kepala..hmm. Kita adalah Mahasiswa yang menjadi check and balance kepada pihak kerajaan mahupun pembangkang kerana kitalah golongan pertengahan yang menjadi medium antara rakyat dan pemimpin. Balik kepada hal tadi, main pcgame boleh tapi biarlah bertempat dan ada kesan yang baik.


Di USM, kolej kediaman lebih mesra dengan nama panggilan desasiswa yang merujuk kepada perkampungan pelajar walaupun kedudukan kami sebenarnya memang di dalam kota yang 24 jam lah katakan hidup dengan ragam manusia dan lalu lintas yang mencapai kesibukan tahap dewa menjelang waktu maghrib ke isyak. Letaklah nama apa pun asalkan aku dapat tinggal di sini sudah. Penulis menetap di Desasiswa Tekun yang terletak di kaki bukit. Secara terperincinya, di Kampus Induk USM ada 7 desasiswa.

Antaranya ialah Desasiswa Aman Damai, Bakti Permai, Cahaya Gemilang, Fajar Harapan, Restu, Saujana, Tekun. Kompleks RST yang terletak di kaki bukit menempatkan 5 buah desasiswa iaitu Restu, Saujana dan Tekun. Kemudahannya setakat ini masih memuaskan, belum menunjukkan tanda2 meragam sebab usia desasiswa ini belumpun mencapai 10 tahun. Baru dibuka pada 2003 ja. 

















Teman dan perjalanan



 adnin, zul, wan D, abg hisyam


Hampir 2 bulan penulis mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan suasana di sini. 1 bulan pertama sahaja dihabiskan untuk menjawab persoalan kenapa aku seorang sahaja diletakkan di sini. Hari2 penulis mencari jawapan dan aku telah menemuinya dalam diriku sendiri. Ia adalah iman. Iman bersuara, ia meruntun untuk diterjemahkan melalui tindakan. Rasulullah pada awal dahulu pun keseorangan sebelum membina crowd Sabiqunal Awwalun, kemudian hijrah pertama, kedua dan penubuhan Kerajaan Islam Madinah. Tahajjud jadi sumber kekuatan. Teringat kata-kata semangat bro ydp pmiusm, amalkanlah tahajjud di situ ada sumber kekuatan. Terbakarla jgk dengan kata2 semangat tu. Hemm, pokoknya kita semua hidup ni sebenarnya nak membawa diri untuk dekat dengan Allah, itu matlamatnya. Mcm mana nak dekat dengan Allah.? Kena dengan Ilmu, bukan sangka2 shj. Mindsetkan di minda kalian buat apa2(amal) shj mesti ilmu yang memandu kalian.

Syaffiq Syazwan-rakan kelas perbandingan agama


Mengikuti kelas perbandingan agama(KPA Fasa 1) merupakan satu wadah untuk kita mengenal konsep perbandingan agama. Perbandingan agama adalah suatu pendekatan sahaja yang digunakan untuk mendekati golongan non-muslim. Apakah itu judaism, christianity dan banyak lagi perkara yang dibincangkan di dalam kelas ini. Berjaya membuka pemikiran mahasiswa untuk menyediakan diri masing2 ke lapangan dakwah non-muslim.





Semurni Lebaran 09-sempena sambutan hari raya eidul fitri..















Mengemas surau



Aktiviti ni yg paling meriah. Desasiswa dah hampir kosong sebab dah dekat cuti sem. Syahmir pun duk leka kemas2 quran.

















bersambung...(mat ngantuk, selalu x cukup tidur haha)




 

Sambutan Krismas Paling Ganas di Pulau Pinang


Sekumpulan lelaki menyerang anggota Rela dengan menggunakan topi keledar pada kejadian sambutan Hari Krismas di Pulau Pinang.

GEORGE TOWN: Hiruk-pikuk sambutan Hari Natal malam semalam bertukar menjadi ganas apabila dua anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dibelasah teruk dan diserang dengan topi keledar oleh orang ramai yang sedang berpesta di sini.

Seorang jurukamera Bernama TV turut menjadi mangsa apabila dia ditumbuk pada bibir dan wartawan bertugas ditolak oleh pengunjung yang asyik berpesta sementara motosikal dan kenderaan yang melintasi Persiaran Gurney itu turut disembur dengan buih aerosol.

Pasukan petugas khas terpaksa campur tangan apabila sambutan yang disifatkan terburuk pernah berlaku di Pulau Pinang itu semakin tidak terkawal.

Sekumpulan lelaki yang terdiri daripada 10 orang tiba-tiba membelasah anggota Rela yang sebelum itu menahan rakan mereka kerana menyembur buih aerosol kepada pemilik kenderaan yang lalu dikawasan itu.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar 12.30 malam itu, kumpulan lelaki itu bertindak ganas menendang dan menumbuk anggota Rela terbabit dalam percubaan menarik rakan mereka yang dalam lingkungan 20-an dari ditahan.

Serangan berlaku apabila anggota dan polis yang berpakaian preman sedang membawa suspek ke balai polis berdekatan.

Kejadian yang berterusan beberapa minit itu bagaimanapun berakhir apabila sekumpulan anggota Rela, polis dan pasukan petugas khas datang membantu mangsa dari terus diserang.

Kedua-dua mangsa mengalami lebam pada badan dan mengadu berasa pening selepas serangan itu.

Sementara orang awam yang melintasi jalan terkejut dengan situasi tersebut.

Terdahuluh wartawan bertugas diasak oleh pengunjung liar yang leka berpesta. Mereka kemudiannya diiringi angota polis keluar dari tempat kejadian.

Jurukamera Bernama TV, Gary Yeap, 20, yang membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Patani mendakwa dia ditumbuk dibibir.

Yeap turut melaporkan seorang lelaki mengugut untuk mencederakannya jika rakaman yang dibuat disiarkan di kaca televisyen.

Pada malam kejadian, ribuan pengunjung memenuhi kawasan popular di Pulau Pinang itu bersikap liar selain trafik juga menjadi buruk apabila pengunjung memenuhi jalan raya.

Kebanyakan mereka terutamanya anak-anak muda memegang tin semburan buih dan menyemburnya pada cermin kereta dan penunggang motosikal yang lalu di situ.

Ada di antara mereka mengangkat pengelap cermin kereta untuk mengelak pemandu mengelap semburan pada tingkap kereta mereka.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supritendan Gan Kong Men berkata, seorang pekerja kilang berusia 17 tahun ditahan selepas kejadian bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, lima sekatan jalan raya telah dilakukan oleh pasukan polis pada hari itu supaya keadaan terkawal.

Gan berkata pihak polis sentiasa bersedia dengan kejadian seperti ini apabila sentiasa meletakkan unitnya pada tempat-tempat yang menjadi tumpuan terutamanya pada malam tahun baru.

mstar


penulis:risau gak coz belajar kt dalam sini

 




Pagi tadi(Jumaat.25/12/2009) penulis usai sarapan, terus menyertai bapa melihat informasi terkini mengenai keputusan pelajar PMR. Penulis melihat siaran Tv 3suku.haha, seronok nampak semua pelajar2 yang mendapat keputusan. Memang lah, yang dpt keputusan bagus mestila nk publisiti, pernah nampak pelajar2 yang kurang bagus suka2 nak tonjol depan kamera.?Kurang2pun mereka akan tersudut di satu penjuru dahulu sebelum ditenangkan rakan2 mereka. Tapi yg kurang menarik sebabnya(tgk gmbar di atas), seronok dan gembira usahlah melompat2. Kita beragama Islam ada cara yang tersendiri untuk meraikannya. Syukur atas yang diberikan. Result tu cuma nikmat tmbahan jer. ala mcm accessory. Kalau result x cantek, jgn sedih. Lihatlah diri sendiri, masih sihat masih sempurna.itupun kita x mampu byr balik. jdi Kenalah syukurHmm,xpelah mgkin mereka Xcited depan kamera..Posing lah katakan.




 

IMBAS KEMBALI 1430 HIJRAH I

By NOR AZAM MOHAMAD TAMJIS






Assalamualaikum w.b.t.
Ahh, lama sudah tidak menulis. Alhamdulillah, penulis diberi peluang dan ruang semula untuk menuturkan kembali bicara maya ke dalam entry kali ini. Sebelum ini hanya sempat update facebook, juga sempat log in blog namun hanya sempat menjenguk artikel2 rakan2 yg lain tanpa ulasan dan pandangan. Kesibukan dalam konflik pengurusan memang lagi utama dr menulis. Hem, nk wtpa la.? Nk cita sikit2 la cena ngn 1430H yg dh lepas nih.
Khamis petang lalu(17/12/2009) berduyun-duyun mesej SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU ISLAM. Syukurlah, ada shbt2 yang mengingatkan detik2 akhir sebelum kita umat Islam didatangi gelombang 1431H di saat penulis sedang demam tamren dan dilemma calon prk. Nampaknya sudah ada bibit gelombang alternatif bagi umat Islam untuk menggantikan sambutan Tahun baru Masihi dengan sambutan Tahun baru Islam. Perbezaan ketara antara umat Islam dan bukan Islam perlu dizahirkan, bukan bermaksud menjarakkan perpaduan tetapi Identiti Islam di dalam diri muslim itu dibutuhkan untuk dihidupkan semula kerana sekarang ini kalau melihat perbezaan umat Islam dengan bukan Islam yang besar nampaknya, melalui ibadat dan nama(pandangan penulis). 







Di dalam al-quran juga menceritakan detik-detik pemilikan identiti umat Islam yang tersendiri(berbeza dengan yahudi dan nasrani) digambarkan detik-detik tersebut di dalam firman Allah,                     Surah al-baqarah ayat 142-150. Secara zahirnya, ayat ini menggambarkan pemindahan kiblat umat Islam daripada solat menghadap Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis kepada menghadap ke Ka’abah di Makkah. Maksud yang penting ialah ayat ini menuntut umat Islam untuk mengtransformasikan diri mereka kepada identiti Islam sepenuhnya atau secara holistik. Amat tidak wajar untuk kita terus mengikut arus yahudi dan nasrani yang terkenal dengan keegoan mereka, kerana umat Islam adalah umat yang merendahkan diri mereka di sisi Allah dan menjadi permata dalam masyarakat dunia (rujuk al-baqarah:110). Jika umat Islam tidak mengikut acuan Allah(rujuk al-baqarah:138), macam mana nak lahir umat Islam yang Allah gariskan dalam al-quran. Kalau melihat kepada realiti umat Islam sekarang masih ramai yang terjebak dalam kekeliruan identiti sebab tak ikut apa yang Allah telah gariskan dalam al-quran. Mereka mencari selain daripada Islam, di atas trademark(nama mereka) yang Islam. Sebab itulah bila berlaku kes2 yang dasyat(rasuah,curi,rompak,bunuh,rogol,buang anak dsb) kelompok2 yang melakukan jenayah ini dengan bertrademarkkan ‘nama’ mereka yang Islam, menyebabkan fitnah itu mampir kepada Islam itu sendiri. Inilah yang kita perlu ubah, pengislahan masyarakat Islam adalah lebih utama daripada mengutamakan dakwah menarik bukan Islam masuk Islam. Hal ini supaya elemen yang memburukkan Imej Islam yang diterjemahkan oleh masyarakat Islam yang kurang kefahaman mengenai Islam dapat dihapuskan dengan mengislahkan mereka untuk kembali kepada Islam secara holistik. 






Saya yakin ramai ulama’ telah membincangkan perkara ini hatta barisan2 duat telah bercakap2 mengenainya.
Dakwah ke atas bukan Islam, adalah untuk mereka kenal apakah itu Islam dan memahami Islam dengan lebih baik daripada sebelumnya. Kita bukan memaksa mereka memeluk Islam, selaras dengan firman Allah, Surah al-Baqarah ayat 256. Matlamat kita ialah kita mahu mereka faham Islam bukanlah agama dari segi ibadat semata, tetapi adalah satu jalan hidup@The Way of Life. Lantas kita mahukan penerimaan mereka bahawa Islam adalah terdapat dimana-mana sahaja mereka berada(di sektor perkhidmatan, sektor ekonomi, sektor kemasyarakatan dan juga pemerintahan) adanya Islam di situ yang menuntut mereka untuk memahaminya.
Islah pada masyarakat Islam itu sendiri juga berperanan untuk memperbaiki umat Islam itu sendiri supaya kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Kita mengajak mereka untuk sama-sama melakukan anjakan paradigma dalam kehidupan mereka sebagai umat Islam.


 

TAKWIM HIJRAH
Takwim Hijrah atau Takwim Islam adalah takwim yang digunakan di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam. Juga diistilahkan sebagai kalendar Islam, kalendar ini merupakan kalendar lunar yang berasaskan putaran bulan sama juga dengan kalendar Cina&India(tapi x famous). Bagaimanakah pengiraan harinya.? Mudah cerita, apabila matahari terbenam akan dikira masuk hari esok (masyarakat kita faham apabila masuk waktu maghrib maka masuk hari seterusnya). Hal ini berlainan dengan Kalendar Rom yang berdasarkan matahari. Apabila bersandarkan matahari, pukul 12.00 am akan dikira sebagai hari esoknya.


Penggunaan Takwim Hijrah diinitiasikan ketika pemerintahan Amirul Mukminin Umar al-Khatab r.a. iaitu pengganti Rasulullah yang kedua selepas Abu Bakar as-Siddiq r.a. Ini adalah turutan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.
Ada satu riwayat lain yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As'ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a. , meminta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. Maka beliau (Umar r.a) mahukan satu kalendar / taqwim Islam yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.
Dalam kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya, peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar / taqwim Islam.

Peristiwa tersebut adalah peristiwa hijrah Rasullullah saw dari Makkah ke Madinah. Hal ini disebabkan dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.



Antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmaqdis dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan. Setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik. Maka dengan itu Umar mengisytiharkan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Takwim Islam yang rasmi.








bersambung....

 

Pertemuan dengan tarbiyah di halaman rumah

By NOR AZAM MOHAMAD TAMJIS

Buatmu wahai tarbiyah, wajahmu baru kini ku lihat.. 
Setelah aku mandom di halaman sendiri tanpa kenal erti kewujudanmu..
17 tahun aku BUTA. Aku tidak mampu melihat, apatah lagi menginitiskan percubaan2 menggambarkanmu.
Engkau berlalu mengisi hari-hari ku tanpa aku memahami siapakah engkau.!
Engkau berada di mana-mana, mewarnai kehidupanku.. 
Rupa2nya baru ku tahu, engkaulah yang membentuk acuan diriku.
Kini ku telah mengenalimu.. dan akan mengenalimu.





Termenung kat rumah, seronok juga buat kerja2 rumah ni. Selalu kerja2 ni mmg jdi benda alah bg lelaki. Tp rsanya x lah alah sgt. Yerlah, bila lg nak melatih diri buat kerja2 ni. Sebenarnya apa yg kita lakukan sekarang, adalah persediaan untuk segala perkara yang mendatang. Contoh, bila dah daftar kursus untuk subjek2 di universiti, satu hari nanti akan ada peperiksaan. Dalam tempoh antara daftar kursus hingga ke waktu peperiksaan kita kena belajar. Jd, perkara yg mendatang=peperiksaan, persediaan=hadiri kuliah,tutorial dsb.
Individu2 yang tahu perkara ini hanyalah individu2 yang sedar. Merekalah yang punyai Visi dan Misi. Mereka mampu merencana hidup dan paling penting mereka jarang mampir pada kemandoman. Ringkasnya, mereka adalah apa yang mereka fikirkan. Teringak masa di sekolah dulu, cikgu HEM selalu beritahu, "Kamu adalah apa yang kamu makan". Kenyataan tersebut merujuk kepada fizikal, juga bermaksud rezeki sama ada yang halal atau haram akan membentuk peribadi seseorang itu.


Pernyataan di atas.
Kita mesti menjadi realistik. Sepatutnya ciri2 yang ada di atas sudah lengkap ada pada individu muslim. Tapi kenapa banyak individu muslim x punyai ciri2 ini.? Sebab paling besarnya, tidak faham matlamat kehidupan mereka sendirilah seperti yang digariskan dlm az-dzariyyat:56. Kenapa x faham.? Sebab, ego. Rasa  tunduk , kerelaan dan rendah diri itu sudah hilang. Sedangkan itulah maksud Islam itu sendiri(Asas-asas Islam-Abul a'la al maududi). Ego ni antara sifat2 Iblis yang tidak mahu tunduk pada perintah Allah. Macam mana nak hilangkan.? 

akan bersambung




 

LIMA PERKARA

By NOR AZAM MOHAMAD TAMJIS

*Daripada sebuah artikel.


LIMA PERKARA YANG MESTI DISEGERAKAN

Dari Hatim Al-Asom :

"Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada lima tempat , maka ia termasuk sunnah Rasulullaah saw

1) Memberi makan tetamu, bila ia datang berkunjung.
2) Menyiapkan perkuburan mayat bila telah mati.
3) Mengahwinkan anak perempuan, bila cukup umur.
4) Membayar hutang, bilaa telah sampai masanya.
5) Bertaubat dari dosa, bila ia telah melakukannyaa.

LIMA PESANAN DARI SYAIKH AL -BALKHI

"Ambil olehmu lima perkara kemudian amalkan :
1) Sembahlah Allah sebanyak keperluanmu kepadaNya.
2) Ambil apa-apa dari dunia menurut keperluan selama umurmu didalamnya.
3) Lakukan maksiat kepada Allah, menurut kemampuanmu memikul azabNya.
4) Persiapkan bekal didunia untuk selama kamu tinggal didalam kubur.
5) Beramallah untuk syurga, menurut lamanya masa yang kamu inginkan untuk tinggal didalamnya."

HARTA BERTIMBUN BOLEH MENYEBABKAN LIMA PERKARA

Dari Sufyan Sauri : "Tiada berkumpul harta disisi seseorang pada zaman ini, melainkan timbul didalam dirinya lima perkara :
1) Panjang angan-angan.
2) Sentiasa tamak.
3) Sangat kedekut.
4) Berkurang waraknya.
5) Lupa kepada akhirat.

 

Bagaimana menghilangkan Marah

By NOR AZAM MOHAMAD TAMJIS

Dipetik daripada sebuah artikel.


Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akankuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair

"Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati
dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitupada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit- jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi mulai hari ini aku akan membebaskan kamu." Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya. Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.

Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita
     daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim )    
   kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api   
   kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.

Wassalam

Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda.

Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.

Wassalam..

Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis.

Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas.. Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara Meskipun diusahakan menyiram.. maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api. Berbanyak-kanlah.. beristighfar itulah senjata orang2 mukmin.

wassalam

 

10 Laluan Syaitan

By NOR AZAM MOHAMAD TAMJIS

Assalammualaikum warah matullah wabarakatuh,
Teman-teman seperjuangan,

Renungilah pesanan seorang hamba soleh yang dipetik daripada buku "Apa
ertinya saya menganut agama Islam "
hasil tulisan Fathi Yakan, yang membicarakan tentang 10 pintu yang patut
dijaga dari gangguan syaitan laknatullah:
Beliau berkata: " kurenung dan kufikir, dari pintu manakah syaitan itu
memasuki hati manusia, tiba-tiba kudapati syaitan
memasukinya dari 10 pintu:


Pertama :
TAMAK DAN BURUK SANGKA
lantas aku mengahadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada
dengan
yang ada setelah berusaha dan berikhtiar.

Kedua :
CINTAKAN HIDUP DAN PANJANG ANGAN-ANGAN
lantas aku menghadapinya dengan rasa takut terhadap kedatangan maut dengan
tiba-tiba.

Ketiga :
CINTAKAN NIKMAT
lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa ikmat itu akan
hilang dan meyakini balasan buruk.

Keempat :
KAGUM DENGAN DIRI SENDIRI
lantas aku menghadapinya dengan mensyukuri nikmat pemberiaan Allah
dan takutkan balasan seksa.

Kelima :
MEMANDANG RENDAH PADA ORANG LAIN DAN TIDAK MENGHORMATI MEREKA
lantas aku menghadapinya dengan cara mengetahui hak-hak dan kehormatan
mereka.


Keenam :
HASAD DENGKI
lantas aku menghadapinya dengan sifat qana'ah ( puas hati dengan apa yang
ada
setelah berusaha) dan redha dengan pemberian Allah.

Ketujuh :
RIAK DAN SUKAKAN PUJIAN MANUSIA
lantas aku menghadapinya dengan sifat ikhlas.

Kelapan :
BAKHIL
lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa apa yang ada di tangan
makhluk akan
binasa sedangkan yang ada di sisi Allahlah yang kekal selamanya.

Kesembilan : TAKABBUR
lantas aku menghadapinya dengan sifat tawadhu'.

Kesepuluh : TAMAK
lantas aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak
mengharapkan
sesuatu yang ada pada manusia.

MUDAH-MUDAHAN KITA SENTIASA MENDAPAT PERLINDUNGAN DARI-NYA UNTUK MENANGKIS
SEGALA TIPU DAYA
MUSUH-MUSUH-NYA, INSYAALLAH................

 

Organisasikan diri ke Jalan Allah

By NOR AZAM MOHAMAD TAMJIS

Memprogram organisasi...
 
Sering kali kita bergerak kerja Islam, tetapi kita fahamkah apakah dasar kita melakukan gerak kerja tersebut.?
Atau kita fahamkah apakah gerak kerja Islam itu.? Kenapakah sesuatu perkara itu dinamakan gerak kerja Islam.? Apakah gerak kerja Islam yg paling aula sekali.? Paling penting apakah matlamat gerak kerja Islam itu sendiri.? Kita mahukan sasaran yang ramai dalam menjalankan gerak kerja Islam, tetapi mengapa masih meletakkan mindset bahawa tiap2 batang tubuh sasaran berkefahaman seperti kita.?


Come on lah, Dunia sekarang bukan didominasi Islam. Walaupun negara kita dipimpin oleh 'orang Islam', namun pemikiran acuan Quran dan Sunnah belum mendominasi pemikiran masyarakat sekarang. Kita tewas dalam masyarakat dek kerana ego kita. Kita tahu masyarakat tengah sakit sekarang ini, mengapa kita suapkan perkara2 yang sangat tinggi.? Allah pun masyarakat tidak kenal. Awaluddin ma'rifatullah. Ini yang masyarakat mahukan sebenarnya.! Jiwa mereka ketandusan unsur2 yang membawa mereka kepada Rabbul 'Alamin.! Mengapa masih mahu bincang perkara yang terlampau besar.? Basic thing is not complete yet, even not purified.! Sebab tu program2 GAH, tetapi peserta seciput.! Sebab ni lah.

We are POLITICIANS.!

Wahai Du'at2 sekalian, sedarlah kita adalah ahli politik.! Kita merebut untuk menempatkan diri dalam hati tiap2 ahli masyarakat.! Demi menyampaikan risalah ketuhanan yang dibawa oleh Rasulullah dan Nabi2 terdahulu.! Itulah kerja2 kita.! Jika para Da'ie berorganisasi, mampukah organisasi kamu itu mengorganisasikan kepimpinan dan ahli2 kamu ke jalan Allah.? Betulkah mampu.? Jikalau mampu, settle kan basic thing ni dulu. Kita bukan seperti dahulu dan pihak2 yang di hadapan. Kita adalah apa yang kita berada di permulaan dahulu.

 

Kesilapan demi kesilapan, keengkaran demi keengkaran dan kemungkaran demi kemungkaran hamba ALLAH itu lakukan. Tapi siapa tahu betapa Maha Pengasih ALLAh itu, masih hidup lagi hamba ALLAH itu. Pandangan kita manusia biasa mewajarkan hamba ALLAH itu mati, tertimpa celaka dsb, itulah sebenarnya kelemahan manusia, tak lari dpd suu dzhon. Sesatlah mereka yang mengaku bahawa TUHAN=diri sendiri=manusia. Na'uzubillahiminzalikh. Mereka ini telah digelapkan hatinya oleh ALLAH dan ditimpakan penyakit2 hati ke atasnya. Siapa tahu perjalanan ke pusat peranginan Bukit Merah semalam mampu mengingatkan penulis serta-merta tentang mati. Kita sibuk buat cerita tentang hantu, tentang bulan, tentang cinta dan sebagainya tetapi kita tak ambil langkah bijak untuk buat cerita tentang mati. Semalan ketika berada di dalam bas, perjalanan baru seusia 10 minit, bas meluncur perlahan di atas jmbtn p.pinang. Terlihat di bahu jalan, berbaring terkulai seorang mayat wanita, msh lagi berhelmet. Orang yang mengerumuni tidaklah ramai, sebab itulah penulis dapat melihat sejelas2nya mayat tersebut. Secara lahiriahnya nampak ok, tetapi mungkin kecederaan di kepala. Menggeletar tangan penulis melihat darah yang mengalir dan berkumpul di longkang kecil tepi bahu jambatan.




Ya ALLAH. BANYAKNYE!!!! Mati ni bila dia dah datang, tiada sesiapa atau apa2 alatpun yang boleh halang.! Sesatlah orang yang mengatakan bahawa dia boleh menangguhkan kematian seseorang itu.! Helmet tu just precaution, still x dpt halang kematian dr berlaku.! Tapi jgn laa x pakai helmet langsung, nanti kene saman baru padan, x bijak. Siapa boleh jamin dirinya tak mati dalam masa beberapa minit akan datang.?beberapa jam dan hari akan datang.? Tak siapa boleh jamin hatta atheis sekalipun bila kita tanya perkara ini mereka mengiyakannya. Walaupun atheis, tapi hati mereka yang lemah itu msh menunjukkan bahawa ALLAH itu berkuasa mutlak. Namun begitu, mereka mengikut tetap nafsu. Penulis menyoal diri, bila kau nak mati.? Jawapannya tak tahu. tak tahu. tak tahu. dan selama2nya takkan tahu.....dah soal diri ke.??

 

dirujuk daripada http://mujaheed929.blogspot.com/obaidah-al-qudsi-kebanggaan warga-uiam.html

 

Obaidah Al-Qudsi, kebanggaan warga UIAM




 
Obaidah Al-Qudsi, dikenali di kalangan sahabatnya sebagai seorang artis, dengan suara lunak merdu dan perwatakan yang menarik. Beliau shahid menemui Khaliqnya di sebuah hospital Israel, sebagai seorang tahanan yang cedera. Pada tanggal 26 Ogos, Obaidah sedang menuju Masjid Ibrahim di Kota Lama Hebron. Ketika berjalan ke masjid, tentera Zionis-Israel menembaknya dengan 4 das tembakan, 2 di perut dan 2 di kaki.


Obaidah menitiskan darah suci seorang shuhada’. Ambulans yang tiba lambat mengakibatkan beliau mengalami pendarahan selama 30 minit. Ketika itu, tentera Israel memukul pula bahagian badan beliau. Kemudian malan terus menimpa beliau, beliau ditahan tentera Zionis dan dihantar ke hospital Israel di Baitulmaqdis. Beliau koma, dan menghabiskan masa 3 minggu di hospital itu. Keluara beliau dilarang untuk melawat sehingga beliau menghembuskan nyawa yang terakhir.


Pada pagi 13 September, Obaidah Al-Qudsi menemui si Penciptanya, Hasbunallah wa ni’mal wakiil.


Obaidah akan terus dikenang sebagai seorang penyair dan hero di kalangan keluarga dan sahabat beliau. Syair dan nasyidnya sentiasa dalam ingatan rakyat Palestin dan pejuang keamanan.


Perjalanan Hidup Seorang Shahid


Nama sebenar beliau Obaidah Maher Abdul Mu’ti Al-Qudsi Dwaik. Beliau dilahirkan pada 1984 di Kota Hebron, Palestin di dalam keluarga yang sangat dihormati. Ayah beliau seorang ahli perniagaan yang juga seorang ustaz.


Obaidah memulakan pelajarannya seawal umur 5 tahun di sebuah tadika tunas Islam. Kemudian beliau memasuki Sekolah Al-Shari’yah, dibawah sebuah Organisasi Kebajikan Islam. Beliau menghabiskan persekolahannya pada tahun 2002 dengan gred cemerlang, 84%.


Beliau kemudiannya terbang ke Malaysia, memasuki Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM ) dan mendapat Ijazah Komunikasi dan Kewartawanan.


Sewaktu di UIAM, Obaidah seorang yang aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dan sentiasa membangkitkan isu-isu Ummah. Obaidah dipilih sebagai pimpinan Al-Aqsa Friend’s Society pada tahun 2003, dan menghabiskan masa setahun sebagai seorang ahli yang paling aktif. Sejak tahun 2004 sehinnga 2007 beliau mengetuai Kumpulan Nasyid Al-Aqsa di UIAM.


Pada tahun 2008, beliau kembali ke Palestin dan tinggal bersama keluarganya dan meneruskan perniagaan ayahnya. Beberapa bulan kemudian, beliau bertunang dan mengaturkan perkahwinanya yang bakal berlangsung selepas Aidilfitri 1430 Hijriah. Namun, Allah lebih sayang kepadanya, Rejim Zionis telah meragut kemeriahan Aidilfitri keluarga beliau, dan meruntuhakan istana kebahagiaan bersama tunang beliau.


Al-Fatihah buat As-Shahid Obaidah Al-Qudsi. 
 Sumber dan terjemahan dari : http://aqsaiium.com/

 

Rahsia dan Nikmat disebalik erti "SABAR".

By NOR AZAM MOHAMAD TAMJIS

Penulis memanjangkan artikel ini, moga2 dapat dikongsi bersama dalam menghadapi hari2 terakhir dalam ramadhan ini...

MAKSUD "sabar" dalam konteks amalan batin ialah menahan hawa nafsu daripada dipengaruhi oleh sebarang gelora atau kegemparan hati atau tekanan jiwa atau perasaan atau rangsangan yang menimbulkan rasa marah atau berontak, resah- gelisah, tidak rela, sugul, kecewa atau putus asa, akibat daripada pengalaman menghadapi kesusahan, ketidak- selesaan atau sesuatu keadaan yang tidak disukai atau tidak diingini.

Kesabaran itu harus meliputi empat tindakan, iaitu:

* tabah dan tekun dalam mengerjakan taat atau ibadat kepada Allah;
* menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran;
* memelihara diri daripada dipukau oleh godaan dunia, nafsu dan syaitan;
* tenang / teguh hati menghadapi cubaan atau musibat.

Sabar yang demikian itu adalah suatu tuntutan dalam agama dan merupakan satu ibadah, malah segala ibadat itu didirikan di atas sabar, kerana dalam mengerjakan ibadat itu kita terpaksa menanggung kepayahan dan pengorbanan.

Malah, dalam segala lapangan, kita perlu bersabar dan menangani segala kesukaran dan rintangan yang dihadapi. Orang yang gagal bersabar tidak akan tercapai matlamat dan manfaat ibadatnya.






Antara tujuan kita disuruh mempertahankan kesabaran itu ialah:

Pertama, supaya dapat mengerjakan ibadat dengan tenteram dan dapat mencapai kesempurnaan dan seterusnya mencapai matlamatnya. Jika tidak bersabar, tekanan dan ekoran daripada pelbagai kesukaran atau daripada padah pelbagai musibat menjadikan kita keluh- kesah, lalu kehilangan punca kekusutan dan pertimbangan. Keadaan ini tentulah akan mengganggu konsentrasi dan penghayatan dalam kerja ibadat, khususnya. Kadang-kadang sampai tidak dapat meneruskannya.

Kedua, untuk mencapai kejayaan (kebajikan dunia dan akhirat).

Antara firman Allah Taala tentang hal ini ialah: "Dan Kami jadikan antara mereka itu pemimpin yang memberi pertunjuk dengan perintah kami ketika mereka bersabar". (QS. 32:24); "Mereka itulah orang- orang yang dibalas (dikurniakan) bilik (martabat yang tinggi di syurga) kerana mereka bersabar (menjunjung taat kepada Allah), dan mereka dialu-alukan di dalamnya
(syurga) dengan penghormatan dan ucapan salam kesejahteraan (oleh para malaikat)". (QS. 25:75); "Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu dicukupkan ganjaran pahala mereka tanpa batas". (QS.
39:10);

Allah Taala menganjurkan kita supaya bersabar. Firman-Nya
(mafhumnya): "Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu
(melakukan taat dan menghadapi musibat), teguhkanlah kesabaran kamu, tetapkanlah kewaspadaan serta siap siaga dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung (merebut syurga dan bebas dari neraka).
(QS. 3:200).

Apabila seseorang itu berjaya mempertahankan kesabarannya dalam keempat-empat keadaan tersebut di atas, maka tercapailah darjat istiqamah dan taat dengan mendapat ganjaran pahalanya yang besar. Orang itu tidak akan terjatuh ke jurang maksiat.

Saiyidina Ali Abu Talib k. a. w pernah bermadah, maksudnya: Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa.

DALAM konteks menghadapi ujian (qadhak) atau musibat atau mala petaka, seseorang hamba Allah itu, insya Allah, akan berjaya mengekalkan kesabarannya , jikalau dia sentiasa mengingati atau mengekalkan kesedaran tentang hakikat atau hikmat musibat itu, atau jika hamba Allah itu sentiasa menaruh sangkaan baik terhadap Allah Taala. Malah, dengan yang demikian, kesabaran dan keimanannya akan bertambah teguh.

Sebagai perbandingan tentang hakikat musibat itu, kita katakan ada seorang bapa yang melarang keras anaknya memakan sejenis makanan yang amat digemari oleh anaknya itu. Sebaliknya sang bapa itu memaksa anaknya memakan makanan biasa daripada bahan yang murah, walaupun dia cukup mampu membeli makanan istimewa yang menjadai kegemaran anaknya itu. Apakah penerimaan atau reaksi sang anak terhadap tindakan bapanya itu?

Dan apakah kata kita terhadap sang bapa itu? Mungkin ramai antara kita akan mengatakan sang bapa itu kedekut, bakhil, tidak bertimbangrasa dan sebagainya. Akan tetapi kita tidak harus menuduh sebarangan kepada sang bapa itu sebelum kita tahu apa tujuan dia bertindak demikian. Kita harus mencari sebab-musababnya.

Inilah tindakan wajar orang yang bersabar. Demikianlah antara cara kita berhadapan dengan keadaan yang tidak menyenangkan kita atau apabila menerima cubaan atau musibat yang ditakdirkan oleh Allah Taala ke atas diri kita. Kita tidak harus terus melenting marah atau kesal mengikut arus perasaan atau rangsangan nafsu dan syaitan, kerana kita tidak tahu rahsia hakikat dan hikmat di sebalik takdir itu.

Bandingannya, katakan kita tahu, tujuan sang bapa tersebut bertindak demikian adalah kerana anaknya itu sedang mengidap suatu penyakit yang mengikut doktor, sang anak itu akan menghadapi bahaya apabila memakan makanan kegemarannya itu.

Sekarang apa kata kita? Tidakkah tuduhan-tuduhan terhadap sang bapa tadi tergugur dengan sendirinya? Dan, sang anak itu pula, apa bila mengetahui tujuan bapanya itu, apakah wajar memarahi bapanya atau berkecil hati atau menyesali tindakan bapanya itu? Sekarang tentulah kita akan mengatakan, sang bapa itu adalah seorang bapa yang bertanggungjawab dan anaknya pula tidak sepatutnya menyesali tindakan bapanya yang demikian. Katakan lagi, sang bapa membawa anaknya itu ke hospital, lalu ditahan di wad hospital itu. Maka itu terpenjaralah sang anak di hospital, terpaksa berpisah dengan keluarga dan kawan-kawanya. Selain itu dia terpaksa minum dan menelan ubat-ubat yang pahit dan disuntik. Rawatan seterunya ialah pembedahan.

Pada zahirnya, sang anak itu menderita terseksa, tetapi apabila diyakini, bahawa 'seksaan' itu adalah untuk menyelamatkannya daripada ancaman dan seksaan sebenar yang berpanjangan daripada penyakit yang dihidapinya itu, maka 'seksaan' sementara itu seharusnya diterima dengan hati terbuka, penuh rela, tenang, dan sabar.

Demikianlah semestinya penerimaan kita terhadap musibat atau ujian drpd Allah Taala. Sebenarnya penyakit itu sendiri merupakan suatu cubaan atau musibah. Melalui penyakit, kita diuji oleh Allah Taala sejauh mana kesabaran dan keimanan kita, sejauh mana dan bagaimana usaha atau ikhtiar kita merawatinya, sama ada dengan cara yang bersendikan tawakal dan tafwid atau melibatkan perbuatan syirik, yakni bergantung kepada yang lain daripada Allah dan melakukan perkara-perkara mungkar yang lain.

Dan, kalau ditakdirkan usaha rawatan itu gagal dan penyakit itu bertambah tenat, maka itu adalah ujian yang lebih besar, khususnya kepada pengidap penyakit itu. Kalau penyakit itu akhirnya membawa maut, maka ujian itu melibatkan keluarga pula. Hikmat dan hakikat di sebalik apa yang ditakdirkan Allah itu, sama ada yang baik ataupun yang buruk, kita tidak tahu.

Sebab itu kita perlu bersabar menerima dan menanggungnya. Kita sebagai hamba Allah hendaklah menghadapinya dengan hati yang tenang, penuh kerelaan, penuh kesabaran; di samping berikhtiar mengatasinya dengan seberapa daya mengikut kemampuan kita sebagai manusia, hamba Allah.

Untuk mewujudkan kesabaran, kita hendaklah sentiasa menyedari, bahawa kadar dan waktu berlakunya kesusahan atau musibat itu adalah di bawah takdir Allah Taala yang maha berkuasa. Ketetapan kadar itu tidak bertambah atau berkurang dan waktunya tidak terdahulu atau terkemudian.

Dan, untuk memelihara atau mengekalkan kesabaran itu pula, kita hendaklah sentiasa mengingati bahawa kesabaran itu bakal dibalas dengan ganjaran kebajikan dan pahala yang disimpan khas oleh Allah Taala.

Demikianlah, kesabaran itu merupakan ubat yang paling pahit tetapi paling mujarrab.

Yakinlah, keberkatan daripada kesabaran itu membawa manfaat kepada kita sekali gus menolak mudarat daripada kita. Sebagai ubat, pahitnya hanya sesaat, tetapi manisnya berpanjangan. Wallahu a'lam.

===== Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda: " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

 

CERMIN DIRI SENDIRI

By NOR AZAM MOHAMAD TAMJIS

Daripada Abu Hurairah r. a, bahawasanya Rasullullah SAW telah bersabda, maksudnya:

"Jika ada seseorang berkata: "Orang ramai sekarang ini sudah rosak", maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka." H. R. Muslim

Penerangan Hadis: Iman Nawawi ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus Shalihin, beliau memberi penjelasan seperti berikut:

"Larangan semacam di atas itu (larangan berkata orang ramai sudah rosak) adalah untuk orang yang mengucapkan sedemikian dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri ('ujub) sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini HARAM".

"Adapun orang yang berkata seperti itu kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat yang di alami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan ini tiada salahnya".

Hadis ini boleh menjadi peringatan kepada kita semua semasa membincang dan menghuraikan masalah-masalah umat Islam sekarang ini. Maka apabila kita membincangkan masalah-masalah umat Islam dewasa ini maka janganlah kita merasa 'ujub dengan diri kita sendiri, bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan suka menuduh orang lain.

Walaupun hal keruntuhan akhlak umat Islam dewasa ini diketengahkan biarlah pendedahan itu dalam bentuk yang sihat, dengan perasaan yang penuh belas kasihan dan rasa cemburu terhadap agama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain.

Tidak salah membincangkan kepincangan yang berlaku, namun jangan sampai menganggap diri kita 'perfect' dan orang lain tidak setanding dengan kita.

Mudah-mudahan ALLAH swt. dengan limpah kurnia Nya memberikan kepada kita rahmat, taufiq dan hidayah. AMIN

Riwayat: Muslim

 

Balik Raya.! Tiket Habis.?

By NOR AZAM MOHAMAD TAMJIS

"Ya ALLAH, semua tiket ke Teluk Intan dah habis! Mcm mane ni nak balik.! "
Cuak tak cuak la pulak semalam, prgi beli tiket kat Sg Nibong, dah r pinjam moto orang, x patut betul. Tapi kerisauan tu reda selepas 'plan b' mengambil alih. Plan B.?? Beli tiket dari penang ke ipoh la. Pastu naik bas ke Teluk Intan. Selamat la tiket hari Sabtu ade lagi. Raya kali ini dijangka seperti tidak dijangka(maknanya mcm xnk beraye je). X tahulah, dalam situasi sekarang ni demam lah. Apa2 pun kita tengoklah nanti