Mengundang Curahan Hidayah & Rahmat y Maha Khaliq

Andaikata Lebih Panjang Lagi......

By NOR AZAM MOHAMAD TAMJIS

Assalamualaykum wrt. wbt.

Firman Allah s.w.t.

“Jika kamu berbuat baik, sebetulnya kamu berbuat baik untuk dirimu. Dan jika kamu berbuat buruk, berarti kamu telah berbuat buruk atas dirimu pula.”(Al-Isra’: 7)


Hari itu ada seseorang yang meninggal dunia. Seperti biasanya, jika ada sahabat meninggal dunia, Rasulullah pasti menyempatkan diri mengantarkan jenazahnya sampai ke kuburan. Tidak cukup sampai di situ, pada waktu pulangnya, Rasulullah menyempatkan diri singgah untuk menghibur dan menenangkan keluarga yang ditinggalkan supaya tetap bersabar dan tawakkal menerima musibah itu. Begitupun terhadap keluarga sahabat yang satu ini.

Sesampai di rumah duka, Rasulullah bertanya kepada isteri almarhum, “Tidakkah almarhum suamimu mengucapkan wasiat atau sesuatu sebelum ia wafat?” Sang isteri yang masih diliputi kesedihan hanya tertunduk. Isak tangis masih sesekali terdengar daripada dirinya. “Aku mendengar ia mengatakan sesuatu di antara dengkur nafasnya yang tersengal. Ketika itu ia tengah menjelang ajal, ya Rasulullah.”

Rasulullah tertanya, “Apa yang dikatakannya?”

 

Melayu Suka Membazir Bila Nikah (re-edited)

By NOR AZAM MOHAMAD TAMJIS

Kata seorang ustaz, antara calon isteri yang baik ialah yang murah mas kahwinnya. Hal ini termasuklah wang hantarannya, tidaklah terlalu mengada-ngada seperti orang sekarang, hendakkan RM11,111.11 atau RM22,222.22 atau RM33,333.33 atau RM44,444.44. Hidup biarlah berpada-pada, janganlah nak riak, nak menunjuk-nunjuk. Semuanya akan membawa kehancuran. Sia-sia saja amal perbuatan sedangkan kita hendakkan keredaan Allah SWT.

Ia benar-benar berlaku sekarang ini. Sebagai seorang Muslim dan bakal melangkah ke gerbang perkahwinan  suatu masa nanti, eloklah penulis menyentuh hal ini supaya masyarakat Islam dapat bersama-sama membanteras gaya hidup baru yang tidak Islamik ini.

Ustaz terbabit tidak terlepas daripada memberitahu jemaah bahawa perkahwinan dengan hantaran wang sebegitu banyak bukan daripada ajaran Islam.

Beliau memberitahu dua sebab mengapa amalan berkenaan mesti ditentang selain daripada membazir dan menunjuk-nunjuk. Pertamanya ia dikhuatiri akan menjadi contoh kepada masyarakat dan yang kedua perkahwinan gah begini akan mengecilkan hati orang miskin dan tidak mampu.

Jika orang berada dan berpangkat berbangga dan menghebahkan seluruh negara akan hantaran dan pemberian hadiah yang sebegitu besar, dikhuatiri ia akan menjadi panduan masyarakat. Tidak menghairankan jika bakal keluarga pengantin perempuan akan menuntut wang hantaran sekurang-kurangnya RM10,000, RM15,000 dan RM20,000.


Ada akan jadi dengan masyarakat jika keadaan ini berlaku? Mampukah anak-anak muda yang baru bekerja atau keluar dari universiti menyediakan jumlah wang sebegini besar sedangkan keinginan mereka untuk kahwin sudah memuncak.

Seorang anak muda lulusan universiti (untuk ijazah pertama) ketika mula bekerja sudah berusia 23 tahun. Gaji permulaannya mungkin RM1,300 sebulan. Ditolak dengan bayaran pinjaman pendidikan, pinjaman kereta, sewa bilik, pemberian kepada keluarga dan pelbagai perbelanjaan lain, mungkin dia dapat menyimpan RM200 sebulan.

Jika dihitung setahun, dia baru mampu mengumpul RM2,400. Kalau 10 tahun menghimpun, dia baru mengumpulkan RM24,000. Ketika itu pun umurnya sudah terlajak ke 33 tahun.

 

KISAH 1

18 Disember 2010. Pagi yang hening, kira-kira pukul 7.50pagi ketika itu. Setelah hujan renyai-renyai membasahi bumi USM. Seorang pemuda melayu berumur awal 20-an kelihatan kelam kabut mengunci motosikalnya. Diamati betul-betul kedudukan motosikalnya di petak parking itu. Setelah berkira-kira dengan 'security' motosikalnya yang tidak seberapa, bergegas ia dengan bagasinya ke 'bus stand' Rapid Penang di Sg Dua. Sebentar kekecewaan kilas di wajahnya apabila melihat sebuah bas berlalu di hadapan tatapan penglihatannya. Sayu, ia terus ke 'bus stand' tersebut. Ia sugul, mahu dikejar bas tersebut kesihatannya tidak mengizinkan, hingus meleleh, batuk sabung-menyabung, kepala pening semacam dan panas badannya. DEMAM, itulah gambaran keadaannya.


'Argghh, dah lambat sangat ni nak ke jeti ni. Bas pukul 9pg, skang dh pukul 8pg', dengusnya.

Pemuda tersebut kerap menoleh ke kanan dan kiri. Apa yang dilihatnya seakan tidak pasti, mungkin sedang mencongak nasibnya atau melihat kelibat bas 303 atau 301 yang memberi sinar harapan kepadanya untuk lekas ke jeti. Tanpa disedari, gelagatnya diperhati oleh seorang wanita berbangsa India berumur 40-an. Lengkap beruniform pekerja KFC, raut mukanya menggambarkan wajah keletihan dengan kerjanya, barangkali baru habis shift malam. Walaupun keletihan, dia memberi tumpuan sepenuhnya kepada pemuda tersebut dek kerana batuk yang sabung-menyabung oleh pemuda tersebut.

'Emm, makcik ni mesti tau bile bas seterusnye nk smpai,' bisik pemuda tersebut.

'Makcik, tahu tak bas rapid datang japg pkul brapa?' Soal pemuda itu perlahan.
'Saya nak ke jeti,' sambungnya lagi.


'Sekejap lagi sampai. Kalau nk jeti bas 301 dan 303,' Balasnya dengan penuh minat.

'Adik nak ke mana?' Soal wanita tersebut.

 

Assalamualaikum wrt. wbt.

Allahuakhbar (7x)

Firman Allah S.W.T

(3)....الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإسْلامَ دِينًا

..pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu Jadi agama bagimu...(3)

Al-Maidah, QS 5:3.


Sahabat2 sekalian, sedar ataupun tidak kita sudah sampai ke garis penamat bagi Ramadhan tahun 1431 H. Esok 1 Syawal, dan ramadhan telah pergi meninggalkan kita. Teringat kita sebulan yang lepas, memasuki pintu sebuah kota yang indah, banyak hadiah2 dan 'offer' serta great guarantee dpd Allah 'azza wa jalla. Sayunya kini, kita terpaksa melewati kota yang hebat tersebut kerana tempoh visa kita berada di dalamnya telah tamat. Begitu juga ramadhan, perumpamaan kepada apa y saya utarakn itu, kita akan melewatinya. Sama ada kita akan bertemu dengan Ramadhan akan datang itu, Allahua'lam.

Sepanjang kita meningkatkan dan memperbaiki amalan sepanjang ramadhan, kita melakukannya dalam berjemaah(beramai-ramai). Sekarang pandang(ingat) elok2/molek2 wajah kawan2 setadarus kita, sebilik/serumah kita. Mungkin akan datang ada yang sudah tidak hadir dalam beramal di bulan ramadhan. Bukan kerana apa, kerana Allah telah memanggil ia berjumpa-Nya. Pandanglah(ingatlah) wajah rakan2 kalian sekali lagi, akan datang mungkin dia sudah tidak dapat bersama-sama dengan kita beramal dan mengimarahkan ramadhan, dek kerana mungkin kita pula yang dipanggil menemui-Nya.

 

Kaedah-Kaedah Melakukan Dosa

By NOR AZAM MOHAMAD TAMJIS

Trend-trend Dosa

Saya jarang pulang ke Malaysia, paling kerap pun setahun dua kali. Dan justeru itulah, tiap kali pulang saya dapat melihat perubahan yang bersifat “mikro” dalam kalangan masyarakat. Tahun ini contohnya, terkejut saya apabila melihat banyak “bonggol-bonggol unta” padahal tahun lepas saya tidak perasan pun. Begitu cepat perubahan yang ada. Tahun ini juga, saya menjadi tidak berminat untuk ke pasar malam dan bazar ramadhan, dek kerana “gangguan mata” yang tidak saya perasan pun wujud sebelum ini. Begitu juga, saya menjadi kurang gemar berjalan-jalan di pusat membeli belah terutamanya di hujung minggu, kerana peningkatan kuantiti belangkas yang ada.

Begitu juga dengan berita-berita di dada-dada akhbar. Setiap hari, ada sahaja kes buang bayi. Kes khalwat, dan kes rogol bawah umur. Saya tertanya-tanya, “sejak bila ia menjadi se-serius itu”. Semakin banyak membaca dan berbual dengan rakan-rakan di Malaysia, saya ditemukan lagi dengan statistik-statistik dan realiti-realiti yang menakutkan. Kurangnya ibadah solat fardu dilakukan. Wujudnya fenomena “mendedahkan dosa di facebook”. Malah ada yang sudah berani terang-terangan mengisytiharkan kemurtadan.

Saya juga remaja. Dan saya juga terasa panasnya telinga apabila remaja kita sering menjadi tumpuannya. Masalah gejala sosial, dalangnya remaja. Hiburan melampau, dalangnya remaja. Tidak menutup aurat, remaja. Tidak bersolat, remaja. Saya merasakan tanggungjawabnya untuk berusaha membetulkan keadaan ini, namun melihat kepada perkembangan kadar kerosakan akhlak yang ada, cukup membimbangkan saya.

 

Assalamualaikum wbt.


31 Ogos 2010 - Pada malam tersebut, saya juga tidak melepaskan peluang turut serta ke lapangan masyarakat. Majlis dimulakan dengan taklimat perjalanan program, selepas sahaja solat tarawih. Saudara Amir dari Urusetia Menangani Gejala Sosial(UNGGAS) memberikan sedikit taklimat dan kaedah-kaedah dalam mendekati mad'u. Walaupun saya turun sbg salah seorang ahli Persatuan Mahasiswa Islam USM, namun saya juga membawa misi mewakili Persatuan Ilmu Pendidikan USM [PIP USM]. Saya tidak sempat mengira berapa puluh peserta yang hadir, tetapi peserta dari pelbagai organisasi NGO dan mahasiswa USM kelihatan melimpah sehingga ke ruang solat muslimat apabila sesi pembahagian kumpulan dimulakan.


Antara perkara yang akan saya kongsikan pada post kali ini adalah perkara-perkara yang sana ingin lontarkan pada sharing moment selepas sahaja semua peserta operasi malam itu kembali ke markaz(Masjid Sg Nibong).


 

Tidak lama lagi kita akan menyambut hari Nuzul Al-Quran. Peristiwa Nuzul Al-Quran adalah berlaku pada malam 17 Ramadhan. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia Al-Quran.


Al-Quran adalah sebuah kitab suci yang memiliki semua rahsia kehidupan. Salah satu ilmu pengetahuan yang ada di dalam Al-Quran yang mungkin tidak diketahui semua orang, iaitu tentang kepantasan cahaya yang masih merupakan misteri bagi para cendekiawan. Jika kita tafsirkan dengan benar di dalam Al-Quran akan ditemukan ayat mengenai kepantasan cahaya yang jika dipadankan dengan angka-angka para cendekiawan tidak jauh berbeza.

Kepantasan Cahaya iaitu kepantasan gelombang elektro magnetic yg terpantas di alam ini ialah: 299792.5 Km/saat, ini yang baru kita ketahui pada abad 20 tetapi ternyata telah ditulis Al-Quran 1400 Tahun yang lalu.
C, atau kepantasan cahaya iaitu benda yang paling pantas di alam ini diukur, dihitung atau ditentukan oleh berbagai institusi berikut:
US National Bureau of Standards, C = 299792.4574 + 0.0011 km/saat
The British National Physical Laboratory, C = 299792.4590 + 0.0008 km/saat
Conferrence ke-17 tentang Penetapan Ukuran dan Berat Standard Dunia ialah :

”Satu meter adalah jarak tempuh cahaya dalam ruang vacum ialah 1/299792458 saat”.
Sekarang, mari kita lihat apa yg Qur’an tulis tentang kepantasan cahaya.

 

video

 




Inilah ujian yang sesungguhnya. Ujian yang sangat sulit, namun bukan satu hal yang mustahil. Nilai tertinggi dalam ujian ini bagi seorang lelaki adalah solat Subuh secara rutin berjemaah di masjid. Sedangkan bagi wanita, solat Subuh tepat pada waktunya di rumah. Setiap orang dianggap gagal dalam ujian penting ini, manakala mereka solat tidak tepat waktu, sesuai yang telah ditetapkan Allah s.w.t.

Sikap manusia dalam menunaikan solat fardhu cukup beragam. Ada yang mengerjakan sebahagian solatnya di masjid, namun meninggalkan sebahagian yang lain. Ada pula yang melaksanakan solat sebelum habis waktunya, namun dikerjakan di rumah.


Dan, Ada pula sebahagian orang yang mengerjakan solat ketika hampir habis batas waktunya (dengan tergesa-gesa). Yang terbaik di antara mereka adalah yang mengerjakan solat fardhu secara berjemaah di mushala/surau/masjid pada awal waktu.

Rasulullah s.a.w. telah membuat klasifikasi yang dijadikan sebagai tolok ukur untuk membezakan antara orang mukmin dengan orang munafik. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.d. d ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. Bersabda:

” Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isya’ Dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, niscaya mereka akan mendatangi keduanya sekalipun dengan merangkak. (HR. Al-Bukhari dan Muslim). 

 Apabila Rasulullah s.a.w. meragukan keimanan seseorang, beliau akan menelitinya pada ketika solat Subuh. Apabila beliau tidak mendapati orang tadi solat Subuh (di masjid), maka benarlah apa yang beliau ragukan dalam hati.
Di sebalik pelaksanaan dua rakaat di ambang fajar ini, tersimpan rahsia yang menakjubkan. Banyak permasalahan yang bila dirujuk, bersumber dari pelaksanaan solat Subuh yang diringan-ringankan. Itulah sebabnya, para sahabat Rasulullah saw. sekuat tenaga agar tidak kehilangan waktu emas itu.

Pernah suatu hari, mereka terlambat salat Subuh dalam penaklulkan benteng Tastar. ‘Kejadian’ ini membuat seorang sahabat, Anas bin Malik r.a.d. selalu menangis bila mengingatnya. Yang menarik, ternyata Subuh juga menjadi waktu peralihan dari era jahiliyah menuju era tauhid. Kaum ‘Ad, Tsamud, dan kaum penderhaka lainnya, dilibas azab Allah swt. pada waktu Subuh.
SEORANG penguasa Yahudi berkata: “Kami baru takut terhadap umat Islam jika mereka telah melaksanakan solat subuh seperti melaksanakan solat Jumaat.” (Buku Misteri Solat Subuh oleh Dr Raghib As-Sirjani).

“Sungguh masjid-masjid di seluruh penjuru dunia ini merintih pedih dan mengeluh kepada Allah kerana dijauhi oleh majoriti kaum muslimin ketika solat subuh sedang dilaksanakan. Kalau bukan kerana ketentuan Allah bahawa benda-benda mati itu tidak bisa bicara, tentu manusia dapat mendengar suara rintihan dan gemuruh tangis masjid-masjid itu mengadu kepada Rabbnya Yang Agung”. (Buku Keajaiban Solat Subuh oleh Dr. Imad Ali Abdus Sami Husain).

Memang, tanpa solat Subuh secara berjemaah, umat Islam tidak lagi berwibawa. Tak selayaknya kaum muslimin mengharapkan kemuliaan, kehormatan, dan kejayaan, bila mereka tidak memperhatikan solat ini.
 Bagaimana orang-orang muslim tidur di waktu Subuh, lalu dia berdoa pada waktu Dhuha atau waktu Zuhur atau waktu petang hari (Asar), memohon kemenangan, keteguhan dan kejayaan di muka bumi. Bagaimana mungkin?
Sesungguhnya agama ini tidak akan mendapatkan kemenangan, kecuali telah terpenuhi semua syarat-syaratnya. Yaitu dengan melaksanakan ibadah, konsekuen dengan akidah, berakhlak mulia, mengikuti ajaran-Nya, tidak melanggar larangan-Nya, dan tidak sedikit pun meninggalkannya, baik yang ringan apalagi yang sangat penting.

Subhanallah! Allah s.w.t. akan mengubah apa yang terjadi di muka bumi ini dari kegelapan menjadi keadilan, dari kerusakan menuju kebaikan. Semua itu terjadi pada waktu yang mulia, ialah waktu Subuh. Berhati-hatilah, jangan sampai tertidur pada saat yang mulia ini.
Allah s.w.t. akan memberikan jaminan kepada orang yang menjaga solat Subuhnya, yaitu dibebaskan dari seksa neraka jahanam. Diriwayatkan dari Ammarah bin Ruwainah r.a., ia berkata:
Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: “Tidak akan masuk neraka, orang yang solat sebelum terbit matahari dan sebelum terbenam matahari.” (HR. Muslim).

Solat Subuh merupakan hadiah dari Allah s.w.t., tidak diberikan, kecuali kepada orang-orang yang taat lagi bertaubat. Hati yang diisi dengan cinta kemaksiatan, bagaimana mungkin akan bangun untuk solat Subuh? Hati yang tertutup dosa, bagaimana mungkin akan terpengaruh oleh hadith-hadith yang berbicara tentang keutamaan solat Subuh?
Orang munafik tidak mengetahui kebaikan yang terkandung dalam salat Subuh berjemaah di masjid. Sekiranya mereka mengetahui kebaikan yang ada di dalamnya, niscaya mereka akan pergi ke masjid, bagaimanapun keadaannya, seperti sabda Rasulullah saw.: ” Maka mereka akan mendatanginya, sekalipun dengan merangkak.”
Cuba kita bayangkan ketika ada seorang laki-laki yang tidak mampu berjalan, tidak ada orang yang membantu memapahnya. Dalam keadaan yang sedemikian rupa, ia bersikap keras mendatangi masjid dengan merangkak dan merayap di atas tanah untuk mendapatkan kebaikan yang terkandung dalam salat Subuh berjemaah.
Sekiranya kita saksikan ada orang yang meninggalkan solat Subuh berjamaah di masjid (dengan sengaja), maka kita akan mengetahui betapa besar musibah yang telah menimpanya.



Rakan-rakan semua, artikel ini bukan untuk menuduh orang-orang yang tidak menegakkan solat Subuh di masjid dengan sebutan munafik.
Allah s.w.t. Maha Mengetahui akan keadaan setiap muslim. Namun, sebaiknya hal ini dapat dijadikan sebagai bahan pembaiki bagi setiap individu (kita), orang-orang yang kita cintai, anak-anak, serta sahabat-sahabat kita. Sudahkah kita salat Subuh berjamaah di masjid/musalla secara istiqamah?
Jika seseorang meninggalkan solat Subuh dengan sengaja, maka kesengajaan tersebut adalah bukti nyata dari sifat kemunafikan. Barang siapa yang pada dirinya terdapat sifat ini, maka segeralah bermuhasabah dan bertaubat. Mengapa? Karena dikhuatiri akhir hayat yang buruk (su’ul khatimah) akan menimpanya. Nauzubillah minzalik! (HD).

Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah s.a.w. mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis:  
“Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

Jika Rasulullah s.a.w. yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah s.w.t. kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah s.w.t. Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah s.w.t.
Allah s.w.t. berfirman maksudnya: 
“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”Begitulah keistimewaan solat Subuh.
Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh?
Diceritakan satu ketika Rasulullah s.a.w. solat subuh di masjid Nabawi. Begitu pulang beliau mendapati puterinya Siti Fatimah masih tidur. Maka beliau pun membalikklan tubuh Fatimah dengan kakiknya, kemudian berkata: “Hai Fatimah, bangun dan saksikanlah rezeki Robbmu, karena Allah s.w.t. membagi-bagi rezeki para hamba antara salat subuh dan terbitnya matahari”. ( HR.Baihaqi ).

Pada lain waktu Rasulullah s.a.w. menjadi imam solat subuh, Beliau tidak melihat Ali bin Abi Thalib RA. Khuwatir menantunya ini sakit, beliau langsung menuju rumahnya. Ketika bertemu dengan Siti Fatimah, mendapat penjelasan bahawa sangat asyiknya Ali, suaminya beribadah malam, maka solat subuh dilakukan di rumah. Rasulullah s.a.w. kemudian berkata: “Solat subuh yang dilakukan secara berjemaah (di masjid), lebih bagus daripada ibadah yang dilakukan seseorang sepanjang malam di rumah”.



Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim bahwa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Barangsiapa yang melaksanakan solat isya’ secara berjemaah , maka ia seperti solat malam separuh malam. Dan barangsiapa yang melaksanakan solat subuh secara berjemaah, maka ia seperti solat malam satu malam penuh”.

Sehingga Ibnu Umar r.a.d. pun menegaskan: “Sungguh, aku boleh melaksanakan solat subuh secara berjemaah, itu lebih aku sukai daripada solat malam semalam suntuk”. Sudah pasti yang paling baik adalah istiqamah solat malam di rumah sesuai kemampuan dan ditutup dengan solat subuh secera berjemaah di masjid…

Ayuh! rakan-rakan semua, marilah kita solat subuh di masjid secara berjemaah. Semuga Allah memberikan kekuatan kepada kita semua untuk mengamalkannya. Penuhkan masjid diwaktu solat subuh supaya orang kafir akan gerun dengan kehebatan umat Islam. InsyaAllah kalau kita sama-sama berusaha kearah itu, tidak mustahil panji-panji Islam akan subur menghijau dibumi Allah ini.
Tiada yang mustahil dan kita tidak perlu ragu-ragu dengan pertolongan Allah s.w.t., insyaAllah.
Wallahua’alam.
Nukilan Rakan FB.


credit to isuhangat

 

Jumaat Penghulu segala hari.

By NOR AZAM MOHAMAD TAMJIS

JUMAAT penghulu segala hari kerana kemuliaan dan kelebihannya. Malah, peristiwa agung banyak berlaku pada Jumaat.





Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud:
”Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari)”.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat. Pada hari itulah Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).

Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang ber maksud:

“Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat. Pada hari itu terdapat suatu masa seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmidzi)


Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, termasuk berkeadaan dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus mendengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi. Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah.”

Sebelum menunaikan solat Jumaat, dianjurkan mandi terlebih dulu sebagaimana hadis daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq `alaih)

Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi, tetapi mandi itu lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Tirmidzi).



Antara amalan-amalan sunnah dan mulia diamalkan seeloknya pada hari Jumaat ialah : 

1. Membaca doa di hari Jumaat.
Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.
2. Bacaan surah solat subuh serta sujud Sajdah.
Sunat membaca surah as-Sajdah pada rakaat pertama dan pada rakaat kedua dengan surah al-Insan. Hendaklah dibaca keseluruhan kedua-dua surah tersebut. Hendaklah juga sujud sajdah pada ayat sajdah dalam surah tersebut.h
3. Selawat ke atas Rasulullah s.a.w. dan memperbanyakkannya.
Ini benda paling senangkan.. kena periksa diri masing-masing ada buat tak.. ada beberapa kelebihan yang aku tau.. antaranya..

i. Hampir dengan Baginda s.a.w pada Hari Kiamat.
Ibnu Masud meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya; Sesungguhnya seutama-utama manusia di sisiku (orang yang paling hampir) dengan aku pada hari kiamat ialah mereka yang lebih banyak berselawat ke atasku.

ii. Gandaan selawat ke atasnya sebanyak 10 kali selawat.

Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya; Barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat ke atas.

iii. Bercahaya pada hari kiamat kelak.
Daripada Ali bin Hussien bahawa datuknya, Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya; Barangsiapa yang berselawat ke atasku pada hari Jumaat seratus kali, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan bercahaya, andainya cahaya ini dibahagi-bahagikan antara kesemua makhluknya, maka cahaya itu akan cukup meliputi mereka.

iv) Dosa akan diampunkan.
Abu Dzar telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda maksudnya; Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada hari Jumaat sebanyak dua ratus kali dua ratus dosanya.

4. Bacaan surah al-Kahfi pada siang dan malam Jumaat.
Amat besar fadhilatnya bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada siang hari Jumaat. Imam as-Syafie menyatakan dalam kitabnya al-Um adalah besar fadhilatnya juga jika membacanya pada malam Jumaat.
5. Mandi sunat Jumaat.
Rasulullah s.a.w. pernah berpesan kepada Abu Hurairah supaya mandi sunat Jumaat pada setiap minggu walaupun terpaksa membeli air dengan wang yang selalunya dibelanjakan untuk membeli makanan hariannya. Manakala fadhilatnya amatlah besar di sisi Allah sebagaimana sabdanya yang bermaksud; Barangsiapa mandi junub, mandi (sunat Jumaat), keluar dari rumahnya dan bersegera ke masjid untuk menghampiri imam (mendengar khutbah) dan tidak melakukan perbuatan sia-sia, maka akan ditulis untuk setiap langkahnya pahala puasa selama setahun.
6. Berpakaian cantik dan elok.
Hari Jumaat merupakan hari terbesar dan merupakan hari raya pada setiap minggu. Pilihlah pakaian yang paling baik untuk dipakai bagi membesarkan hari perayaan bagi orang-orang mukmin seperti pakaian yang dipilih pada setiap kali menyambut hari raya Aidil Fitri dan Aidil Adha. Menurut para ulama warna yang paling afdhal ialah warna putih dengan berserban, kerana malaikat akan berselawat ke atas orang mukmin yang memakai serban. Menurut Imam Nawawi, disunatkan mengucapkan tahmid, tasbih dan istighfar ketika memakai pakaian.  

 

Kurang tidur tambahkan berat badan?

By NOR AZAM MOHAMAD TAMJIS



Percayakah jika saya katakan bahawa jika kita kurang tidur, kita sebenarnya mendedahkan diri kita ke arah pertambahan berat badan dan bukannya sebaliknya seperti yang didakwa oleh kebanyakan orang? Kenyataan ini bukanlah rekaan semata-mata malah merupakan kajian terperinci yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik Amerika Syarikat.

Sekumpulan penyelidik Amerika Syarikat cuba mencabar tanggapan yang menyatakan tidur yang kurang menyebabkan individu mudah kurus apabila mendakwa amalan itu sebaliknya boleh menambah berat badan seseorang.
Sejak bertahun lamanya, pakar berat badan menekankan kepentingan mengambil makanan berkalori rendah dan senaman yang secukupnya.
Namun, kajian terbaru Universiti Chicago menunjukkan faktor ketiga bagi mengawal berat badan – mendapat tidur yang secukupnya pada waktu malam.
Malah, dua kajian yang disiarkan semalam mendapati, sukarelawan yang terbabit dalam penyelidikan dengan tidak mendapat tidur mencukupi, mempunyai sejenis hormon yang kadarnya tinggi dan mencetuskan rasa lapar.
Mereka juga dikesan mempunyai sejenis hormon pada paras rendah yang menyebabkan seseorang itu berasa kenyang.
“Sehubungan itu, kami mengesyorkan mana-mana program pengurangan berat badan turut memasukkan faktor mendapat tidur yang secukupnya sebagai salah satu tips berguna,” kata pakar tidur universiti berkenaan, Dr Esra Tasali, yang turut terbabit menghasilkan kajian itu.
Satu kajian membabitkan 18,000 dewasa yang dikeluarkan bulan lalu oleh Pertubuhan Kajian Obesiti Amerika Utara mendapati, mereka yang menikmati tidur kurang empat jam 73 peratus lebih mudah untuk obese semalam, adalah atau gemuk berbanding mereka yang tidur tujuh hingga sembilan jam lamanya.


Kajian terbaru yang dikeluarkan terdahulu turut menemui hasil hampir sama apabila membabitkan penyelidikan ke atas 1,024 sukarelawan.
Daripada jumlah, 14.9 peratus responden yang tidur hanya lima jam mencatatkan hormon ghrelin yang meningkatkan selera makan.
Mereka yang kurang tidur turut mencatat penurunan hormon leptin yang menyebabkan seseorang itu berasa kenyang.
Dalam kajian itu, penyelidik mendapati tahap optimum tidur bagi tujuan mengawal berat badan adalah purata 7.7 jam.
“Tindakan mengurangkan waktu tidur hanya membuatkan selera makan meningkat dan makan berlebihan.”

 

Artikel asal oleh Azhar Abdullah - Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar.





Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.
Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...






Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...
                                         Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy


Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...








                                 Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds


Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...


Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

 

Apabila sembang-sembang mengenai World Cup 2010, kita pasti melilau kepada Paul seekor sotong yang meramal perlawanan World Cup. Cuma seekor sotong? Jangan terperanjat!

     ...dlm bekas bendera ada makanan untuk paul, so mesti la dia bergerak pilih slh satu bekas.....


video

                                               Paul oh Paul
Fakta dan Auta

(baca juga artikel di link ni)
http://hanspunyablog.blogspot.com/2010/07/luahan-hati-si-paul.html


DIA sudah menjadi seekor daripada bintang kejohanan dan memalukan pengulas TV disebabkan ramalannya yang tepat mengenai keputusan Piala Dunia. Di sini 10 perkara yang anda mungkin belum tahu mengenai Paul, seekor sotong peramal keputusan perlawanan.

1. Dia berasal dari Weymouth

Walaupun dia kini berada di Aquarium Sea Life Centre di Oberhausen, Jerman, Paul sebenarnya dilahirkan di Weymouth, England dan berpindah daripada Sea Life Park pekan itu pada 2006.

Fiona Smith, dari Weymouth Sea Life Park, memberitahu Dorset Echo: “Dia tidak pernah membuat sebarang ramalan ketika dia tinggal di sini tapi mungkin dia menanti acara besar seperti Piala Dunia barulah dia mendedahkan kebolehannya.”

2. Dia amat dikehendaki

Chef Argentina, Nicolas Bedorrou terlalu marah selepas Paul meramalkan dengan tepat bahawa pasukannya akan kalah pertemuan suku akhir dengan Jerman lantas dia mencadangkan satu cara untuk memasak sotong itu. Dia mencatat dalam laman web sosial Facebook: “Kami akan mengejarnya dan meletakkannya dalam kertas. Kami kemudian akan memukulnya untuk mendapatkan daging lembutnya dan kemudian merebusnya dalam air mendidih.”

3. Dia mendapat liputan meluas

Ramalan Paul meraih terlalu banyak populariti hinggakan saluran berita Jerman, NTV mula menyiarkan ramalannya secara langsung, dengan dua wartawan berada di sebelah tangkinya jadi mereka boleh memberikan perkembangan terkini kepada penonton.

4. Dia menjadi selebriti di Oberhausen

Sesudah mengejutkan dunia media dengan ramalannya, Paul berjaya meletakkan bandar raya kurang dikenali Jerman, Oberhausen di peta dunia. Oberhausen, bandar raya berkembar dengan Middlesbrough, juga dikenali mempunyai pusat membeli-belah terbesar di Jerman.

5. Dia memiliki rekod yang bagus

Paul mula meramalkan keputusan Jerman ketika kejohanan Euro 2008, secara tepat memilih pemenang dalam empat daripada enam perlawanan membabitkan Jerman. Dia meramalkan Jerman untuk menang setiap perlawanan tetapi silap apabila mereka kalah kepada Croatia dan perlawanan akhir di tangan Sepanyol. Setakat ini pada Piala Dunia 2010, Paul meramalkan dengan betul pemenang kelima-lima perlawanan Jerman.

6. Dia membantu anda membawa pulang sedikit wang

Selepas meramalkan dengan tepat pemenang lima perlawanan Jerman pada Piala Dunia, menuruti tip yang diberikan Paul membolehkan anda membuat sedikit wang.

Seorang yang mempertaruhkan £1 (RM4.80) terhadap semua lima keputusan itu boleh mendapat sekurang-kurangnya £131 (RM640).

7. Dia seekor haiwan bijak

Sotong memang terkenal sebagai haiwan bijak dan terbukti memiliki kekuatan memori jangka pendek mahupun jangka panjang.

Fiona Smith, ketua penjagaan haiwan Sea Life Park berkata: “Sotong biasa seperti Paul amat bijak. Kami samakan kebijaksanaan mereka dengan anjing dan mereka suka menyelesaikan masalah atau mengira sesuatu.”



8. Dia sensasi Twitter dan Facebook

Paul menjadi fenomena utama internet sejak akhir-akhir ini dan kini adalah satu daripada topik utama perbualan dalam laman web. Frasa “Paul the Octopus” dan “Pulpo”, perkataan Sepanyol bagi sotong, kini berada dalam kelompok 10 teratas di laman web sosial Twitter.

9. Dia tidak menipu

Paul meramalkan keputusan dengan membuka satu daripada dua plastik kontena makanan yang dilitupi dengan bendera dalam tangkinya. Tanja Munzig dari Sea Life Centre di Oberhausen menafikan dakwaan bahawa kontena itu sudah diberikan kepadanya lebih awal.

“Tidak ada tipu helah, makanan itu sama dan setiap benda dalam dua kontena itu sama kecuali bendera.”

10. Dia tidak takutkan ancaman bunuh

Menurut penjaganya, Oliver Walenciak, Paul tidak bimbang dengan beberapa siri ancaman bunuh dihantar oleh penyokong Argentina yang menyalahkan sotong itu kerana kekalahan pasukan mereka pada Piala Dunia.

Dia berkata: “Memang ramai orang yang mahu makan sotong kami tapi dia tidak malu dan kami berada di sini untuk menjaganya. Dia akan bertahan.”






Pendirian umat Islam, Bagaimana?

Keghairahan teka pemenang Piala Dunia berdasar gerakan binatang boleh jejas akidah

KEJAYAAN Sepanyol menjuarai Piala Dunia 2010 awal pagi kelmarin menjadikan sotong kurita bernama Paul semakin popular mengalahkan bintang bola sepak yang berjuang bermati-matian di padang untuk meraih kemenangan setiap perlawanan. Sotong di Akuarium Sea Life di Oberhausen, selatan Jerman itu sebelum ini membuat ramalan mengenai perlawanan membabitkan pasukan Jerman yang kebetulan, ramalannya mengena. Rentetan ramalan Paul yang mengena itu, ada pihak termasuk sesetengah umat Islam seakan-akan percaya sotong ini memiliki keajaiban untuk menentukan hala tuju sesuatu perlawanan.

Sungguh aneh, budaya yang begitu sebati dalam masyarakat Arab zaman jahiliah kini menular di kalangan peminat bola sepak pada zaman serba moden. Arab jahiliah dulu memang hidup mereka sentiasa dibayangi amalan syirik, tahyul dan khurafat.

Contohnya, jika mereka ingin memulakan sesuatu perjalanan, mereka akan melihat gerakan sesetengah jenis binatang seperti burung mahupun busur panah yang dilepaskan sama ada ke kiri atau ke kanan.

Mereka beranggapan arah gerakan itu boleh mempengaruhi keburukan atau kebaikan yang mungkin dihadapi dalam perjalanan nanti. Jika pergerakan itu dianggap menunjukkan alamat tidak baik, mereka akan membatalkan hasrat untuk meneruskan perjalanan.

Imam al-Syafi’i pernah berkata: “Dulu golongan jahiliah apabila ingin bermusafir akan mengambil burung dan melepaskannya ke udara. Jika ia terbang ke kanan maka mereka pun keluar atas tanggapan tuah itu. Jika ia terbang ke kiri atau ke belakang, maka mereka akan menganggap sial lalu berpatah balik. Maka apabila Nabi SAW diutuskan, Baginda menyeru orang ramai: Kekalkan burung pada sarangnya.” (Hadis riwayat Abu Nu’aim al-Asfahani dalam Hilyah al-Auliya’).

Perkara sebegini termasuk mempercayai ramalan ‘sang sotong Paul’ yang dinamakan tathayyur atau meramalkan sesuatu kejadian buruk atau baik disebabkan sesuatu perkara. Islam menyelar tathayyur dan menganggap ia mencemar kemurnian tauhid.

Islam meletakkan kejadian sesuatu perkara itu bergantung kepada kehendak dan kekuasaan Allah semata-mata.

Firman-Nya bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jugalah hendaknya orang yang beriman bertawakal.” (Surah al-Taubah: 51).

Meramalkan sesuatu musibah bakal menimpa berdasarkan sesuatu perkara seperti gerakan binatang, kedudukan bintang, waktu atau masa yang tertentu dan lain-lain adalah perbuatan tercela kerana segala sesuatu itu ditetapkan Allah tanpa ada faktor lain mempengaruhi keputusan-Nya.

Firman Allah bermaksud: “Ketahuilah, sesungguhnya nahas dan malang mereka itu hanya ditetapkan di sisi Allah akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.” (Surah al-A’raaf: 131).

Oleh itu, bagi sesiapa yang membuat sesuatu keputusan berdasarkan tathayyur maka dia terjebak dengan syirik.

Daripada Abdullah Ibn Umar, dia berkata, Rasulullah bersabda bermaksud: “Barang siapa yang menangguhkan hajatnya kerana al-Thayrah (ramalan buruk kerana sesuatu) maka dia telah berbuat syirik.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Daripada Abdullah Ibn Mas’ud, Rasulullah bersabda bermaksud: “Al-Thiyarah (menyandarkan keburukan kepada sesuatu) itu syirik, al-Thiyarah itu syirik tiga kali. Dan tidak ada seorang pun dari kita, kecuali (telah terjadi dalam dirinya pengaruh al-Thiyarah) akan tetapi Allah menghilangkannya dengan tawakal.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud).
Setiap manusia akan berhadapan dengan perasaan tathayyur tetapi jika kita bertawakal kepada Allah dalam segala perkara yang mendatangkan manfaat dan menjauhi musibah, maka Allah menghilangkan perasaan itu daripada jiwa kita.

Oleh itu bagi yang sudah terpengaruh dengan keupayaan Paul dalam membuat ramalan, hendaklah membersihkan jiwa mereka daripada keyakinan sebegini. Paul cuma seekor binatang yang tidak dikurniakan akal. Tentu sekali ia langsung tidak mampu mengenali bendera sesebuah negara atau memahami fungsi kotak dalam akuariumnya.

Pergerakannya ke arah kotak dan bendera tertentu hanya kebetulan. Jika kita terjebak dalam perlakuan tathayyur, untuk menebusnya Rasulullah SAW mengajar kita untuk mengucapkan doa:  

“Ya Allah, tidak ada kebaikan kecuali kebaikan-Mu dan tidak ada kesialan kecuali kesialan daripada-Mu dan tidak ada Tuhan selain-Mu.” (Hadis riwayat Imam Ahmad). 

Allahua'lam.


Rujukan :
1. Al-Quran
2. Artikel Sotong 1
3. Artikel Sotong 2
4. http://www.dailymail.co.uk/sport/worldcup2010/article-1293021/WORLD-CUP-2010-Paul-psychic-Octopus-correctly-predicts-German-result.html
5. http://blog.al.com/live/2010/07/fodder_paul_the_octopus_picks.html

 

Beradablah dalam berbeza pendapat.

By NOR AZAM MOHAMAD TAMJIS


KITA harus menerima hakikat bahawa walaupun agama Islam itu satu, namun tafsiran terhadap Islam itu berbeza-beza. Pemahaman dan seterusnya penafsiran terhadap sumber-sumber Islam yang asal iaitu al-Quran dan al-Sunnah adalah tidak sama di kalangan para imam dan ulama mujtahid. Kerana itulah ia membawa kepada wujudnya pelbagai aliran atau disebut juga mazhab dalam dunia Islam sejak awal lagi.

Bahkan perbezaan kefahaman ini wujud sejak di zaman para sahabat Rasulullah SAW lagi. Kekalutan yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini ialah apabila munculnya sekelompok 'agamawan reformis' atau digelar juga 'progresif' yang mendakwa bahawa pendapat mereka sahajalah yang betul lalu mereka ini ingin melakukan apa yang disebut 'pembaikan' (islah) atau pembaharuan (tajdid) dalam masyarakat.
Pembaharuan ini ingin dilakukan atas pelbagai nama dan platform sama ada 'minda tajdid', atau mengemudi 'bahtera itu dan ini' dengan pelbagai slogan pula seperti 'kembali kepada al-Quran dan Sunnah', atau 'mengikut amalan generasi Salaf' dan seumpamanya.


Apa yang ingin digambarkan oleh kelompok 'mujaddid palsu' ini ialah selama ini amalan masyarakat kita kononnya tidak mengikut al-Quran dan Sunnah; nenek moyang dan ibu bapa kita tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenarnya; masyarakat kita banyak melakukan amalan bidaah sesat, bahkan turut mempertikaikan mengikut mazhab kerana katanya di zaman Nabi SAW dulu tiada mazhab lalu kenapa kita harus mengikut mazhab hari ini.

Tiada salah untuk melakukan pembaharuan malah ia dituntut apabila masyarakat menjadi semakin jauh dari amalan murni Islam yang sebenar lalu mencampur-adukkan dengan amalan khurafat dan bidaah sesat. Bahkan ada hadis dari Abu Hurayrah r.a., yang menyebut bahawa
Allah akan membangkitkan setiap seratus tahun untuk ummah ini orang yang memperbaharui agamanya.
(Sunan Abu Dawud)


Namun apa yang mengecewakan ialah apabila golongan-golongan ini bukannya 'memperbaharui' agama daripada perkara-perkara khurafat dan bidaah sesat, sebaliknya membongkar perkara-perkara khilafiyyah yang telah disepakati para ulama silam sejak ratusan tahun lalu untuk bersetuju berbeza pendapat (agree to disagree).
Kesan pembongkaran itu hanyalah menimbulkan keresahan dan keraguan di kalangan masyarakat sehingga membawa kepada perpecahan sesama sendiri.

Perkara-perkara khilafiyyah yang wujud dalam amalan mazhab-mazhab Ahlul Sunnah wal Jamaah seperti membaca qunut Subuh, keadaan jari telunjuk ketika tasyahhud perlu digerakkan atau tidak, berdoa beramai-ramai selepas sembahyang, dan seumpamanya tidak mungkin dapat diselesaikan hari ini jika dahulu pun tidak mampu diselesaikan oleh alim-ulama yang ratusan kali ganda lebih hebat daripada ulama-ulama hari ini dan lebih dekat dengan Rasulullah SAW dan generasi Salaf.



Menyedari hakikat bahawa perbezaan pendapat para ulama itu tidak dapat dielakkan khususnya dalam hal-hal ranting yang terperinci dalam ibadat, maka para ulama usul telah merumuskan bahawa "kebenaran dalam perkara ranting (furuk) itu berbilang-bilang." Ia suatu hakikat bahawa kebenaran dalam perkara bersifat 'cabang-cabang' Islam ini tidak mampu untuk diseragamkan menjadi satu walaupun ribuan ulama telah mencubanya sejak sekian lama.

Lalu selama kita mengikuti pandangan majoriti ulama (al-sawad al-a'zam) iaitu para imam mazhab empat dari kalangan Ahlul Sunnah wal Jamaah, maka insya-Allah kita berada di atas landasan dan jalan yang benar.

Renunglah nasihat para ulama silam dalam mengambil sikap beradab apabila menangani perbezaan pendapat dengan menekuni karya-karya mereka yang banyak berhubung dengan adabul ikhtilaf (Adab Berbeza Pendapat). Imam al-Shatibi r.a. sendiri sebagai contoh menulis:
Sesungguhnya perbezaan pendapat yang terjadi pada zaman sahabat hingga ke hari ini berlaku adalah dalam masalah-masalah ijtihadiyyah. Pertama kali ia berlaku pada zaman Khulafa' al-Rasyidin dan sahabat-sahabat yang lain, lalu berterusan sehingga zaman para tabi'en dan mereka tidak saling mencela di antara satu sama lain.
(al-I'tisom 2/191)
Selain tidak beradab dalam menangani perbezaan pendapat, golongan reformis agama ini juga mendakwa bahawa Islam yang sebenar ialah dengan mengikut al-Quran dan al-Sunnah dan bukannya mengikut mazhab.
Bunyinya menarik dan benar tetapi sebenarnya penuh dengan kebatilan dan kepalsuan seperti mana yang sering diungkapkan "kalimatul haq yuridu biha al-batil".

Mereka secara tidak langsung menyeru masyarakat menjadi 'bebas mazhab' (al-la madhabiyyah) suatu aliran yang dianggap 'bidaah' paling bahaya yang menentang syariat Islam seperti mana ungkapan Sheikh Dr. Said Ramadhan al-Buti dalam kitabnya al-la Madhhabiyya Akhtaru Bid'atin Tuhaddidu al-Shari'at al-Islamiyyah (Bebas Mazhab Bid'ah Paling Bahaya Menyalahi Syariat Islam).

Bahkan Imam Ibn Rajab al-Hanbali (meninggal dunia 795H/1393M) telah lama menentang aliran ini menerusi kitabnya Radd 'ala man Ittaba'a Ghayr al-Madhahib al-Arba'ah (Sanggahan Terhadap Mereka Yang Tidak Mengikut Mazhab Empat).

Kita perlu faham bahawa apabila disebut 'mengikut mazhab' bukanlah bermakna taksub kepada pandangan akali para Imam-Imam mazhab, kerana pandangan mereka itu juga sebenarnya didasarkan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Bahkan mazhab itu sendiri bukanlah pandangan sosok tubuh seorang individu atau Imam mazhab semata-mata.
Mengikut mazhab Shafie bukan bermaksud mengikut pandangan Imam Shafie seorang diri sahaja, tetapi ia melibatkan sekumpulan para alima ulama yang mengikut kaedah mengistinbatkan hukum berdasarkan kaedah dan kriteria Imam Shafie.
Adalah tidak benar seperti apa yang cuba dimomokkan oleh kelompok agamawan reformis ini bahawa mengikut mazhab itu seolah-olahnya tidak mengikut al-Quran dan al-Sunnah. Terlalu dangkal jika kita berfikiran begitu dan terlalu hina kita meletakkan taraf keilmuan para imam-imam kita dan ulama mazhab yang menghabiskan usia menjadi penyuluh kegelapan umat dengan menelaah al-Quran, al-Hadis dan kitab-kitab saban waktu tanpa jemu.
Hidup mereka dipenuhi dengan ilmu dan pengajian sehingga ada ulama silam yang walaupun ketika sedang makan masih tetap menelaah kitab-kitab, sedangkan hidup kita penuh dengan bersenang-lenang dan berseronok-seronok.

Adalah amat mengecewakan apabila kita dapati ungkapan-ungkapan menghina para ulama silam dan dilontarkan bersahaja tanpa rasa bersalah bahkan dengan cukup biadab sekali sama ada dalam tulisan di dada-dada akhbar mahupun pada ceramah-ceramah.

Ini bukanlah bermaksud mengatakan bahawa para ulama itu maksum dan tidak melakukan kesalahan, tetapi pendekatan menghina itu tidak sewajarnya dilakukan apatah lagi oleh golongan agamawan sendiri.

Kesimpulannya, kelemahan para ulama bukanlah untuk didedahkan kepada masyarakat umum apatah lagi untuk dijadikan bahan ditertawakan kerana tiada sekelumit manfaat pun yang diperolehi dengan pendedahan sebegitu melainkan 'mengajar' masyarakat bersikap biadap terhadap para ulama silam.

Kita harus ingat bahawa kita juga ulama dan apabila kita 'mengajar' masyarakat awam biadap terhadap para alim-ulama silam dan tidak menghormati mereka, kita jangan terkejut jika masyarakat juga akan bersikap biadap terhadap kita selaku ulama suatu hari kelak'.

Penulis ialah Felo Pusat Perundingan dan Latihan, Institut Kefahaman Islam Malaysia.

 


Dipetik dari  buletinonline.net

Kempen Tamatkan Kepungan ke Atas Gaza di Eropah yang berpusat di Brussels begitu
mengejutkan dari segi sambutan para peserta yang mahu menyertainya dan juga bilangan
kapal yang akan belayar bersama 
‘Freedom Flotilla 2”.
Sehingga kini, kempen tersebut telah menerima 9,000 permohonan orang perseorangan untuk
menjadi peserta bagi menyertai konvoi kedua bantuan kemanusiaan tersebut.
 
Manakala tujuh buah kapal dari benua itu telah pun menyatakan persetujuan mereka untuk
belayar ke Gaza pada bila-bila masa.

Peristiwa ‘berdarah’ yang terjadi ke atas Freedom Flotilla 1 pada 31 Mei lalu nampaknya tidak
menakutkan para pejuang dan aktivis untuk membebeaskan Gaza dari cengkaman Israel.
”Freedom Flotilla 1” yang membawa 750 aktivis dari lebih dari 40 negara, termasuk 44 orang
tokoh politik Arab dan Eropah.
 
Konvoi bantuan kemanusiaan yang pertama itu turut membawa lebih dari 10.000 tan ubat-ubatan, bahan-bahan pembinaan kayu dan 100 rumah siap pakai dalam menyokong puluhan ribu orang yang kehilangan rumah mereka dalam perang Israel di Gaza pada akhir 2008 dan awal 2009.

Namun, sebelum sempat sampai di perairan Gaza, sewaktu belayar diperairan antarabangsa,
ia telah di serang oleh tentera Israel dan mengorbankan 9 orang syuhada serta mencederakan
ramai yang lain. Tindakan ganas Israel ke atas konvoi tersebut telah menyebabkan lebih ramai lagi yang akan menyertai konvoi ‘Fredom Flotilla 2” yang akan diumumkan tarikh pelayarannya pada bila-bila
masa.

 

Kamu Teristimewa (Ya Rasulullah S.A.W)

By NOR AZAM MOHAMAD TAMJIS

video



Ya Rasulullah SAW...Kerdilnya kami mengungkap cinta....Tiada tara seluruh hidupmu...Membawa kami...Menyusur lorong keimanan...Yang meninggikan kami sebagai manusia

Layakkah hati menyimpan cinta?

Sedang hati adalah bekas..
Kolam berisi segala yang cacat..
Bejana menakung jijik maksiat...
Apakah cinta kesampaian?
Padamu seorang yang sempurna..
Insan kecintaan Tuhan Yang Esa....
Ya Rasulullah SAW..
Masih bersisakah ruang?
Untuk kami umat di akhir zaman..
Hidup sejahtera di sisimu...
Di negeri akhirat yang abadi
Bersamamu..
Menatapmu
Mencintaimu
Mentaatimu
Adalah cita-cita kami yang tidak pernah padam
Rasulullah SAW

Cinta ini untukmu



Peganglah Al-Quran dan Sunnah buat pedoman hidup di zaman FITNAH YANG SANGAT DAHSYAT ini...

 

Senyum Di Tali Gantung - Sajak Sayyid Qutb

By NOR AZAM MOHAMAD TAMJIS

'Senyum Di Tali Gantung'

Sahabat,
Andainya kematian engkau tangisi,
Pusara engkau siram dengan air matamu,
Maka di atas tulang belulang yang sudah luluh,
Nyalakanlah obor untuk ummat ini,
Dan...
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan.

Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan,
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu,
Taman-taman indah di syurga Allah,
Terhampar menanti,
Burung-burungnya berpesta menyambutku,
Dan berbahagilah hidupku di sana

Sahabat,
Puaka kegelapan pasti akan lebur,
Fajar akan menyingsing,
Dan alam ini akan disinari cahaya lagi,
Relakanlah rohku terbang menjelang rindunya,
Jangan gentar berkelana ke alam abadi,
Di sana... cahaya fajar memancar.

(Al-Maghfulahy Al-'Arif Billah,
Asy-Syahid Sayyid Ibnu Qutb Ibrahim,
Isnin 13 Jamadilawal 1386)

 



Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab ‘Misykatul Masabih’ disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: “Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya.”

Imam Al Ghazali di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’ telah berkata: “Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor.”

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti.

Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.

Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa “92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti.” (Napping News:’Scientific Proof Confirms: Napping Enhances WorkerProductivity,’ from eFuse)

Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai ‘a midafternoon quiescent phase’ atau ‘ a secondary sleep gate.’ Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku ‘The Art of Napping at Work.’

Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka ‘Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.’ Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan.

Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam. (Gail Benchener: ‘Parents and Sleep Deprivation,’ Family.com)

Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini. (Laporan saintifik tentang kelebihan tidur tengahari ke atas produktiviti berdasarkan kajian 25 tahun)

Wallahualam

Dipetik dari islam.sukeri.com

 


 Khas buat mahasiswa USM tahun pertama.


Sirih berlipat, sirih pinang
Sirih dari Kuala Segan
Pemanis kata 'Selamat Datang'
Assalamualaikum saya ucapkan.





Sabtu, 3 Julai 2010. Eiit, reminder hp berbunyi. Jam pukul 8.30pagi. Tertera peringatan mengenai kemasukan pelajar baru ke USM, Universiti Apex. Sedang aku ketika itu sudah pun berada di hadapan ratusan kereta yang diparkirkan di Padang Kawad. Kenangan ketika aku mula melangkah di tempat yang sama tersebut mula menjengah minda, menggamit memori kembara hidup. Sedar2 sahaja aku sudah melangkah penjuru tahun pertama, menanti tahun kedua. Dulunya mentah kini melihat dunia atas bawah kiri kanan. Itulah perubahan diri. "Aku mampu memimpin selari dgn slogan USM", "Kami Memimpin". Itulah yang cuba ku jiwai. Pimpin jiwa menuju redha illahi. Sekarang pula, sudah menerima junior. Lagi kuatle reason nak berubah ni..he2.

Saya singkatkan mesej yang ingin saya sampaikan. Selaku Exco Pembangunan Insan dan Kelestarian Persatuan Ilmu Pendidikan USM, saya mengucapkan selamat datang ke menara gading USM kepada semua mahasiswa yang baru mendaftar tahun pertama terutamanya mahasiswa pendidikan.

Apabila bergelar 'Mahasiswa' kini, saya menyeru kalian mahasiswa marilah merevolusikan set minda anda kepada set minda mahasiswa. Banyak tugas yang mahasiswa perlu laksanakan di dalam kampus dan juga luar kampus. Semuanya memerlukan pelbagai jenis ilmu yang disinergikan. Kepada mahasiswa Muslim, semakin kita berada di puncak ilmu, makin dekat dan tunduklah kita kepada Maha esa. Bersyukurlah diberikan peluang melanjutkan pelajaran di peringkat tertinggi. Jangan bersenggang daripada membaca al quran, menghampiri majlis ilmu, berpuasa sunat dan amalan2 yang meningkatkan estim-diri kita. Insyaallah itu yang terbaik.!