Assalamualaikum wrt. wbt.

Allahuakhbar (7x)

Firman Allah S.W.T

(3)....الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإسْلامَ دِينًا

..pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu Jadi agama bagimu...(3)

Al-Maidah, QS 5:3.


Sahabat2 sekalian, sedar ataupun tidak kita sudah sampai ke garis penamat bagi Ramadhan tahun 1431 H. Esok 1 Syawal, dan ramadhan telah pergi meninggalkan kita. Teringat kita sebulan yang lepas, memasuki pintu sebuah kota yang indah, banyak hadiah2 dan 'offer' serta great guarantee dpd Allah 'azza wa jalla. Sayunya kini, kita terpaksa melewati kota yang hebat tersebut kerana tempoh visa kita berada di dalamnya telah tamat. Begitu juga ramadhan, perumpamaan kepada apa y saya utarakn itu, kita akan melewatinya. Sama ada kita akan bertemu dengan Ramadhan akan datang itu, Allahua'lam.

Sepanjang kita meningkatkan dan memperbaiki amalan sepanjang ramadhan, kita melakukannya dalam berjemaah(beramai-ramai). Sekarang pandang(ingat) elok2/molek2 wajah kawan2 setadarus kita, sebilik/serumah kita. Mungkin akan datang ada yang sudah tidak hadir dalam beramal di bulan ramadhan. Bukan kerana apa, kerana Allah telah memanggil ia berjumpa-Nya. Pandanglah(ingatlah) wajah rakan2 kalian sekali lagi, akan datang mungkin dia sudah tidak dapat bersama-sama dengan kita beramal dan mengimarahkan ramadhan, dek kerana mungkin kita pula yang dipanggil menemui-Nya.



Banyak sekali kisah qariah surau dan masjid di kg saya, 'ada pakcik si polan2, bulan puasa tahun lepas dia duk sama2 dgn kita, tapi kali ni dia dh xde'. Sama ada kita yg bakal xda ramadhan atau shbt2 skalian yg bakal xda ramadhan tahun depan!

Subhanallah, saya tertarik dengan begitu indahnya akhlak para sahabat Rasulullah s.a.w., di saat selepas mereka mendengar Rasulullah mengaminkan doa Malaikat Jibrail a.s, tatkala Rasulullah s.a.w melangkah naik ke mimbarnya.


Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya:
Rasulullah S.A.W bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kami pun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kami pun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini.
Lalu baginda menjawab:
“Sesungguhnya Jibrail (A.S) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Lalu aku pun mengaminkannya.
Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma’uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka’ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)

Para sahabat beramal bersungguh2 dalam bulan ramadhan, dgn puasanya, amalan sunat nafilahnya, zikir, bangun qiam dll. Bukan hanya pada hari2 tertentu(hanya pd 10 mlm terakhir) tetapi sepanjang ramadhan tersebut dimanfaatkan sebaik2nya. Apabila tibanya 10 malam terakhir, Rasulullah sendiri membawa ahli keluarganya serta shbt agar sama2 iktikaf dan melipatgandakan usaha mencari kurnia dan offer sepanjang ramadhan daripada Allah s.w.t. Cinta illahi itu melebihi segala2nya. Tatkala Ramadhan melalui saat kritikal(penghujung), para shbt sgt2 mgharapkan agar tiap2 bulan itu ialah bulan Ramadhan!

Ketahuilah shbt2 sekalian bahawa jika Ramadhan y kite cari, sesungguhnya ia tidak kekal, Ramadhan juga akn pergi. Sekiranya lailatuQadar yang kite buru, sesungguhnya kita akan terus sugul apabila mengetahui LailatulQadar itu telah berlalu tanpa kita berada di malam itu. Namun, kekal dan istiqamahlah kita dalam mencari redha ALLAH(beramal) sepanjang MASA kerana ALLAH itu MAHA HIDUP dan tiada pengakhiran bagiNya!

Justeru itu, walaupun Ramadhan telah berlalu, istiqamahlah dalam beramal dalam bulan2 seterusnya seperti mana yang telah kita lakukan dalam bulan Ramadhan ini. Sama2lah kita berdoa agar umur dipanjangkan hingga ke ramadhan seterusnya.Insyaallah.!


Persiapan menyambut Raya

Aidilfitri merupakan hari meraikan kejayaan dan kemenangan bagi orang-orang yang telah melaksanakan ibadah yang dituntut di bulan Ramadan. Dalam erti kata yang lain, menyambut Aidilfitri ialah satu ibadah dan umat Islam berhak meraikannya.

Rasulullah (saw) bersabda: "Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan, gembira ketika hari berbuka (Aidilfitri) dan gembira ketika bertemu Tuhanmu ".

Pastinya, cara umat Islam menyambut kegembiraan dan kejayaan ini berbeza dari cara orang-orang bukan Islam menyambut perayaan mereka. Umat Islam ada adab sopan dan peraturan yang perlu dipatuhi sebagaimana kita menjalani hari-hari yang lain.

Sebenarnya, xde istilah kongsi raya dalam menyambut Aidilfitri.! Hal ini kerana menyambut Aidilfitri adalah satu IBADAH bagi umat Islam.
Minggu lepas kita dikejutkan dengan tayangan Iklan Raya di TV3 yang berunsur pluralisme, namun setelah dibantah oleh sekalian umat Islam, syukur pihak TV3 sendiri 'care' dengan aduan orang ramai lantas menghentikan tayangan Iklan Raya tersebut. Ya, ada yang mgtakan Iklan tersebut 1 Malaysia. Ini tidak tepat sekali, sambutan Aidilfitri ialah satu Ibadah, dalam Ibadah, Umat Islam ada caranya yang tersendiri.

Menyambut Aidilfitri bukan dengan pembaziran, bukan dengan iringan letupan meriam dan mercun, tetapi menyambut Aidilfitri dengan cara MEMBESARKAN KEAGUNGAN ALLAH S.W.T. Islam juga telah menggariskan cara-cara untuk menyambut hari yang mulia ini dengan penuh hemahnya dan tidak lari daripada maqasid syariah itu sendiri.

Kita dilarang membazir dalam membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya.

Bagaimanapun, kita disuruh memakai pakaian yang paling baru di Hari Raya terutama ketika pergi ke masjid. “Paling baru” tentulah tidak semestinya bermaksud yang baru dibeli setiap tahun. Jika ada yang lama tetapi masih cantik dan sempurna digunakan tentulah sudah memadai.

Dalam menghias rumah dan menyediakan makanan juga tiada sebab umat Islam perlu berlebih-lebihan, apatah lagi jika ada saudara-saudara kita yang menyambut Hari Raya dalam keadaan serba kekurangan.


Firman Allah s.w.t

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا (٢٧)

"Janganlah kamu membazir. Sesungguhnya orang-orang yang membazir adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu kufur terhadap Tuhannya". – (Al-Israa': 26-27)


Persiapan menjelang 1 Syawal

Pada malam Hari Raya, kita disuruh bertakbir – memuji, mengagungkan dan bersyukur ke hadrat Allah kerana telah mengekalkan kita di atas jalan petunjuknya, berada di dalam nikmat iman dan berjaya melaksanakan perintah puasa.

Disunatkan banyak berdoa selepas bertakbir. Doa-doa di malam Aidilfitri dan di pagi Syawal ini sangat diperkenankan oleh Allah kerana kita baru sahaja selesai berpuasa sebulan penuh dan menunaikan zakat fitrah. Setelah menjalani Ramadan, hati kita insyaAllah adalah hati-hati yang beriman, mulut kita mulut yang bersih, minda dan jiwa kita juga bersih dan tenang. Pada malam Hari Raya juga kita disaran melakukan qiamulail, membangunkan malam dengan ibadat seperti solat tahajjud, solat tasbih, solah taubat dan solat witir.


Persiapan pagi Raya

Pada pagi 1 Syawal, disunatkan mandi sunat Aidilfitri, menjamah juadah sebelum pergi ke masjid atau surau, sebagai merasmikan akhir berpuasa. Kenakanlah pakaian serba bersih dan bagi yang lelaki, pakailah sedikit harum-haruman.

Disunatkan juga bagi wanita-wanita dan kanak-kanak untuk ke masjid atau surau beramai-ramai, untuk menunjukkan kehebatan, kekuatan dan perpaduan umat Islam. Para gadis dan wanita keluarlah ke masjid atau surau dengan tidak bersolek, berwangi-wangian atau berhias-hiasan yang keterlaluan. Memadai pakaian yang bersih dan menutup aurat.

Diriwayatkan dari Ummu Atiah bahawa Rasulullah (saw) membawa keluar anak-anak gadis, dewasa dan orang-orang yang tua dan perempuan-perempuan yang uzur pada solat hari raya. Perempuan-perempuan uzur menjauhi tempat sembahyang dan mendengar khutbah. Salah seorang mereka berkata: “Wahai Rasulullah, bagaimana jika tiada tudung, lalu jawab Rasulullah, hendaklah seorang perempuan meminjamkan tudungnya.”

Tempoh akhir membayar zakat fitrah adalah sebelum solat sunat Aidilfitri didirikan, kerana selepas solat Aidilfitri adalah waktu makruh menunaikan zakat fitrah, dan ia dikira sebagai sedekah/derma biase sahaja, sepertimana hadis Rasulullah:

"Rasulullah (saw) telah mewajibkan zakat fitrah dari bulan Ramadan sebagai membersihkan ibadat orang yang berpuasa daripada perkataan-perkataan yang sia-sia dan kotor, dan untuk memberi makan golongan miskin. Barangsiapa menunaikannya sebelum solat (sunat Aidilfitri)), maka ia sebagai zakat yang diterima, tetapi sesiapa yang menunaikannya sesudah didirikan solat Hari Raya, maka ia merupakan sedekah". – (Riwayat Abu Daud)

Bermaaf-maafan, kunjung-mengunjung dan rumah terbuka

Acara terpenting dalam menghidupkan syiar Aidilfitri ini ialah kunjung-mengunjung, ziarah-menziarahi dan mempereratkan silaturrahim.

Firman Allah s.w.t :

وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالأرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا (١)...

..."Takutilah Allah yang kami memohon kepadaNya dan hubungkanlah silaturrahim.” – (Surah An-Nisa' 4 : 1)


Ziarahilah ibubapa di pagi Aidilfitri. Pohonlah keampunan dan ucapkan doa-doa kepada mereka. Jika ada yang telah memutus atau merenggangkan hubungan dengan ibubapa, bertaubatlah dan kembalilah kepada mereka. Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan ibubapa.

Isteri hendaklah memohon ampun kepada suami, suami kepada isteri, anak-anak kepada ibubapa. Tidak kurang pentingnya merapatkan hubungan antara adik-beradik dan saudara mara, bukan sahaja yang muda menghormati yang tua tetapi juga yang tua mesti menghormati yang muda.

Seterusnya mesrakan hubungan dengan sahabat handai, rakan sekerja, jiran-tetangga dan seterusnya masyarakat setempat dan pemimpin. Adakan atau kunjungilah rumah terbuka untuk menikmati anugerah rezeki, beramah mesra dan mempereratkan hubungan serta persefahaman. Saling hormat-menghormati dan bermaaf-maafan membentuk keharmonian dan menjauhkan perasaan-perasaan tidak baik di antara sesama manusia. Menjaga tatatertib dan batasan pergaulan

Dalam pada kunjung-mengunjung dan bersalam-salaman, sentiasalah menjaga batas-batas pergaulan, pandangan dan percakapan.

Menyambut Aidilfitri dengan keraian yang melampaui batasan bukan budaya Islam mahupun budaya timur. Pergaulan bebas, berhibur berlebihan, percampuaran bebas lelaki dan wanita dan pesta maksiat bukan sesuatu yang disuruh malah sangat ditegah dalam Islam. Begitu juga menjamu selera hingga membazir dan mendatangkan mudarat, berseronok atau bermalas-malasan, tentunya tidak disukai agama. Islam membenarkan hiburan, tetapi hiburan yang sederhana.

Sambutlah Syawal dalam keadaan kita seperti di sepanjang Ramadan, tunduk bertakwa dalam suasana beribadat kepada Allah. Hiasilah siang dan malam Aidilfitri dengan tahlil, tahmid dan takbir.

Tempoh berhari Raya

Sama ada secara berjenaka atau serius, sesetengah orang menganggap Hari Raya adalah sambutan sebulan Syawal, kononnya kerana Ramadan disambut sebulan. Pada definisinya, Hari Raya Aidilfitri adalah sambutan sehari iaitu pada hari pertama dalam bulan Syawal, sebagai tanda berakhir Ramadan.

Hadis diriwayatkan Anas (ra) bermaksud: “Setelah Rasulullah (saw) tiba di Madinah, Baginda melihat penduduk-penduduk bandar itu merayakan dua hari dengan bertemasya. Baginda bertanya, sambutan apakah itu? Penduduk-penduduk tempatan menjawab bahawa mereka telah menyambut dua hari kebesaran itu sejak zaman Jahiliah lagi. Lantas Rasulullah bersabda: Allah telah memberikan kepada anda dua hari istimewa untuk menggantikan dua hari itu. Hari-hari itu adalah Aidiladha dan Aidilfitri.”

Berpandukan kepada hadis di atas, jelaslah bahawa sambutan Hari Raya Aidilfitri yang disyorkan hanyalah sehari. Sebagaimana yang diketahui juga, kita disunatkan puasa enam hari di bulan Syawal, tetapi diharamkan berpuasa pada 1 Syawal – membuktikan hanya pada 1 Syawal kita disuruh meraikan akhir Ramadan.

Semoga segala amalan kita di bulan Ramadan diterima dan direstui Allah, dan tidak tercemar oleh keghairahan kita menyambut Syawal.




p/s: Saya mohon maaf sgt2 andai dlm tutur kata, bicara dan 'walk the talk' yang tergesa2, menyusahkan org len, n byk lg(Allah, hai x larat den nk oyak ate dh byk beno slh silapnye).

SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI, MAAR ZAHIR DAN BATIN.

Ya Allah, kurniakanlah kami kekuatan untuk sentiasa mengingatiMu walau di mana jua kami berada. Ampunkanlah segala dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa ahli keluarga kami, dosa rakan-rakan kami dan dosa seluruh kaum Muslimin dan Muslimat. Panjangkanlah umur kami sehingga kami bertemu dengan RamadhanMu yang seterusnya. Sesungguhnya hanyaMu lah yang Pemurah lagi Maha Pengasihani. Amiinn


NOR AZAM BIN MOHAMAD TAMJIS
SAINS DENGAN PENDIDIKAN/2
PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA