KISAH 1

18 Disember 2010. Pagi yang hening, kira-kira pukul 7.50pagi ketika itu. Setelah hujan renyai-renyai membasahi bumi USM. Seorang pemuda melayu berumur awal 20-an kelihatan kelam kabut mengunci motosikalnya. Diamati betul-betul kedudukan motosikalnya di petak parking itu. Setelah berkira-kira dengan 'security' motosikalnya yang tidak seberapa, bergegas ia dengan bagasinya ke 'bus stand' Rapid Penang di Sg Dua. Sebentar kekecewaan kilas di wajahnya apabila melihat sebuah bas berlalu di hadapan tatapan penglihatannya. Sayu, ia terus ke 'bus stand' tersebut. Ia sugul, mahu dikejar bas tersebut kesihatannya tidak mengizinkan, hingus meleleh, batuk sabung-menyabung, kepala pening semacam dan panas badannya. DEMAM, itulah gambaran keadaannya.


'Argghh, dah lambat sangat ni nak ke jeti ni. Bas pukul 9pg, skang dh pukul 8pg', dengusnya.

Pemuda tersebut kerap menoleh ke kanan dan kiri. Apa yang dilihatnya seakan tidak pasti, mungkin sedang mencongak nasibnya atau melihat kelibat bas 303 atau 301 yang memberi sinar harapan kepadanya untuk lekas ke jeti. Tanpa disedari, gelagatnya diperhati oleh seorang wanita berbangsa India berumur 40-an. Lengkap beruniform pekerja KFC, raut mukanya menggambarkan wajah keletihan dengan kerjanya, barangkali baru habis shift malam. Walaupun keletihan, dia memberi tumpuan sepenuhnya kepada pemuda tersebut dek kerana batuk yang sabung-menyabung oleh pemuda tersebut.

'Emm, makcik ni mesti tau bile bas seterusnye nk smpai,' bisik pemuda tersebut.

'Makcik, tahu tak bas rapid datang japg pkul brapa?' Soal pemuda itu perlahan.
'Saya nak ke jeti,' sambungnya lagi.


'Sekejap lagi sampai. Kalau nk jeti bas 301 dan 303,' Balasnya dengan penuh minat.

'Adik nak ke mana?' Soal wanita tersebut.



'Saya nak balik kampung, skang tgh cuti semester makcik,' Jawab pemuda tersebut ringkas. 'Makcik dari mane ni?' Soal pemuda tersebut.


'Makcik baru balik kerja di KFC seberang jalan tu haa, shift malam kan. Balik nk rehat,' jawab wanita tersebut.

Batuk sentiasa meningkah perbualan antara mereka. Lantas satu ketika selepas itu, wanita tersebut menghulurkan sebungkus gula-gula HACKS hitam.


'Adik batuk teruk sangat tu, ambil hacks tu, boleh kurang sikit batuk,' kata wanita tersebut.

'Aaa. Erm. Mekaseh makcik,' balas pemuda tersebut.


'Adik dah makan ubat ke belum? Nak balik kampungkan, laratka?' Aju wanita tersebut.

'Er..er. Saya belum makan ubat makcik,' jawab pemuda tersebut seoalah-olah mengelak.

Lantas wanita tersebut menggeleng-gelengkan kepala. 'Kenapa tak makan ubat lagi.'.komen wanita itu. Mungkin dia mempunyai anak yang sebaya dengan pemuda tersebut sekaligus perhatian bersifat keibuan dilimpahkan kepada pemuda tersebut.

Tak lama kemudian bas Rapid Penang bernombor 303 sampai. Kedua-duanya melangkah masuk ke dalam bas tersebut. Pemuda itu menyeret bagasinya dengan penuh sayu, keletihan. Wanita tersebut telah mengambil tempat duduk. Bas meneruskan perjalanannya. Pemuda itu terkial-kial mencari tempat duduk yang sesuai walaupun banyak tempat duduk yang kosong. Akhirnya dijumpai tempat duduk berhampiran pintu di tengah bas. Alangkah baiknya wanita tersebut kerana masih menjeling-jeling, memastikan pemuda tersebut berada dalam keadaan sedar.

Sampai sahaja di sebuah perhentian bas di flat Jelutong, wanita berbangsa India tersebut turun dan sempat menyapa pemuda sebut. 'Elok-elok ya adik,' kata-katanya. Sekitar jam 8.45pagi pemuda itu sampai juga di stesen Rapid Penang Weld Quay. Berseorangan, terus sahaja diseret bagasinya itu ke laluan ke tempat menunggu feri...dan perjalanan baginya tidak berhenti di situ....

bersambung..