Assalamualaikum wbt.


31 Ogos 2010 - Pada malam tersebut, saya juga tidak melepaskan peluang turut serta ke lapangan masyarakat. Majlis dimulakan dengan taklimat perjalanan program, selepas sahaja solat tarawih. Saudara Amir dari Urusetia Menangani Gejala Sosial(UNGGAS) memberikan sedikit taklimat dan kaedah-kaedah dalam mendekati mad'u. Walaupun saya turun sbg salah seorang ahli Persatuan Mahasiswa Islam USM, namun saya juga membawa misi mewakili Persatuan Ilmu Pendidikan USM [PIP USM]. Saya tidak sempat mengira berapa puluh peserta yang hadir, tetapi peserta dari pelbagai organisasi NGO dan mahasiswa USM kelihatan melimpah sehingga ke ruang solat muslimat apabila sesi pembahagian kumpulan dimulakan.


Antara perkara yang akan saya kongsikan pada post kali ini adalah perkara-perkara yang sana ingin lontarkan pada sharing moment selepas sahaja semua peserta operasi malam itu kembali ke markaz(Masjid Sg Nibong).




1. Perlu diberi perhatian bahawa operasi pada malam itu merupakan satu taklifan kepada segolongan kumpulan dalam masyarakat yang beriltizam dengan kebenaran Islam. Hal ini telah tercatat dalam firman Allah, Surah ali-Imran, QS 3 : 104.


وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (١٠٤)


104. dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar[217]; merekalah orang-orang yang beruntung.


Yakinlah bahawa segala perancangan dan tindakan ke arah melaksanakan program pada malam itu adalah suatu keperluan dan bertepatan dengan hadis Rasulullah s.a.w.


“Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah diubah dengan tangannya, jika tidak berupaya hendaklah diubah dengan lisannya, dan jika tidak berupaya juga hendaklah diubah dengan hatinya dan yang sedemikian itu selemah-lemah iman.” (Hadis riwayat Muslim).



2. Sambutan kemerdekaan di mata masyarakat umum memenuhi takwim kosmetik hedonisme dalam tiap-tiap jiwa mereka. Apa erti merdeka, adakah sekadar public holiday, sambutan atau penghayatan? Melalui pemerhatian saya dan rakan-rakan mahasiswa yang lain serta sedikit sesi perbualan dengan beberapa orang target group, jawapan yang agak menyimpang dari erti kemerdekaan itu sendiri. "Ya lah, malam merdeka, nak keluaq sat sambut...." ...sambut kt padang kota pun ada, kat queensbay pun ada, fun park ni pun dah ada dua minggu lepas".... "saya tadi ada kat msjd sg nibong tu, pas tarawih balik sat, bwk isteri n anak2 kuaq sambut kemerdekaan skali"..


Masalah yang dapat dilihat di sini, masyarakat sebenarnya tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk melestarikan kemerdekaan ini. Masyarakat telah berjaya didoktrin bahawa kemerdekaan itu mesti disambut dengan hiburan dan keluar bersosial tanpa batasan pada malamnya. Inilah hasil acapkali sambutan kemerdekaan di televisyen, ditayangkan segala macam jenis hiburan, pemimpin-pemimpin sibuk mengira/countdown tgh2 malam bersama rakyat, sebenarnya tanpa disedari telah menakhoda masyarakat ke arah hedonisme. (saya tak kata hiburan tu salah, apatah lagi blame totally pada hiburan, tapi apabila berlebihan boleh mnybabkan barah hedonisme dalam msyrkt).


Sambutan kemerdekaan itu perlu, bagi menanam ingatan terhadap peristiwa sepanjang sepak terajang mendapat kemerdekaan itu dan menghasilkan rasa syukur serta tindakan ke arah mengekalkan kemerdekaan negara dan kemerdekaan minda. Tetapi, berpuluh-puluh tahun, model yang sama ditunjukkan pemimpin-pemimpin tertentu dengan memilih kaedah sambutan melalui hiburan yang grand, mewah, dendangan lagu y lebih dihayati 'suara' dpd maksud lirik2 dsbgnya, memberi impak yang buruk ke atas pembentukan pemikiran masyarakat terhadap sambutan kemerdekaan. Kesannya, malam itu disaksikan sekalian mahasiswa yang turun melihat sendiri permasalahan masyarakat.


Saya tidak menafikan, ada model sambutan kemerdekaan yang lebih memberi kesan terhadap masyarakat, cuma tidak diketengahkan oleh media-media di Malaysia. Saat ini, model baru sambutan kemerdekaan perlulah diketengahkan. Sbg contoh, gabungan NGO-NGO Islam dan LSSK PMIUSM, pada malam itu sendiri, telah menghasilkan satu model baru sambutan kemerdekaan iaitu turun ke lapangan masyarakat. Dalam model ini, ada unsur sosialisasi dgn masyarakat disulam dgn iltizam tiap2 peserta menyampaikan amanah, nasihat dan peringatan2 terhadap masyarakat. Model yang sama diimplimentasi untuk pelbagai tarikh sambutan spt Sambutan Tahun Baru (New Year Celebration), Sambutan Hari Valentine dan lain2 lagi.


3. Kerjasama yang menakjubkan dalam kalangan peserta. Saya bukan memuji terlampau tetapi pada malam itu saya mendapati semua pergerakan peserta seperti sebuah keluarga besar. Walaupun sesi taklimat apatah lagi ta'aruf yang dijalankan singkat, namun atas nama Islam kita semua dapat disatukan pada malam itu. Hal ini merupakan satu bukti rahmat Islam menyatukan semua bangsa dari pelbagai latar belakang. Kesedaran terhadap kalimah La ilaha illallah muhammad rasulullah menyatukan semua peserta. Firman Allah, Surah ali-Imran, QS 3 : 103.


....وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلا تَفَرَّقُو


103. dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai....


Allah memberikan pertolongan kepada hamba-hambaNya yang sama2 ikhlas dalam menjalankan tugas memberi peringatan ini seperti mana tugas ini yang dijalankan oleh para nabi dan rasul.


4. Operasi tersebut merupakan sebuah medan latihan turun ke lapangan buat mahasiswa/i USM. Sekadar mendengar teori dan berita mengenai gejala-gejala sosial masih tidak lengkap bagi mahasiswa jika tidak turun sendiri ke lapangan. Ilmu perlu diikuti dengan praktikal. Dalam operasi tersebut kita sendiri telah belajar pelbagai perkara baru seperti kaedah-kaedah mendekati mad'u, menilai situasi sekeliling, kerjasama kumpulan dan sbgnya. Operasi pada malam tersebut juga merupakan refleksi terhadap peranan mahasiswa dalam menangani masalah2 masyarakat. Mahasiswa perlu sedar bahawa masyarakat memandang tinggi terhadap produk-produk dari IPT khususnya USM yang bertaraf Universiti Apex. Di saat masyarakat sedang bergelut dengan krisis pemikiran, kecelaruan identiti dan prinsip, gejala sosial yang membarah dan buang bayi, haruslah bagi mahasiswa menawarkan pertolongan bagi membantu membangunkan masyarakat. Memang tidak dinafikan, ada juga segelintir mahasiswa yang tidak dapat membebaskan diri dari kemelut seperti itu. Hidup ini realiti, bukan fantasi. Semua individu ada masalah masing2 dalam mengharungi kehidupan. Namun, kita semua ialah manusia yang diberi akal oleh Allah, berkemampuan menilai dan membuat keputusan. Kepada insan-insan yang diberi cahaya penghidupan, manfaatlah sebaik2nya kesedaran yang ada dengan menyedarkan masyarakat sekeliling sama ada di dalam kampus atau di luar kampus. Perkara yang baik dan bermanfaat akan lagi bermakna apabila dikongsi dan diamalkan bersama-sama.



Kesimpulannya, usaha-usaha dalam memberikan kesedaran terhadap masyarakat perlulah diteruskan. Di samping itu, mahasiswa juga harus peka dengan situasi masyarakat kini kian goncang. Saya menyeru kepada semua mahasiswa supaya meninggalkan kejahiliahan yang telah sama2 disaksikan ketika operasi malam itu, dan menjadi initiator thdp perubahan masyarakat. Sertailah aktiviti-aktiviti seperti ini dan apa2 aktiviti yang menyumbang kepada pembangunan masyarakat.



NOR AZAM BIN MOHAMAD TAMJIS

KETUA UNIT,

KELESTARIAN DAN PEMBANGUNAN INSAN

PERSATUAN ILMU PENDIDIKAN USM

SIDANG 2010/2011