Jumaat Penghulu segala hari.
By NOR AZAM MOHAMAD TAMJIS
JUMAAT penghulu segala hari kerana kemuliaan dan kelebihannya. Malah, peristiwa agung banyak berlaku pada Jumaat.
Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud:
”Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari)”.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat. Pada hari itulah Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).
Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang ber maksud:
“Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat. Pada hari itu terdapat suatu masa seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmidzi)
Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, termasuk berkeadaan dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.
Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus mendengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi. Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah.”
Sebelum menunaikan solat Jumaat, dianjurkan mandi terlebih dulu sebagaimana hadis daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq `alaih)
Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi, tetapi mandi itu lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Tirmidzi).
Antara amalan-amalan sunnah dan mulia diamalkan seeloknya pada hari Jumaat ialah :
1. Membaca doa di hari Jumaat.
Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga. 2. Bacaan surah solat subuh serta sujud Sajdah.
Sunat membaca surah as-Sajdah pada rakaat pertama dan pada rakaat kedua dengan surah al-Insan. Hendaklah dibaca keseluruhan kedua-dua surah tersebut. Hendaklah juga sujud sajdah pada ayat sajdah dalam surah tersebut.h
3. Selawat ke atas Rasulullah s.a.w. dan memperbanyakkannya.
Ini benda paling senangkan.. kena periksa diri masing-masing ada buat tak.. ada beberapa kelebihan yang aku tau.. antaranya..
i. Hampir dengan Baginda s.a.w pada Hari Kiamat.
Ibnu Masud meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya; Sesungguhnya seutama-utama manusia di sisiku (orang yang paling hampir) dengan aku pada hari kiamat ialah mereka yang lebih banyak berselawat ke atasku.
ii. Gandaan selawat ke atasnya sebanyak 10 kali selawat.
Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya; Barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat ke atas.
Ibnu Masud meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya; Sesungguhnya seutama-utama manusia di sisiku (orang yang paling hampir) dengan aku pada hari kiamat ialah mereka yang lebih banyak berselawat ke atasku.
ii. Gandaan selawat ke atasnya sebanyak 10 kali selawat.
Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya; Barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat ke atas.
Daripada Ali bin Hussien bahawa datuknya, Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya; Barangsiapa yang berselawat ke atasku pada hari Jumaat seratus kali, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan bercahaya, andainya cahaya ini dibahagi-bahagikan antara kesemua makhluknya, maka cahaya itu akan cukup meliputi mereka.
iv) Dosa akan diampunkan.
Abu Dzar telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda maksudnya; Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada hari Jumaat sebanyak dua ratus kali dua ratus dosanya.
Abu Dzar telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda maksudnya; Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada hari Jumaat sebanyak dua ratus kali dua ratus dosanya.
4. Bacaan surah al-Kahfi pada siang dan malam Jumaat.
Amat besar fadhilatnya bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada siang hari Jumaat. Imam as-Syafie menyatakan dalam kitabnya al-Um adalah besar fadhilatnya juga jika membacanya pada malam Jumaat.
5. Mandi sunat Jumaat. Rasulullah s.a.w. pernah berpesan kepada Abu Hurairah supaya mandi sunat Jumaat pada setiap minggu walaupun terpaksa membeli air dengan wang yang selalunya dibelanjakan untuk membeli makanan hariannya. Manakala fadhilatnya amatlah besar di sisi Allah sebagaimana sabdanya yang bermaksud; Barangsiapa mandi junub, mandi (sunat Jumaat), keluar dari rumahnya dan bersegera ke masjid untuk menghampiri imam (mendengar khutbah) dan tidak melakukan perbuatan sia-sia, maka akan ditulis untuk setiap langkahnya pahala puasa selama setahun.
6. Berpakaian cantik dan elok.Hari Jumaat merupakan hari terbesar dan merupakan hari raya pada setiap minggu. Pilihlah pakaian yang paling baik untuk dipakai bagi membesarkan hari perayaan bagi orang-orang mukmin seperti pakaian yang dipilih pada setiap kali menyambut hari raya Aidil Fitri dan Aidil Adha. Menurut para ulama warna yang paling afdhal ialah warna putih dengan berserban, kerana malaikat akan berselawat ke atas orang mukmin yang memakai serban. Menurut Imam Nawawi, disunatkan mengucapkan tahmid, tasbih dan istighfar ketika memakai pakaian.
0 Responses to Jumaat Penghulu segala hari.
Something to say?