dirujuk daripada http://mujaheed929.blogspot.com/obaidah-al-qudsi-kebanggaan warga-uiam.html

 

Obaidah Al-Qudsi, kebanggaan warga UIAM




 
Obaidah Al-Qudsi, dikenali di kalangan sahabatnya sebagai seorang artis, dengan suara lunak merdu dan perwatakan yang menarik. Beliau shahid menemui Khaliqnya di sebuah hospital Israel, sebagai seorang tahanan yang cedera. Pada tanggal 26 Ogos, Obaidah sedang menuju Masjid Ibrahim di Kota Lama Hebron. Ketika berjalan ke masjid, tentera Zionis-Israel menembaknya dengan 4 das tembakan, 2 di perut dan 2 di kaki.


Obaidah menitiskan darah suci seorang shuhada’. Ambulans yang tiba lambat mengakibatkan beliau mengalami pendarahan selama 30 minit. Ketika itu, tentera Israel memukul pula bahagian badan beliau. Kemudian malan terus menimpa beliau, beliau ditahan tentera Zionis dan dihantar ke hospital Israel di Baitulmaqdis. Beliau koma, dan menghabiskan masa 3 minggu di hospital itu. Keluara beliau dilarang untuk melawat sehingga beliau menghembuskan nyawa yang terakhir.


Pada pagi 13 September, Obaidah Al-Qudsi menemui si Penciptanya, Hasbunallah wa ni’mal wakiil.


Obaidah akan terus dikenang sebagai seorang penyair dan hero di kalangan keluarga dan sahabat beliau. Syair dan nasyidnya sentiasa dalam ingatan rakyat Palestin dan pejuang keamanan.


Perjalanan Hidup Seorang Shahid


Nama sebenar beliau Obaidah Maher Abdul Mu’ti Al-Qudsi Dwaik. Beliau dilahirkan pada 1984 di Kota Hebron, Palestin di dalam keluarga yang sangat dihormati. Ayah beliau seorang ahli perniagaan yang juga seorang ustaz.


Obaidah memulakan pelajarannya seawal umur 5 tahun di sebuah tadika tunas Islam. Kemudian beliau memasuki Sekolah Al-Shari’yah, dibawah sebuah Organisasi Kebajikan Islam. Beliau menghabiskan persekolahannya pada tahun 2002 dengan gred cemerlang, 84%.


Beliau kemudiannya terbang ke Malaysia, memasuki Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM ) dan mendapat Ijazah Komunikasi dan Kewartawanan.


Sewaktu di UIAM, Obaidah seorang yang aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dan sentiasa membangkitkan isu-isu Ummah. Obaidah dipilih sebagai pimpinan Al-Aqsa Friend’s Society pada tahun 2003, dan menghabiskan masa setahun sebagai seorang ahli yang paling aktif. Sejak tahun 2004 sehinnga 2007 beliau mengetuai Kumpulan Nasyid Al-Aqsa di UIAM.


Pada tahun 2008, beliau kembali ke Palestin dan tinggal bersama keluarganya dan meneruskan perniagaan ayahnya. Beberapa bulan kemudian, beliau bertunang dan mengaturkan perkahwinanya yang bakal berlangsung selepas Aidilfitri 1430 Hijriah. Namun, Allah lebih sayang kepadanya, Rejim Zionis telah meragut kemeriahan Aidilfitri keluarga beliau, dan meruntuhakan istana kebahagiaan bersama tunang beliau.


Al-Fatihah buat As-Shahid Obaidah Al-Qudsi. 
 Sumber dan terjemahan dari : http://aqsaiium.com/