Sapa nak selamatkan PMRAM?
By NOR AZAM MOHAMAD TAMJIS
Assalamualaykum wrt. wbt.
Jam menunjukkan hampir pukul 3.15petang. Saya yang baru sahaja berlalu dari persinggahan di kedai makan, memberhentikan motosikal sebentar. Kemudian melihat semula pesanan ringkas atau 'sms' yang dihantar kepada 'inbox' saya. Salah satunya tertera 'sms' berantai yang dipercayai pesanan daripada Presiden PMRAM Mesir. Tak perlulah saya tulis semua ayat pesanan tersebut, tapi bunyinya seperti ada pihak yang tidak bertanggungjawab sedang berusaha mencari jalan untuk menggugat kedudukan Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).
Saya pun terfikir, bagaimanakah nanti kebajikan mahasiswa Malaysia yang melanjutkan pengajian di Mesir jika PMRAM dihazafkan? Sedangkan PMRAM merupakan satu-satunya persatuan yang menguruskan hampir semua hal-ehwal mahasiswa Malaysia yang belajar di Mesir secara menyeluruh. Jadi, pendapat saya sebarang usaha untuk mengganggu-gugat PMRAM adalah tidak wajar kerana akan menyebabkan kepincangan kepada kebajikan mahasiswa-mahasiswi kita di sana. Perkara ini juga akan mengganggu perjalanan mahasiswa-mahasiswi kita di sana kerana jika PMRAM diharamkan, siapakah yang akan melaksanakan sistem pemantauan dan penjagaan mahasiswa-mahasiswi kita di sana yang belajar di Mesir.
Melalui laman rasmi PMRAM, umum maklum bahawa medan kerja Persekutuan adalah seperti berikut:
a) Kebajikan masyarakat
b) Khidmat ilmu dan pengetahuan
c) Kegiatan akademik
d) Khidmat ekonomi
e) Perhubungan antarabangsa Mesir dan lain-lain
a) Kebajikan masyarakat
b) Khidmat ilmu dan pengetahuan
c) Kegiatan akademik
d) Khidmat ekonomi
e) Perhubungan antarabangsa Mesir dan lain-lain
Jadi, bagi rakan-rakan mahasiswa di Tanah Air, mendoakan keselamatan PMRAM dan seluruh mahasiswa Mesir amnya. Siapakah lagi akan menyelamatkan PMRAM dari usaha keji dan tidak rasional untuk mengancam kedudukan PMRAM melainkan ALLAH. Hanya kepada ALLAH-lah tempat kita bergantung.
Justeru itu, saya menyeru kepada rakan-rakan mahasiswa di Tanah Air ini agar sama-sama kita berdoa ke hadrat ALLAH dan menunaikan solat hajat bagi memohon keselamatan ke atas PMRAM dan seluruh mahasiswa kita yang berada di Mesir. Insya-ALLAH, semoga hajat kita dikabulkan ALLAH.
KUALA LUMPUR, 28 Julai - Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) menyeru semua mahasiswa dan anak muda islam bersama mendoakan dan melakukan solat hajat khusus pada malam ini bagi keselamatan dan kesejahteraan untuk Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dan mahasiswa Islam Mesir berhubung isu panas yang berlaku baru-baru ini.
Di peingkat PMRAM, solat hajat "Selamatkan PMRAM dan Mahasiswa Mesir" akan diadakan di Dewan Tok Kenali, Rumah Kelantan Baru bersempena ceramah menyambut kedatangan Ramadhan. Ia juga merupakan himpunan solat hajat di peringkat Kaherah.
GAMIS menyambut baik permintaan dan usaha PMRAM untuk semua mahasiswa sedunia mendoakan PMRAM serta mahasiswa Mesir. 28 Julai (hari ini) akan menjadi saksi bahawa semua pihak di serata tempat, Mesir, Malaysia mahupun negara-negara luar yang lain akan bersama-sama solat hajat serta mendoakan keselamatan PMRAM dan mahasiswa Mesir.
Selain persatuan-persatuan mahasiswa, solat hajat ini juga akan dilakukan oleh beberapa masjid serta surau di beberapa tempat di Malaysia, pengajian tahfiz seperti KIAS, Maahad Tahfiz Pulai Condong serta Maahad Tahfiz yang lain dan institusi-institusi pondok seperti Pondok Moden.
0 Responses to Sapa nak selamatkan PMRAM?
Something to say?