Kes Pukau : Muhasabah dan saranan
By NOR AZAM MOHAMAD TAMJIS
Assalamualaikum wrt. wbt.
Belakangan ini rakan-rakan mahasiswa di USM gempar dengan kes-kes kecurian dan pukau. Saya juga mengikuti beberapa kes pukau yang meniti di bibir rakan-rakan mahasiswa USM yang khususnya berlaku di desasiswa perempuan. Ada yang memanjat dan masuk melalui tingkap, ada juga yang mengetuk pintu secara kuat dan menggunakan sihir pukau untuk mencuri barang-barang berharga. Kes ini khususnya pukau menjadi kebimbangan kepada mahasiswa USM khususnya mahasiswi disebabkan tumpuan kes pukau berlaku di desasiswa Bakti Permai, Saujana, Restu, Tekun dan beberapa desasiswa lain lagi menurut maklumat beberapa mahasiswa yang lain. Saya yakin, Jabatan Keselamatan pasti ada menerima laporan mengenai perkara ini dan diharap di peringkat Jabatan Keselamatan USM dapat melakukan sesuatu memandangkan kes ini agak mengganggu tumpuan rakan-rakan mahasiswa yang menjalani peperiksaan bermula 18 April lalu sehingga 6 Mei 2011 ini.
Di samping melontarkan isu ini, saya ingin mengajak rakan-rakan mahasiswa sekalian bermuhasabah dan menilai kembali apakah pengajaran yang perlu diambil daripada peristiwa ini. Hal ini diharapkan sekurang-kurangnya kita dapat memperbaiki diri dan masyarakat di USM ini. Pertama sekali, kes-kes yang berlaku ini mengajak kita untuk kembali kepada Allah swt, dengan mengamalkan ajaran Islam secara sepenuhnya. Adakah sebelum berlakunya kes-kes ini, kita prihatin untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran serta menghayatinya? Jika sekarang pula berlaku kes ini, kita tekun menghafal 'beberapa' ayat penting daripada Quran bertujuan sebagai pendinding dan mengelakkan bencana menimpa diri. Sebagai contoh hafalan dan teknik-teknik pendinding daripada muawwizat( ayat 3-qul), ayat kursi, surah yasin dan lain-lain. Namun setelah 'kes reda', lantas kita meninggalkan hafalan-hafalan tersebut.? Rakan-rakan mahasiswa sekalian yang beragama Muslim, saya ingin menyeru agar kita tinggalkan gaya hidup begini, kerana gaya hidup begini bercanggah dengan kehendak Islam dan tidak memberi penghayatan yang menyeluruh diri kita kepada Islam. Bukankah kita yakin Islam ialah cara hidup yang lengkap dan sempurna. Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 208 :
Seorang tokoh pendakwah tanah air melalui kuliah tafsir Quran di IKIM.fm pernah memberikan tamsilan bahawa ayat-ayat quran yang dihafal semata-mata atas tujuan begitu(hafal untuk pendinding tanpa penghayatan@meninggalkannya) tidak akan ada kesannya. Perkara tersebut ibarat kita diberikan sebuah pedang yang sangat hebat namun kita tidak tahu pun cara menggunakannya. Justeru itu, di samping membaca dan menghafal bertujuan untuk keselamatan diri, saya menyeru agar al-Quran dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita. Hal ini lebih menepati firman Allah melalui ayat Quran di atas.
Selain itu, saya melihat ramai rakan-rakan mahasiswa yang cukup berminat dalam membicarakan isu keselamatan di USM. Rakan-rakan mahasiswa juga memberikan pelbagai cadangan dan kritikan kepada pihak dan jabatan yang terlibat dalam hal ehwal keselamatan ini untuk dijalankan. Hal ini dengan harapan agar selesai beberapa isu keselamatan di USM seperti kes pencerobohan berlainan gender di desasiswa, anjing berkeliaran, vandalisme, kecurian dan lain-lain. Perkara ini merupakan petanda yang positif, namun begitu perkara yang seharusnya lebih diutamakan ialah bagaimanakah tiap-tiap mahasiswa mempraktikkan langkah-langkah keselamatan terhadap diri sendiri. Kita belum lagi mengeluarkan borang survey mengenai 'safety awareness' terhadap diri sendiri. Bermula daripada kita keluar bilik hingga balik semula ke bilik, apakah langkah-langkah keselamatan yang kita telah praktikkan? Seharusnya kembali kita berfikir. Kadang-kadang bilik ditinggalkan tanpa berkunci ketika turun ke kafe, pergi ke bilik kawan, ke tandas dan ada juga 'terlupa' untuk mengunci bilik apabila keluar ke kuliah. Adakah selamat untuk 'menyembunyikan' kunci di celah-celah kasut di rak? Perlu juga difikirkan. Bagi mahasiswi pula, beg tangan yang terdedah, berjalan tanpa teman sewenang-wenangnya pada larut malam, juga 'sengaja' mendedahkan 'apa' yang tidak patut didedahkan di mata umum dan lain-lain lagi. Adakah boleh menyumbang kepada keselamatan diri? Ada juga persoalan, 'benda kalau nak jadi, jadi jugak'. Ya, kadang-kadang belum tentu selamat juga(benda dah nak jadi) jika kita benar-benar praktikkan langkah-langkah keselamatan diri, tetapi persoalan besarnya apakah persepsi kita terhadap keselamatan diri dan adakah kita mempraktikkan langkah-langkah keselamatan terhadap diri sendiri. Perlu difikirkan. Justeru itu, peristiwa yang berlaku belakangan ini perlulah menjadi titik tolak untuk kita mempraktikkan langkah-langkah keselamatan terhadap diri sendiri.
Saranan
Saya sebagai seorang mahasiswa juga mempunyai beberapa saranan kepada rakan-rakan mahasiswa secara amnya. Juga mengambil beberapa saranan yang diperoleh daripada rakan-rakan yang lain dan diharap kita kongsikan bersama :
Keselamatan dan kesejahteraan di desasiswa.
1. Pastikan kita mengunci pintu apabila keluar daripada bilik dan ketika berada di dalam bilik.
2. Elakkan simpan kunci di rak kasut dan kawasan yang terdedah di luar bilik.
3. Tutup semua suis elektrik jika tidak digunakan.
4. Sentiasa peka penghuni-penghuni dalam desasiswa(jiran) dan orang asing.
5. Beri salam atau sapa ketika datang ke bilik rakan-rakan lain.
6. Elakkan meletak tag 'im home' atau apa-apa di pintu yang menunjukkan keberadaan anda di dalam bilik.
Keselamatan dan kesejahteraan di luar
1. Elakkan membawa wang dalam jumlah yang besar tanpa keperluan.
2. Elakkan berurusan tanpa teman setiap masa.
3. Menutup aurat dengan sempurna dan tidak menjadikan diri tarikan umum.
4. Penunggang motosikal : pastikan motosikal dikunci jika tidak digunakan dan menunggang secara cermat.
5. Elakkan dari dihampiri individu tidak dikenali sewenang-wenangnya.
Aspek Spiritual
1. Yakin bahawa berlakunya sesuatu kebaikan dan keburukan hanya atas keizinan-Nya.
2. Perbaiki amalan fardhu.
3. Istiqamah amalan-amalan sunat seperti membaca dan mentadabbur Quran dan solat sunat rawatib.
4. Bacaan al-mathurat disusun oleh Imam Hassan al-Banna.
5. Ayat-ayat Quran untuk keselamatan diri.
rujukan : http://www.darussyifa.org/
Allahua'lam.
Lampiran
BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA
Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut;
i. Al-Muawwizat
ii. Ayatul Kursi
iii. Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin
iv. Ayat Berkubu
v. Ayat Penggerak
1.0 AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)
BACAAN
Al-Muawwizat iaitu;
1. Surah Al-Ikhlas
2. Surah Al-Falaq
3. Surah An-Naas
CARA
1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat
2. Mengangkat dua tangan seperti berdoa
3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah)
4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
5. Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
6. Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari
2.0 AYATUL KURSI
BACAAN
Terjemahan;
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
(Surah Al-Baqarah ayat 255)
CARA
1. Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
2. Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.
3. Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.
3.0 AYAT 1 HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN
BACAAN
Terjemahan:
(1) Yaa Siin. (2) Demi Al Qur'an yang penuh hikmah, (3) sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul, (4) (yang berada) di atas jalan yang lurus, (5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang, (6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai.(7) Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman. (8) Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka karena itu mereka tertengadah. (9) Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.
CARA
1. Untuk memegar diri, keluarga dan harta benda
2. Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalan menuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.
BACAAN
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhamad RasululLah.
CARA
1. Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
2. Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
3. Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara
4. Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis nafas
5. Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.
BACAAN
Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.
CARA
1. Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.
2. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.
0 Responses to Kes Pukau : Muhasabah dan saranan
Something to say?