Secebis kisah di PBAKL 2011
By NOR AZAM MOHAMAD TAMJIS
Membilang hari dan waktu bukannya sukar bagi semua orang. Semua orang perasan, selalu sangat 'pejam-celik pejam-celik', sudah masuk hari esok, kadang-kadang sedar sudah seminggu atau bulan berlalu. Sangat cepat! Hal ini terbiasa bagi kita yang tidak menanti apa-apa yang dirancang pada masa atau waktu yang tertentu.
Namun begitu, ada sesetengah perkara yang kita telah anggarkan waktunya memang perit menunggu. Sebagai contoh, menunggu minggu peperiksaan habis. Lumrah kedengaran di telinga saya rakan-rakan mahasiswa mahu melalui minggu peperiksaan dengan cepat tetapi makin ditunggu makin terasa bahang dan keperitannya. Juga bak menunggu tarikh pertunangan atau perkahwinan, sangat menguji kesabaran dan begitu mendebarkan bagi mereka yang mengerti. Jauh lebih hampir dengan tajuk penulisan saya kali ini ialah perkara yang saya ingin sentuh di sini iaitu menunggu hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 (PBAKL 2011) juga sungguh memeritkan. Seawal bulan Mac 2011 saya dan beberapa orang rakan telah mencongak-congak tarikh untuk ke Kuala Lumpur. Saya juga telah meletakkan beberapa RM sebagai 'allocation' atau peruntukan pembelian bahan bacaan ilmiah di PBAKL 2011 ini.
Menyentuh mengenai PBAKL 2011, sebenarnya penganjuran kali ini telah menjangkau edisi kali ke-30. Sudah 3 dekad penganjurannya dan semakin besar pengaruh PBAKL di seluruh Malaysia. Penganjurannya bertempat di Putra World Trade Centre (PWTC). Pada tahun ini, PBAKL 2011 bermula pada 22 April 2011 dan tamat pada semalam iaitu 1 Mei 2011. PBAKL 2011 mengambil tempat di ruang legar PWTC@Legar Putra, Dewan Tun Dr. Ismail, Dewan Tun Hussein Onn, Tun Razak Hall 3, Tun Razak Hall 4, dewan negeri-negeri dan beberapa dewan lain.
Saya selaku pengunjung hari terakhir turut tidak melepaskan peluang membeli beberapa naskhah buku sebagai koleksi bacaan saya. Pelbagai genre buku termasuklah pengurusan, kepimpinan dan juga agama yang saya pilih kali ini. Kebetulan pula semalam hari Ahad dan Hari Buruh (1 Mei) iaitu hari cuti di Malaysia, terlalu ramai jika dibilang jumlah pengunjung semalam. Hal ini dilihat apabila seawal pukul 9.00 pagi sudah terdapat sekitar ratusan pengunjung di dalam PWTC tersebut. Dari segi kehadiran keseluruhan sepanjang tempoh PBAKL 2011 ialah sekitar 67 486 orang dari pelbagai pelusuk dunia.
Sumber: PBAKL
Bersama sahabat-sahabat.
Saya bersama beberapa orang sahabat lagi termasuklah Hafiz, Syahmir, Redzuan, Muslihin dan Yusuhaimi@Ibnu Remli meronda-ronda sekitar Hentian Puduraya seawal 4.50 pagi setelah sampai dari Pulau Pinang. Seronok bersama mereka ni. Ada pe'el masing-masing dan macam-macam kisah. Kenangan-kenangan di sana saya telah rakamkan melalui kamera peribadi saya.
Kiri atas dan bawah : Di Stesen LRT Plaza Rakyat
Di Entrance PWTC
Ada can nak dapat projek ni...hehe.
Nice Finish
Tengok...
Semoga perjalanan kali ini diredhai Allah s.w.t.
0 Responses to Secebis kisah di PBAKL 2011
Something to say?