Bicara Pendidik 1 : Tauhid asas ilmu dunia dan akhirat.
Insyaallah, bermula dengan Bicara Pendidik siri 1 ini, penulis akan mengupas sedikit sebanyak mengenai bidang pendidikan di Malaysia dan antarabangsa. Juga akan menampilkan ulasan penulis-penulis terkenal tempatan. Penulis juga berhajat menghuraikan perspektif sebenar mengenai pendidikan atau tarbiyah secara holistik yang perlu ada bagi setiap warga pendidik terutamanya warga pendidik muslim.
Tauhid : Asas ilmu dunia dan akhirat.
Nilai paling utama (supreme values) dalam pendidikan berhubung langsung dengan sistem kepercayaan dan keyakinan iaitu aqidah. Aqidah tauhid merupakan fundamental kepada segala terjemahan perlakuan manusia. Dalam tradisi Islam, ilmu yang tauhidik memberikan asas kaitan ilmu dengan keyakinan terhadap Maha Pencipta iaitu Allah.
Pendidikan pula bermaksud suatu proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan perhubungan atau komunikasi dan interaksi antara individu dengan individu yang lain. Proses ini berlaku sehingga manusia mencapai keserasian dalam kehidupannya yang perlu berinteraksi dengan individu dan masyarakat serta alam dan keperluan perhubungan beribadah kepada Allah.
Menurut perspektif beberapa orang tokoh dunia :
Penulis sering berdiskusi dengan pelbagai lapisan masyarakat mengenai perspektif pendidikan termasuk para ibubapa terhadap anak-anak kesayangan mereka juga rakan-rakan seperjuangan di bidang pendidikan.
Sebenarnya tidak tepat mempunyai tanggapan sebegini. Berapa banyak pelajar yang cemerlang namun masih tidak kenal tuhan & tidak jelas makna hidup, lantas tersasar dalam kehidupan. Bukan akademik semata-mata yang dikejar, kerana penilaian berdasarkan ilmu akademik bukan digunakan 24 jam. Manifestasi amalan berdasarkan aqidahlah yang berlaku 24jam sehari bahkan sepanjang hidup anak-anak. Darah muda yang mengalir dalam diri remaja kini (kebanyakannya berada di bangku sekolah@pendidikan) mestilah dimanfaatkan untuk pembangunan masyarakat lebih2 lagi ke arah kebangkitan Islam. Langkah terawal sekali ialah menggarabkan nilai aqidah tauhid yang benar ke dalam diri mereka. Daripada aqidah tauhid itu barulah bercabang perkara-perkara yang lain.
"(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan kejadian langit dan bumi (sambil berkata):Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka." (QS 3 : 191)
Hanya saintis yang dipandu fikir dan zikir mampu menghubungkan sesuatu kejadian dengan penciptaan dan maksud penciptaan. Pemahaman terhadap tauhid memberikan asas yang teguh mengenai kejadian dan hakikat kejadian.
Dalam pelbagai disiplin ilmu, al-Quran dan Sunnah mestilah dijadikan tunjang. Hal ini disebabkan akal manusia ada 'limit'nya dalam pelbagai perkara. Jika akal digunakan sesuka hati@logik akal, maka semakin kurang keyakinan terhadap yang ghaib dan menifestasi segala perbuatan kita menuntut petunjuk dari Maha Pencipta.
Belajar sains pula, apa sains ni? Sains secara umum kita faham ialah kajian/mengkaji/mengumpul data. Mengkaji sains pada hakikatnya mengkaji mengenai rahsia kejadian dan penciptaan. Kalau sekadar mengkaji 'benda itu sebagai benda' dan 'fenomena itu sebagai fenomena', maka hasil kajian itu nanti sekadar luaran sahajalah. Yelah, sebab kita x kaitkan pun dgn penciptaan alam. Kalau dikaitkan dengan penciptaan alam, kita akan menemui rahsia penciptaan sekaligus meningkatkan dan mengukuhkan keimanan.
Penulis menekankan lagi bahawa tanpa nilai tauhid, manusia tidak dapat menghubungkan sesuatu kejadian itu dengan Pemilik dan Penciptanya. Hasil kajian saintifik tu pulak memangle nampak gah tetapi hanya bersifat luaran(kosong intinya), dangkal dan tidak mendalam. Jiwa tadabbur yang tinggi, tidak sekadar mengkaji sesuatu secara luaran tetapi terhubung langsung dengan petunjuk bersumberkan al-Quran.
Sebagai contoh, dalam kelas perbandingan agama/KPA @ Comparative Religion Class yang dikelolakan oleh Pusat Islam USM dan IPSI, banyak membincangkan mengenai 'fundamental of religion'. Dalam sumber rujukan tiap2 agama(kitab), Islam-Quran, Kristian-Bible dan Yahudi-Bible Old Testament, kita dapati bahawa al-Quran banyak menampilkan peristiwa2 ajaib yang berlaku di alam semesta. Sebagai contoh, konsep Dukhan atau asap/gaseous yang disebut saintis, sebenarnya ada disebut dalam al-Quran. (Rujuk surah ad-dukhan)
Teori Dentuman Besar atau Big Bang Theory oleh Stephen Hawking juga telah disebutkan di dalam al-Quran surah al-Anbiya' (QS 21 : 30).
Paling menarik ialah peristiwa letupan2 bintang di langit yang dirakamkan dalam surah ar-rahman (QS 55 : 37). Ayat ini merujuk kepada fenomena Supernova. Supernova ni sebenarnya penemuan yang baru di abad ke-20, sama seperti Theory Big Bang juga(abad ke-20). Supernova ini hanya ditemui melalui teknologi Teleskop Angkasa Lepas Hubble(juga baru dibina sekitar abad ke-20). Sedangkan Al-Quran telah mendedahkan perkara ini sekitar 1400 tahun yang lepas. Subhanallah.
Justeru itu, nilai paling utama iaitu tauhid menjadi fundamental yang amat penting dalam proses pengilmuan dan pendidikan. Baik subjek sejarah, geografi, matematik, sains dan teknologi, semua subjek dalam alam adalah terhubung secara langsung dengan nilai tauhid sebagai nilai yang paling utama. Mempelajari ilmu dan pendidikan Islam adalah bersifat integratif. Mempelajari tauhid pada hakikatnya adalah mempelajari seluruh disiplin ilmu. Nilai paling utama menjadi faktor pengikat yang membentuk tasawwur atau gambaran semesta yang mampu menghubungkan Maha Pencipta dengan segala ciptaanNya bagi kepentingan manusia yang lebih murni. Allahua'lam.
Rujukan :
1. Al-Quran
2.Majalah Pendidik
3. Supernova 1
0 Responses to Bicara Pendidik 1 : Tauhid asas ilmu dunia dan akhirat.
Something to say?