Jam sudah menunjukkan pukul 2.53 pagi. Isnin sudah berganti Selasa. Malam kian melabuhkan tirai lantas samar-samar pandangan di jalanan. Embun sudah membasahi lelantai bumi. Aku sudah bersandar di kerusi, lelah dihilangkan seketika melalui helaan-helaan nafas panjang. Menyemak diari yang semakin bertambah helaiannya. "Banyak juga kerja untukku", bisik hatiku. Aku melihat di jendela bilik, kelihatan banyak bilik yang masih bercahaya. "Kuat study depa nh", fikirku.  Bilik di M05 ni bukannya luas sangat, kalau seharian duduk di dalam bilik pasti menimbulkan ketidakselesaan dan kegusaran. Pantang kalau sehari tak keluar bilik. Bagiku bilik tidak ubah tempat mengurus dan merehatkan diri. Aku balik bilik bila nak tidur atau nak siap2 p lecture atau kelas. Aku tidak suka terkongkong dengan ruang dan masa, rasa rimaslah. Emm, rasa nak masukkan entry baru. Er..er, mengantuk ni, nanti merapu pulak entry baru ni..Aaachum..last2 tak jadi nak tulis panjang2..


Wtv. Then I decided to put this picture. Just please provide about 50 seconds and think anything in your mind related to this picture..

Syuhada Palestin.

Selatan Thai (palestin di Asia tenggara)

 

Usah dibanyakkan persoalan mengapa berlaku, tetapi apakah yang kita sumbangkan untuk saudara seaqidah yang dizalimi dengan jelas di bumi ini.


"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan" (QS 55 : 13)