Pagi tadi(6.57a.m. Rabu 28/04/2010) penulis dikejutkan dengan berita dari kampung. Mak menelefon.. "...adik, kakak kamu demam lagi.....die tak mkn lagi dpd malam tadi haa.." keluh mak...

Aku tersentak, terus menghentikan pembacaan buku. Selalunya susah untuk aku menghentikan pembacaan buku melainkan ketika sangat-sangat mengantuk. Namun, melihat ke halaman rumah yang sentiasa dihurung permasalahan memanggil aku untuk berfikir dan bertindak. Baru sahaja balik menjenguk sebentar keluarga di kampung minggu lepas(Rabu). Kakak ketika itu masih demam tetapi beransur pulih dan sudah masuk ke 'office' semula. Seminggu sebelum itu sudah 'update' dgnnya di 'muka buku', dia mengatakan bahawa sudah putus dengan bakal tunang. Hmm.. Lebih baik putus sekarang daripada buat hal masa dah kahwin nanti. Maknanya ada yang lagi sesuai untuk dia, tu pun kalau dia mengerti.

Astaghfirullahal 'azim, masalah ini telah lama ku hidu. Dari dahulu lagi sudah aku katakan jaga maruah diri dan keluarga. Kalau nak juga usah bertangguh urusan penting yang sebegitu rupa. Percepatkan proses kahwin tu ja. Tetapi jalan yang mudah ringkas untuk mengikat hati dan perasaan yang bukan anjuran Islam itu juga yang digunakan. Berapa banyak kali abang, mak dan ayah tegur. Tapi buat 'dono' je. Nah! Padahnya sudah tiba sekarang! Aku memikirkan kesusahan yang ditanggung mak dan ayah. Mereka semakin tua. Mereka memerlukan kasih sayang dan tumpuan lebih daripada material. Ayah juga susah-susah bekerja menyara keluarga dan aku yang berada di sini. Usahlah tambah dengan masalah peribadi sehingga mengheret mak dan ayah yang belum terjaga kebajikannya itu. Allah, inilah rintihan aku.

Rasa cinta itu fitrah, namun boleh dijustifikasikan sama ada cinta atas dasar kehendak atau cinta atas dasar keperluan. Keperluan cinta oleh manusia yang sebenar-benarnya ialah cinta kepada Allah dan RasulNya. Juga cinta pada ibu dan ayah asalkan tidak melebihi Allah dan RasulNya. Jika cinta kepada Allah dan Rasul ini tidak dimanifestasikan dalam perbuatan(kita x mindset sbg keperluan), maka terjadilah pelbagai jenis kebobrokan gejala sosial dan maksiat. Panjang ulasannya kalau penulis masukkan mengenai gejala sosial dalam masyarakat akibat kecelaruan pemikiran dan pengamalan agama. Islam tidak menghalang gerbang percintaan sesama lelaki atau perempuan selagi mana tidak menyalahi syarak. Bagi pasangan yang sudah berkahwin, cinta merupakan salah satu keperluan bagi memastikan kelangsungan perkahwinan mereka. Kalau cinta itu tidak hadir dalam diri pasangan suami isteri terbabit, maka boleh juga menjurus kepada keretakan rumah tangga. Ingat, bukan hanya kebajikan material sahaja yang perlu diberikan perhatian malah kebajikan rohani juga perlu diambil berat. Cinta atas dasar kehendak itu ialah cinta yang berkiblatkan nafsu. Nafsu menjadikan cinta itu sebagai kehendak.


Pada asalnya hukum perkahwinan ialah harus. Walaubagaimanapun, keharusan ini boleh berubah. Bagi mereka melangkah ke gerbang pernikahan itu ada 4 hukum yang digariskan Islam. Wajib, sunat, makruh dan haram.(klik sini)  Sebelum tu perlukan persediaan dari semua aspek untuk memastikan perkahwinan itu sentiasa di atas landasan yang benar(mardhotillah). Kita juga ada pertunangan sbg peluang untuk berta'aruf dengan bakal suami/isteri dan ahli keluarganya. Istilah pertunangan dan pernikahan ada dalam Islam tetapi tiada pula istilah 'couple' dan bersekedudukan. Pertunangan dan pernikahan itu menjamin kebajikan perasaan sedangkan bercouple dan bersekedudukan tidak mendatangkan keredhaan Allah dan mencabul perasaan. Buktinya telah ada. Boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan pulak tu akibat daripada jiwa kacau(frust menonggeng).



Berbalik kepada masalah penulis, hampir terlupa masalah-masalah yang berlaku di kampung tatkala melangkah ke kampus. Aku ni sibuk sangat ke? Orang lain pun sibuk juga bha. Allah anugerahkan pengalaman dan masalah yang berlainan kepada tiap-tiap individu itu untuk membentuk dirinya. Maknanya, sibuk penulis dan orang lain tidak sama(walaupun sama-sama sibuk) dan juga laluan tarbiyah yang dianugarahkan oleh Allah itu juga tidak sama. Sebagai contoh, penulis amat menggemari memancing ikan, kita maklum bahawa tarbiyah daripada memancing ikan ini membina kesabaran kita. Alhamdulillah, di kampus masih lagi tidak melatah dan mengawal kesabaran dalam bermuamalat dengan individu lain. Tarbiyah kebanyakan nabi dan rasul sebelum diangkat menjadi dan rasul ialah mereka bekerja sebagai pengembala kambing.(Rasulullah s.a.w, Musa alaihissalam) Sahabat-sahabat sekalian tahukah bahawa bagaimana rasanya mengembala kambing??(sila tanya pengembala kambing sendiri&rujuk sirah Rasulullah s.a.w ) Klik sini
Pengalaman Rasulullah itu baginda gunakan untuk memimpin umat kerana tiap-tiap manusia itu memiliki pelbagai karenah, begitu juga dengan tiap-tiap kambing ada "pe'elnya" yang tersendiri.

Masalah itu tidak akan penulis panjangkan di 'entry' ini dan lebih kepada perkongsian teladan kepada pelawat semua. Allahua'lam.