4 Disember 2009, Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis di Parlimen, menurut laporan media berbahasa Inggeris menyatakan keuntungan Kerajaan melalui tiga syarikat  perjudian nombor empat digit lebih daripada RM 1 billion digunakan untuk program sosial sebanyak RM 361 juta atau 32.93% daripada jumlah keseluruhan, manakala sukan sebanyak RM 320 juta dan kebajikan sebanyak RM 268 juta. Keuntungan ini sejak tahun 1999.





Apakah nama wang ini jika diperoleh daripada syarikat perjudian????

Majoriti warganegara Malaysia ialah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Jika bantuan daripada sumber wang ini yang disalurkan, maka adalah sangat-sangat tidak rasional, apatah lagi tidak praktikal untuk digunakan oleh masyarakat yang sebahagian besarnya beragama Islam. Kita yakin dan tetap berpendirian bahawa apa sahaja bentuk perjudian mestilah dihapuskan demi kesejahteraan negara yang tercinta. Pertubuhan bukan kerajaan di seluruh dunia (NGO) pernah mengeluarkan resolusi mencela amalan judi, misalnya pada tahun 1974-1975, NGO di Amerika membantah judi kasino serta mesin loteri di New Jersey. Pada tahun 1998, NGO di Kanada menggesa kerajaan supaya menubuhkan suruhanjaya penilaian kesan ke atas sosio-ekonomi penduduk akibat judi.

Di Malaysia, ajaran Islam sering menekankan 'hasil yang baik dan halal mendatangkan keberkatan '. Apakah keberkatan bagi rakyat itu.?

Kita tidak pernah sedar bagaimana lebuh raya dan jalan raya dibina begitu canggih tetapi kenapa petaka dan kemalangan masih terus berlaku? Kita membina bangunan tinggi berjuta-juta tetapi mengapa dalam masa singkat bangunan tersebut boleh runtuh? Dalam sukan, kita mempunyai kumpulan terbaik, tetapi selalu tersungkur dalam perlawanan. Kita mempunyai kawalan yang cekap tetapi 'enjin' tetap hilang. Kita memiliki hasil yang banyak, tetapi boros.

Inilah ciri-ciri tidak berkat.!

Robert Goodman dalam bukunya yang bertajuk The Luck Business (Martin Kessler Book, 1995) yang membuat kajian selama tiga tahun mengenai sumbangan judi dan kesannya dari segi ekonomi Amerika sangat buruk.
Antaranya ialah :

1. Kos menampung tugas polis, penjara, mahkamah dan lain-lain yang diakibatkan daripada amalan judi.
2. Sumber wang yang hilang kerana hutang yang tidak berbayar.
3. Masa yang terbuang dalam aktiviti judi merupakan keuntungan yang hilang bagi aktiviti ekonomi yang lain.


Kisah Oktober 2009

Kerajaan pada Oktober tahun lalu telah memberi kelulusan kepada 3 syarikat perjudian empat nombor digit iaitu Berjaya Sports Toto, Tanjong Plc dan Magnum untuk membuat 10 cabutan istimewa setiap tahun. Kononnya hampir 20 juta keuntungan yang dapat diraih daripada penyertaan cabutan istimewa tersebut.
Saya menasihatkan kerajaan supaya menghentikan segala kegiatan perjudian dan membantah sekeras-kerasnya tindakan kerajaan membenarkan kegiatan perjudian secara 'berlesen' terus berlaku. Anda yang berada di tampuk kekuasaan sekarang ini. Kuasa di tangan anda(kerajaan).


artikel asal ialah Utusan Pengguna keluaran Persatuan Pengguna Pulau Pinang.