Penulis masih ingat lagi ketika sibuk membincangkan isu-isu mahasiswa pendidikan dan lapangan pendidikan di Malaysia, pada petang sabtu itu penulis menerima panggilan telefon dari kampung. Ibu dengan nada sedih memberitahuku bahawa keluarga telah ditimpa malapetaka, ujian dari tuhan. Rumah ditimpa pokok besar yang rimbun di halaman rumah. Ibu memberitahu lagi kejadian berlaku kira-kira pada hari Jumaat petang (5Mac 2010) sekitar pukul 6.45petang. Bahagian atap rumah di bilik, ruang tamu habis rosak dan pintu utama tercabut. Innalillahi wa innalillahi raji'un.
Hari seterusnya ibu ada memberitahu bahawa menerima sumbangan daripada parti2 politik dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Alhamdulillah, sekurang2nya mereka menjalankan tanggungjawab mereka.

Hmm. Aku pula di sini bila nak balik jenguk2 rumah.? Memang tidak dinafikan masuk sahaja kampus penulis hampir lupa dunia di rumah. Kesusahan yang dihadapi keluarga entah tidak tahu terubat bila berada di kampus. Oh tidak, mengapa aku melarikan diri daripada kenyataan dan masalah. Teruk sangat ke aku ni.?? Tidak mengapa, penulis mengambil kata-kata semangat daripada ayah ambillah peluang berada di universiti untuk mendalami pelbagai ilmu. Ini ialah 'content' daripada pesan2 ayah. Ayah kata jgn jadi orang sombong, jgn jadi orang yang salahgunakan ilmu. Sungguh banyak pesan ayah. Jauh perjalanan ini, aku makin jauh dengan ibu dan ayah tetapi aku semakin menghargai pesanan mereka dan perhubungan ini sangatlah ku hargai.

Akhirnya...

Pada 12 Mac 2010 iaitu pada hari Jumaat, penulis bergegas pulang ke kampung menjenguk keluarga. Turut bersama penulis ialah 3 orang sahabat. Perjalanan dari Pulau Pinang ke Kg Ayer Hitam, Teluk Intan mengambil masa hampir 6 jam. Agak jauh dari ukuran masa tetapi sebenarnya kira-kira 4 jam sahaja. Kami terkandas hampir setengah jam di tengah-tengah kesesakan trafik bandaraya Ipoh. Sampai di Kg Ayer Hitam kira-kira pukul 5.30petang.


kiri dan bawah : pemandangan sepanjang perjalanan.(di kawasan penanaman padi di Chui Chak, 5 Kilometer dari Kg Ayer Hitam)


kiri : pemandangan dari atas jambatan Sungai Bidor (membahagikan Kg Ayer Hitam kepada beberapa kg kecil). Sungai Bidor memisahkan Kg Jawa dan Kg Melayu dengan Kg Tengah dan Kg S/C.









Penulis ialah seorang anak kampung. Berjiwa rakyat bawahan. Rata-rata penduduk kampung ini bekerja sendiri dan berniaga. Tidak ramai yang bekerja dengan kerajaan. Generasi pertama kampung ini yang dahulu terlibat sama dalam menentang komunis telah tiada. Hanya tinggal ialah generasi kedua dan seterusnya. Sekarang ini generasi ketiga yang mendominasi kampung, termasuklah kekuasaan politik keris dan bulan di kampung. Penulis termasuk generasi keempat daripada komposisi penduduk kampung, tetapi generasi ketiga dalam keturunan keluarga. Tidak ramai anak-anak muda yang berpendidikan tinggi di kampung ini, ramai yang terus sahaja mencari pekerjaan selepas SPM. Kebanyakan anak-anak muda pula keluar ke bandar-bandar metropolitan mencari kerja.



Kesan ribut

Pokok yang rimbun hanya tinggal satu dahan sahaja. Dahan yang lain sudah sempal dan menimpa rumah serta halaman.
 Atap yang sudah selesai dibaikpulih.

Terima kasih kepada semua sahabat yang prihatin ujian yang menimpa penulis dan keluarga. Semoga  Allah membalas budi baik kalian dengan rahmat dan ketenangan dalam hidup.Insyaallah.