Alhamdulillah, penulis masih berpeluang untuk menyumbangkan sedikit idea dalam bentuk penulisan di blog ini. Pada kali ini penulis ingin menceritakan sedikit sebanyak mengenai Persatuan Ilmu Pendidikan USM. Pada 9 Mac 2010 yang lepas, Mesyuarat Agung Tahunan untuk Persatuan Ilmu Pendidikan[PIP] telah diadakan. Mesyuarat ini diadakan untuk membentangkan belanjawan serta segala aktiviti yang telah dijalankan oleh PIP  sepanjang sidang 2009/2010.


Selain itu, mesyuarat ini juga diadakan bagi memilih kepimpinan baru untuk Persatuan Ilmu Pendidikan. Terdapat 24 post untuk MT&Exco PIP untuk organisasi yang terbaru ini. Persatuan Ilmu Pendidikan USM diketuai oleh YDP-Saudara Mohd Adnin Bin Zulkefli. Penulis sendiri dipilih oleh mahasiswa pendidikan untuk memasuki organisasi ini sebagai K/u Kelestarian dan Pembangunan Insan.

Aktiviti yang telah dilakukan setelah beberapa mesyuarat selepas peralihan kuasa kepada kepimpinan baru ialah menyelaraskan tugas-tugas MT&Exco. Selain itu, kepimpinan PIP yang baru bingkas melakukan sedikit transformasi di Bilik Rehat Persatuan Ilmu Pendidikan. Kalau kita lihat sebelum ini[bagi siapa2 yang perasan], bilik itu memang tidak teratur dan bersepah dengan kotak serta fail-fail. Jadi, aktiviti minggu lepas bersamaan 1 April 2010, kami membersihkan bilik tersebut. Memang nampak seolah-olah kecil, namun aktiviti ini berjaya mengeratkan ukhwah sesama kepimpinan PIP sendiri serta manifestasi kita terhadap konsep Islam menganjurkan kebersihan.

Pada hari Selasa (07/04/2010) iaitu semalam, beberapa wakil daripada kepimpinan PIP mengadakan pertemuan dengan Dekan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM, Prof Abdul Rashid Bin Mohamad. Pelbagai perkara yang kami bincangkan. Namun begitu perbincangan kali pertama ini lebih bertumpu kepada Prof sendiri kerana kami hendak mendengar perubahan dan perancangan yang Prof mahukan untuk mahasiswa pendidikan. Seperti yang kita maklum, Prof Abdul Rashid juga merupakan Pengerusi Majlis Dekan-dekan Fakulti pendidikan IPTA. Antara pesanannya yang penting ialah :
 1. Mahasiswa pendidikan jangan buat program yang bersifat kebudak-budakan.
2. Hidupkan pusat tuisyen PPIP.
3. Sentiasa berani bersuara walaupun disekat.
4. Berusaha untuk menjadi perintis kepada Sejahtera Corps.