"Jihad..perkataan yang disalah ertikan dan dikaitkan dengan keganasan..."

 

Awal pagi hari ini (Selasa- 2 Mac 2010) saya membangkitkan persoalan mengenai jihad di dalam slot kongsi di laman sosial Facebook. Ada beberapa respon daripada rakan saya mengenai konsep yg disalahtafsirkan oleh barat itu. Cuma di situ saya tidak membuka premis asas perbincangan utk memberi gambaran jihad yg sebenar dalam Islam. 

 

Terdapat dua perkataan yang lahir daripada sumber yang sama dengan daripada sumber yang sama dengan al-Jihad iaitu al-Ijtihad dan al-Mujahadah. Perkataan al-Jihad, al-Ijtihad dan al-Mujahadah memberi maksud mengerahkan keupayaan secara maksimum (bersungguh-sungguh) dan berakar umbi daripada huruf yang sama iaitu huruf Jahada. Kalau kita membasuh baju, bersungguh-sungguh nk hilangkan kotor, berus punya berus sampai hilang kotoran.(gunalah sabun basuh HPA,hehe). Dari segi bahasa, itu pun bermaksud jihad. Kalau kita nak pergi ke kuliah, melangkah dengan bersungguh-sungguh sampai terlanggar tiang batu(sebenarnya nk cepat, lewat ke kuliah). Itu pun dipanggil jihad, sebab adanya kehadiran 'bersungguh-sungguh', dari segi bahasalah. 


Manakala perkataan al-Ijtihad pula  menurut terminologi, penggunaannya seringkali didapati dalam disiplin ilmu Usul al-Fiqh. Hakikat ini menjelaskan bahawa maksud al-ijtihad ialah bersungguh-sungguh  mengerahkan kemampuan intelek (aqliyyah) dalam usaha mendapatkan suatu ketetapan hukum. Hadisnya ialah ““Apabila seseorang hakim berijtihad (bersungguh-sungguh mengerahkan keupayaan intelek) lalu menepati hasil ijtihadnya itu dengan  kebenaran maka ia memperolehi dua ganjaran, sekiranya ijtihadnya itu salah maka ia memperolehi satu ganjaran”.

Sementara perkataan al-Mujahadah pula dari sudut penggunaannya lebih tertumpu kepada aspek kerohanian dan seringkali diguna pakai dalam disiplin ilmu tasawuf. Al-Mujahadah juga bermaksud bersungguh-sungguh mengerahkan kemampuan atau keupayaan. Cuma ia  lebih menumpukan kepada pengerahan keupayaan jiwa nurani agar dapat  mengalahkan godaan nafsu syahwat dan syaitan.

Bertolak daripada huraian tersebut maka difahami bahawa perkataan al-Jihad, al-Ijtihad dan juga al-Mujahadah memberi maksud bersungguh-sungguh  mengerahkan keupayaan dan kemampuan secara maksimum mungkin dari seseorang individu. Cuma penggunaannya adalah menurut disiplin ilmu yang berlainan. Al-Jihad lebih kebiasaannya digunakan dalam  disiplin ilmu fiqh, sementara al-Ijtihad dalam disiplin ilmu usul al-Fiqh manakala al-Mujahadah pula dalam disiplin ilmu tasawuf.










Sama ada perkataan al-Jihad atau al-Qital yang bermaksud perang, selalunya disandarkan dengan kalimah fi sabilillah dalam kebanyakan ayat dalam al-Quran.
“Dan perangilah pada jalan Allah akan orang-orang yang memerangi kamu dan jangan kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”
  

Maksud perkataan al-Qital lebih khusus penggunaannya daripada al-Jihad kerana perkataan al-Qital lebih tertumpu kepada peperangan yang menggunakan senjata serta menyebabkan berlakunya pembunuhan antara satu sama lain.
 Manakala kalimah al-Jihad pula selalunya digunakan secara umum yang bermaksud mengerahkan keupayaan sama ada dari aspek harta benda, tenaga dan pemikiran untuk meletakkan agama Allah s.w.t. pada tempat yang sewajarnya.
Definisi al-Jihad ialah mencurahkan segala tenaga dan keupayaan dalam memerangi orang-orang kafir dan menahan serangan mereka dengan jiwa, harta dan lidah. 
 Hadith berkenaan dengan al-Jihad ini ialah Rasulullah s.a.w. apabila melantik seorang panglima angkatan perang yang besar atau yang kecil, Baginda secara khusus akan berpesan kepadanya untuk bertakwa kepada Allah dan berlaku baik kepada para tentera Islam yang bersamanya. Kemudian Baginda bersabda: Perangilah dengan nama Allah, di jalan Allah dan perangilah orang kafir kepada Allah, berperanglah dan jangan mengambil harta rampasan perang sebelum ia dibahagi-bahagikan, jangan sekali-kali kamu melakukan khianat, jangan melampaui batas dan jangan sekali-kali mencincang musuh.
 Juga hadith yang bermaksud Berangkatlah dengan nama Allah dan kerana Allah dan di atas agama Rasulullah, dan janganlah kamu membunuh orang tua yang sudah tidak berupaya, kanak-kanak, anak kecil dan wanita. Dan janganlah kamu mengambil wanita. Dan janganlah kamu mengambil harta rampasan perang sebelum ia dibahagi-bahagikan, himpunlah ia terlebih dahulu, dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat.
Isu Salah Tafsir Jihad
Apabila mengaitkan dengan situasi yang berlaku di dalam dunia. Pelbagai konspirasi telah dirancang  oleh yahudi yang sentiasa berusaha memusnahkan umat Islam seperti '911', kewujudan al-Qaeda dan Osama Bin Laden(agen CIA). Semua yang dirancang hanyalah mahu memburuk-burukkan dan memberi tafsiran yang salah mengenai jihad.  
Saya masukkan perbincangan mengenai jihad yang saya post di Facebook.
Sebenarnya konsep jihad sdh digmbrkn sbg 1 konsep agresif kpd org lain skrg ini. Mmg Rasulullah bperang dahulu itu satu jihad tapi glongan yg slh fhm mggelarkan Rasulullah sbg Prince of War. Konsep jihad perang ktika itu adlh utk MEMPERTAHANKAN(pertahan agama,pertahan negara,pertahan rakyat).
Konsep agresif war x sama dgn defensive war.Badar al qubra dan al ahzab adlh defensive war. Sdgkn pihak agresif war ktika itu adlh kafir mekah, dtg menyerang ke madinah.
Sbg cntoh, pd 1 september 1939-Adolf Hitler(NAZI GERMAN) serang Poland. Pd ms tu kdaulatan Poland dijamin oleh Perancis dan Britain. Perancis dan Britain memberi kata dua kpd Jerman dlm tempoh 24 jam, sm ada tarik balik tentera dari Poland atau Kami akan isytihar peperangan kpd kamu (2 September 1939). Tapi Jerman buat x endah. 3 September 1939, Britain dan Perancis isytihar peperangan ke atas Jerman dan sekutunya Itali. Maka bermulalah Peperangan Dunia ke II.(World War II)

Hmm.yup, Perang juga adlh jihad, cuma pola peperangan yg Nabi tnjukkn masa zaman kehidupannya adlh defensive n bsebab(prthn agama,kdaulatan,rkyat dsb). Apabila Jerman serang Poland, agknya kita panggil apa ya.?msti agresif war kan..serang negara org len x tentu pasal.
Smasa World War II tu, Jerman byk jatuhkan bom2 di kota2 britain spt London. Habis byk kemusnahan. Ktika itu Britain ada Airforce yg sendiri, cuma terhad. So, AirForce yg terhad tu Britain gunakan utk Pertahankan Britain. Mereka bertempur dengan German AirForce di udara utk mempertahankan Britain dpd dimusnahkan oleh German.
So, yg Britain AirForce bertempur dgn German AirForce ketika itu kita panggila apa ye.?hmm..msti defensive war le.
Winston Churchill(Britain) ketika WW II, mberi ucapan bsmgt dlm mendepani Tentera Jerman. we shall fight in France, we shall fight on the seas and oceans, we shall fight with growing confidence and growing strength in the air, we shall defend our island, whatever the cost may be, we shall fight on the beaches, we shall fight on the landing grounds, we shall fight in the fields and in the streets, we shall fight in the hills; we shall never surrender.
Dalam konteks jihad, Winston Churchill ialah Tokoh Jihad di Britain ketika itu..hehe..walaupun dia bukan Islam.. Hal ini kerana beliau menganjurkan utk bermati2 mempertahankan Britain.
Prinsip yang sama spt Rasulullah bawa smasa hidupnya... Tindakan Winston Churchill mmg sama mcm prinsip yg Rasulullah anjurkan itu. Tapi, pihak barat ketika ini mggmbrkan apabila prkataan JIHAD=evil=jahat... Mereka meracuni pemikiran&mnakut2kn org dgn istilah jihad.. Digmbrkn jihad adlh pprgn kpd org lain x tentu pasal...digmbrkan apabila pkataan jihad merujuk kpd pprangn snjata shj.. Sdgkn jihad boleh brlaku dlm semua prkara & jihad y paling utama ialah mmrangi hawa nafsu. Mudah bg kita umat islam tapi org luar(bkn islam) x fhm konsep ini..
Moga diberi kekuatan kpd kita utk mnyampaikn kbenaran kpd msyrkt..I.Allah.