12 RABIULAWAL 1431 H. = JUMAAT 26 FEBRUARI 2010.
Dakwah Praktikal : Spread The Love of Prophet Muhammad.

Bersempena dengan peristiwa kelahiran Nabi Muhammad, kita mengambil manfaat utk menyampaikan kepada nonmuslim khasnya, siapakah individu yang disambut kelahirannya pada hari ini.(Ramai non muslim tahu & suka hari ni public holiday, tetapi tidak tahu peristiwa di sebalik public holiday hari ini)

Hari ni kita tinggalkan polemik perarakan Maulidur Rasul, usahlah dipanjangkan polemik mengenai perkara tersebut kerana perarakan itu hanyalah harus. Telah nyata keharusannya dalam perbuatan. Buat tidak berpahala, tinggal  tidak berdosa. Umat Islam adalah umat yang kreatif dan sentiasa berinovasi dalam kehidupan terutama bagi golongan yang faham Islam, mengasaskan pelbagai kaedah untuk menyampaikan dakwah kepada non muslim dan mengislahkan umat Islam sendiri. Sudah berpuluh tahun berarak, KPI perarakan ini tidaklah memberi kesan yang efektif dalam menambahkan pemahaman umat terhadap intipati kehadiran Rasulullah s.a.w. ke dunia ini. Apa salahnya kita tukar dengan sesuatu yang lebih memenuhi matlamat dakwah Islam itu sendiri. Tidak salah kalau nak teruskan juga, tetapi buatlah inovasi sedikit supaya selari dengan tuntutan dakwah.


Haa, berbalik kpd aktiviti pada hari ini, setiap individu diberikan 15 kuntum bunga ros(attach brsama coklat cadbury) dan 15 buah buku(Michael H.Hart-FROM THE 100, A RANKING OF THE MOST INFLUENTAL PERSONS IN HISTORY, MUHUMMED NO.1) Ada lagi sebuah buku bertajuk MUHAMMAD PROPHET IN ISLAM, (kalau tak silap). Seawal pukul 9.30pg shbt2 telah mula berkumpul, setup buku-buku yg akan diedarkan bersama2 'special gift' yg lain. Shbt2 yg hadir terdiri daripada penuntut Kelas Perbandingan(Comparative religion class) Fasa 1,2 dan 3 berjumlah 20 +/-(lebih kurang).

Sebelum pembahagian kumpulan dan spot-spot tertentu, Brother Kamaruddin-Pengerusi IPSI memberikan tazkirah dan kata-kata semangat yang cukup tinggi nilainya. "Kita cuma menanam benih, tetapi Allah lah yang menurunkan hujan keatasnya, Allahlah yang menumbuhkannya....." Dakwah kita sebenarnya tidak seberapa jika nak dibandingkan dengan dakwah nabi, namun bukan bermakna kita langsung tidak mahu buat atas sebab 'tak seberapanya' dakwah kita tetapi inilah bekalan kita di akhirat nanti. Siapa tahu, kita cuma berusaha. Selebihnya Allah yg menurunkan hidayah itu ke dalam hati orang. Hidayah itu milik Allah, tetapi sampaikanlah kebenaran kepada orang lain seolah-olah hidayah itu milik kita.

Setiap aktivis dakwah dibahagikan kpd partner masing-masing(2 orang tiap2 partner,sama jantina). Bagi 'hotspot' spt RST, Perpustakaan-Bakti Permai-Cahaya Gemilang-Rumah Antarabangsa dan Sg Dua-Pst Islam-Eureka, dicaturkan 2 partner ke sana. Usai doa pembukaan, kami bergerak ke spot masing-masing dalam pukul 11.01pagi.

Seawal perjalanan pun sudah rasa keseronokan tidak kurang juga rasa risau (adakah mendapat sambutan baik dpd NonMuslim). Sampai shj di bank Islam BP,(kami@bro hisyam, akh wandi n 2 org lagi kakak) bkumpul dan sdkt prbncgn mgnai prgerakan dan skrip akhlak dan kata2 yang perlu diungkapkan. Kami menyelaraskan metod tersebut kepada happiness. Bunga Ros=Kasih sayang. Coklat Cadbury=Pemberian Ikhlas. Buku=Simbol keilmuan. Semua 'special gift' yang kita mahu berikan ini  molek-molek belaka, tetapi yang menentukan kemolekannya dihadapan mata mad'u nonmuslim kita ialah akhlak kita semasa berdakwah(mendatangi dengan senyuman sentiasa, muka manis, bertanya khabar, kata-kata yang baik) juga bahasa tubuh yang tepat(gaya memberi bunga dan buku serta cara 'interupt' nonmuslim). TETAPI yang paling penting, jangan lupa di akhir pertemuan ucapkan "Enjoy your reading.!Brother and sister."

Rumusan teknik 1.

Interupt - Hello/hi brother & sister. How are you today.?
Soalan - Do you know what day is today.?
Memberitahu -Yep, this day is holiday. So, do you know what is the reason of this holiday.?
                     Actually, this day is the birthday of our prophet Muhammad.
Suprise - So, we have special gift for you. A flower with chocolate and also a book about our prophet written by a christian scholars.
Sesi FAQ(jika ada)
Appreciate-Minta izin ambil gambar sbg memori yg bermakna.( Could we took a picture together as a great moment for us today.?)
Kata-kata perangsang- Enjoy your reading.!

-semua perkataan-perkataan ini diungkapkan sebutir-sebutir dengan jelas dan catchy serta nada lembut. Sambil itu jika seorang bercakap, seorang partner lagi kena senyum sokmo. Gaya memberi bunga dan buku disekalikan dgn suprise(We have special gift for you.!)

Yang ni sedikit-sebanyak daripada rumusan teknik 1, utk teknik seterusnya penulis akan sertakan kemudian.



Boleh dikatakan hari ini ialah kenangan dan sejarah manis dalam siri-siri dakwah Non Muslim bagi penulis dan sahabat-sahabat semua. Kita  berjumpa dengan orang yang kita tidak sangka utk jalinkan perhubungan dengan mereka. Siapa tahu, balik ke bilik, waktu tengah malam, esok lusa dan akan datang mad'u tersebut membaca buku mengenai Nabi Muhammad tu, dan Allah kurniakan hidayah kepadanya. Itulah sebabnya, kita yang menanam benih, selebihnya itu tugas Allah s.w.t.
Allahua'lam.
Hari paling gembira buatku..

Bunga Ros+Coklat Cadbury+Buku Michael H.Hart.