Assalamualaikum. Baru menjengah semula ke ruang menulis 'new post' blog ni. Saya memang sudah hampir sebulan tidak membuat ulasan apa-apa isu. Isu kalimah Allah, pembakaran gereja, mahasiswa/i ipta lulusan pendidikan tersepit dan sebagainya berlalu sahaja namun dapat menyedarkan bahawa kita di Malaysia ini bila timbul isu, baru terhegeh2 nak cari jalan penyelesaian. Memang kita telah 'terbiasa' dengan bi'ah.OnLy in Malaysia dan sebagai manusia terutamanya mahasiswa kita mestilah melakukan anjakan paradigma terhadap sikap yg telah kita sedari memberi impak buruk. Sikap apa.? Sikap lambat bertindak.


Program Pendedahan Eksklusif : Konspirasi Yahudi Memusnahkan Umat Islam ini diadakan bertujuan mendedahkan, membuka mata serta mengetahui selok belok strategi licik Yahudi memusnahkan Umat Islam dari muka bumi. Paling utama sekali program ini berobjektifkan menyeru manusia supaya hanya tunduk dan patuh kepada Yang Maha Esa dengan menegakkan akidah yang sejahtera. Saya terkejut kerana begitu ramai hadirin yang membanjiri Dewan Kuliah A sehingga melimpah ke foyer DK A. Nampaknya ada juga yang menyangka PMIUSM buat tayangan video 2012 malam tersebut.



Saya sebagai pengerusi majlis pada hari kejadian, memohon maaf atas ketidaksempurnaan yang berlaku sepanjang program berjalan. Kepada Ustaz Syaari, tiada konspirasi tiap kali wayar mikrofon lucut daripada tangan Ustaz. Semoga ilmu yang kita peroleh itu dapat kita manfaatkan untuk menghindarkan diri daripada tipu daya golongan illmuminati dan lebih besar lagi Yahudi dan nasrani. Ingatlah pesan yang dikonklusikan oleh Ustaz Syaari dpd mafhum2 hadis dan juga pandangannya. 
1. Jadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pedoman hidup kita.

2. Bersedia dengan tipu daya yang diutarakan dalam filem2 keluaran Holywood dan boleh membuat ulasan disebalik maksud tersirat illuminati.
3. Kuasai semula media dan ekonomi Islam terutamanya mahasiswa/i yang mengambil jurusan berkaitan perkara tersebut.

Sekian.