Sedikit perkongsian ilmu, moga2 apa yang disampaikan ini dapat mencambahkan pengetahuan kita sebagai ahli gerakan. Islam ini sifatnya sentiasa mengikut arus peredaran zaman, bukan bermaksud kita perlu mengubah-ubah ajaran Islam itu tetapi berdasarkan sumber yang sedia ada yakni al-Quran dan Sunnah Rasulullah kita sesuaikannya dalam zaman kita ini tanpa menolak walau satu bahagian pun daripadanya. Penulis yakin bahawa semua orang yang tamat secara 'legal' sekolah menengah mesti tau tokoh 'Nicholo Machiavelli' yang amat terkenal dengan konsep 'MATLAMAT MENGHALALKAN CARA dalam bukunya bertajuk 'THE PRINCE@PENGUASA. Sebenarnya, pada zaman Machiavelli itu politik kuku besi amat digalakkan agar kelangsungan sesebuah kerajaan itu dapat dikekalkan/ditumbangkan. Berdasarkan satu contoh tersebut, kita didoktrin di sekolah menengah bahawa fahaman tersebut adalah salah dan tidak boleh dipakai sama sekali. Sahabat2 yang dikasihi, dicintai sekalian, penulis nak beritahu di sini, andaikata pelajaran Sejarah itu dirujuk dengan ahli Sirah Rasulullah S.A.W terlebih dahulu sebelum diajarkan dalam kelas, sudah pasti konsep Matlamat Menghalalkan Cara boleh dipakai dalam ISLAM. Ni pun satu hal lagi, sistem pendidikan kita ni ada unsur Dualisme. Berbalik pada yang tadi, namun konsep tersebut hanya boleh diaplikasikan mengikut maslahat tertentu dan keadaan tertentu.

Hujah yang menyokong.

Bila dirujuk semula hadis Rasulullah yang bermaksud "Perang itu adalah tipu daya", apakah yang kita faham mengenai hadis ini.?? Dalam peperangan pada zaman Rasulullah, baginda menggunakan strategi2, taktik2 dan penipuan untuk memenangkan ISLAM. Sebagai contoh, ketika Nabi Muhammad telah bersedia untuk berangkat ke Makkah bersama-sama angkatan tentera dalam peristiwa Fathu Makkah ada seorang penyanyi wanita yang sedang dalam perjalanan ke Makkah membawa surat untuk membocorkan rahsia perancangan Rasulullah kepada Musyrikin Makkah. Saidina Ali ibnu Talib R.anhu berjaya menghalangnya dan meminta surat tersebut. Malangnya penyanyi wanita tersebut tidak mahu menunjukkannya. Hal ini lantas Saidina Ali mengancam untuk membogelkan dan meratah tubuh wanita terbabit. Ancaman tersebut menyebabkan penyanyi wanita tersebut segera menyerahkan surat yang dinyorokkan di sanggulnya. Dalam peristiwa ini adanya tertonjol konsep matlamat menghalalkan cara. Matlamat=nak dapat surat supaya rahsia ISLAM x terdedah kpd musuh , Cara=ancaman bogel dan rogol. Ni contoh pertama. Beberapa lagi peristiwa yang menyokong perkara ini. Dalam peperangan al-ahzab, seorang yang bernama Nu'aim berjumpa Rasulullah menyatakan keislamannya. Ketika itu situasi memang amat genting di mana tentera al-ahzab berkampung di sekeliling khandaq. Beliau merancang untuk mengucar-kacirkan barisan al-ahzab dan strategi ini diizinkan Rasulullah, di mana beliau dibenarkan untuk mencaci Rasulullah di hadapan pemimpin2 qabilah yang menyertai tentera al-ahzab. Saidina Umar menyaksikan perkara itu, menggeletar tangannya ingin menghunus pedang memancung Nu'aim. Namun begitu Rasulullah tidak membenarkannya. Akhir peperangan itu, tentera al-ahzab kalah dengan memalukan di mana mereka dilanda ribut.

Perkaitan dengan situasi kampus.

Andaikata ketika kita sibuk bergerak kerja,(dalam prkampus) tiba2, banner atau segala bahan2 kempen dimusnahkan lawan spt ditoreh atau dikoyak. Kita yang mana membawa imej Islam ni jangan berdiam diri pulak. Tunjukkan bahawa Islam ini tidak boleh diperkotak-katikkan dan diolok-olokkan, maka kita hilangkan banner dia pulak. Islam ini perlu mendominasi dalam semua perkara. Tanggungjawab siapa.? Kalau bukan kita...