"Eh, kamu tahu tak kita boleh iktikaf di masjid ni ka 10 malam terakhir ni.?" Tegur seorang saudara baru cina muslim kepadaku.... Inilah antara kejutan demi kejutan untukku pada hari semalam. Kepalaku mula terasa dipicit di bahagian dalam, mata berpinar-pinar, bila bangun dari duduk dah mula nk tumbang, masa buka dengan mantan ydp rasa loya nak muntah(bukan loya nak muntah pasal mantan ydp duk sebelah), tak boleh pikir macam2 & macam2 lagi. Nak cerita ni, kalau bab sakit ni nak memanjang ceritenye, kalo boleh nak kasi orang empati dan simpati dengan kite. Al-maklumlah, dek penyakit ni semalam gerak kerja dah terbantut dengan efektif sekali. Semalam ad majlis berbuka puasa bersama2 SULTAN KEDAH, RAJA PERLIS, YDP P.PINANG, PAK LAH & beberapa Vip lain di depan Masjid USM. Kalut gak lah dok tengok orang ramai masa tu, perkara asing bagi ku. Tapi yang penting kemusykilanku selama beberapa tahun ini terjawab semalam. Rupa2nya aku ada MIGRAIN.!! Alhamdulillah, persoalan ini telah terjawab.! Mantan YDP yg beritahu semalam secara yang 'AMAT DETAIL', sebab dia pun mempunyai MIGRAIN. Cerita yang paling best sebab penulis x tahu pun dah masuk fasa terakhir ramadhan.!Ya ALLAH, Syukurku didatangkan peringatan olehMU melalui hambaMU yg muallaf tu. Kalau di KMPk dahulu, hari-hari dalam ramadhan ini amat dirasai, namun kali ini seolah2 banyak perkara yang terlepas pandang.! Ya ALLAH, ampunkanlah dosa2ku.! Hari ini hari Khamis, dijangka 'start' berbuka puasa ini aku dah mula free daripada beberapa tugasan. InsyaALLAH.! Ramadhan, ku kembali.!