Kesempatan duduk di majlis ilmu oleh Prof Muhammad Azizan bin Sabjan memang sesuatu yang jarang. Namun, peluang ini memang yang keemasan untuk mahasiswa yang masih belum pulang ke kampung untuk sama-sama mengisi masa lapang di waktu kesempitan malam.
Duduk bersimpuh dan bersila di dalam majlis ilmu memang suatu nikmat. Zaman Rasulullah dahulu sahabat2 berada dalam majlis ilmu yang disampaikan oleh Nabi Muhammad sendiri, suasana cukup meriah. Tanah yang menjadi permaidani "Majlis Penghuni2 Syurga" penuh dengan sahabat2 Nabi Muhammad sekalian. Sehingga digambarkan bahawa daun2 kering yang gugur dari pepohonan jatuh dalam kalangan pendengar majlis ilmu Nabi Muhammad, tiada yang jatuh ke permukaan tanah sekalipun. 


"Aenta rasa kekuatan akal dan kekuatan hati, mana yang lebih kuat?"


Manusia atau insan merupakan ciptaan yang mudah lupa. Namun begitu, manusia dikurniakan kekuatan oleh Allah S.W.T. Pelbagai kekuatan tersebut termasuklah kekuatan lahiriah seperti kekuatan fizikal dan kekuatan dalaman seperti kekuatan hati serta kekuatan akal. 

Iman adalah perkara yang menjadi teras kepada muslim. Bukan dikatakan muslim sekiranya tidak beriman kepada Allah,MalaikatNya,Kitab2Nya,Rasul2Nya,Hari Kiamat dan Qada wa Qadar. Iman bertapak di hati, seterusnya diterjemahkan ke dalam bentuk lisan dan amalan yang memanifestasikan keimananan tersebut. 

Kenapa semua bermula dengan hati? 
Hati merupakan kekuatan terulung di dalam diri manusia. Hal ini telah ditegaskan oleh Nabi Muhammad dalam sebuah hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. 

Sesungguhnya didalam jasad manusia ada segumpal darah apabila segumpal darah itu baik maka baik pula sekalian anggota tubuh sebaliknya, apabila buruk maka buruk pula anggotanya, ketahuilah iaitu hati " (HR. Bukhari-Muslim).




Oleh sebab itulah keperluan kepada kita untuk menjaga kesucian hati supaya terpelihara iman kita. Kalau iman kita dapat dijaga, barulah networking dengan Allah tu baik, doa pun mudah makbul, bangun tahajjud pun mudah. "Ihfazillah yah Fazka".


Begitu banyak cerita mengenai bukti kekuatan hati dalam masyarakat. Berapa ramai kawan2 kita di kampung yang merempit di jalanan dan merokok, kita dah bagitau merempit tu bahaya, cari bala namanya. "Alaa, dah aku suka nak merempit, nanti kalau accident aku tanggung la sendiri." Ya, akal mereka memang tahu bahaya merempit tu, tapi oleh sebab dah syok sangat merempit, suka berlumba jalanan (letaknya kesukaan itu di hati) maka tafsiran akal tersebut(bahaya boleh accident, mampus) sudah tidak dipedulikan lagi dek kerana kekuatan terulung itu ialah kekuatan hati.
Juga kisah2 masyarakat....

Mak ngan bapak x sukelah dengan die, bukannya sopan pun, pakaian pun seksa sangat, lagipun hormat mak ngan bapak pun x bapa sangat... Man menjawab : Man(bukan nama sebenar) nak jugak die sebab man dh suke sangat kat die...Man x kira. Man x kira..

Adei..cinta mati tu pun letaknya di hati. Walaupun secara hujah akalnya, ibubapa Man bgtau calonnya itu x sesuai sebagai menantu, tetapi disebabkan raja(hati) sudah suka, semua perkara pun x nampak.

Keutamaan akal dalam diri.

Akal adalah anggota tubuh yang dapat mengetahui segala hakikat sesuatu secara Rasional dan dapat mempertimbangkan sesuatu yang benar dan yang salah, akal hanya dapat mengetahui hal-hal yang Empiris dan rasional, akal berfungsi berdasarkan gerakan hati. Keputusan akal sering bertentangan dengan kemauan hawa nafsu, karena hawa nafsu selalu mengajak kepada hal yang buruk, akal mempertimbangkan akibat baik atau buruknya.
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui " (QS. Al Baqarah:216)