Aktiviti terdekat

12 MEI 2010 - 19 MEI 2010
MBM B [MAHASISWA BERSAMA MASYARAKAT BORNEO]
Anjuran PMIUSM dan PERSIS(Perkumpulan Siswa Siswi Sabah Sarawak)
-Penulis tiada di semenanjung, kemungkinan sukar untuk menghubungi penulis.




Suatu ketika dahulu, penulis pernah mempasakkan keinginan untuk berkelana ke tanah-tanah yang terpecah daripada semenanjung Malaysia ini. Tanah yang asing tetapi bernilai manfaat pengalaman. Penulis berhajat ke timur tengah, ke barat dan paling hampir ke Borneo dan Kepulauan Jawa. Semua perjalanan ini bermaksud menambahkan pengetahuan lantas mencambahkan keimanan tatkala bukti-bukti taburan nikmat Allah yang rencam di seluruh pelosok dunia.

Allah telah mengatur segala-galanya. Alhamdulillah, PMIUSM dan PERSIS secara jelas merupakan wasilah yang bakal merealisasikan hasrat ke Borneo. Antara peristiwa yang lucu saat mendaftar penyertaan untuk MBMB ialah salah tanggapan. Penulis teringat dengan usikan sahabat daripada PPMUSM(Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat USM). Syeikh ni ingat penulis mendaftar untuk baitul muslim(kerana singkatan MBMB). "Baru 1st year.. Betul ke ni?" Namun setelah penulis memberi sedikit penerangan mengenai MBMB=Mahasiswa Bersama Masyarakat Borneo, barulah Syeikh ni faham..Gelak sakan noh..Haha.

Secara umumnya program ini merupakan program baktisiswa. Mahasiswa turun sendiri ke lapangan dan menyelami permasalahan masyarakat. Mahasiswa tinggal sendiri dengan keluarga-keluarga di dalam masyarakat selama beberapa tempoh tertentu. Penulis difahamkan bahawa antara objektif MBMB ialah 'memupuk budaya mahasiswa bersama masyarakat untuk sama-sama membangun aspek sosioekonomi dan pendidikan negara'. Benar, kerap kali mahasiswa terpencil daripada menjadi juru bicara masyarakat. Mahasiswa semakin cintakan material sehingga lupakan peranannya dalam membangunkan masyarakat dari pelbagai aspek. MBMB dilihat sebagai suatu cetusan revolusi siasah PMIUSM dalam mendidik mahasiswa supaya peduli akan masyarakat serta menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat.


Lokasi-lokasi yang penulis sempat 'search' dan bakal dilawati ialah Kota Kinabalu, UMS, Kundasang dan lain-lain. Kundasang merupakan sebuah pekan kecil@pekan koboi di Sabah. Kundasang merukapakan pekan yang paling hampir dengan Gunung Kinabalu. Ramai pelancong berkunjung di sini. Mungkin salah satu faktor udara yang segar dan keindahan alamnya menarik ramai orang ke sini. Penduduk Kundasang bergantung kepada kegiatan pertanian sebagai penjana kepada ekonomi mereka.



Selain itu juga, Masjid Terapung Kota Kinabalu merupakan salah satu tempat persinggahan dalam aturcara program ini.



Di Sarawak pula, antara lokasi-lokasi yang bakal dituju ialah di Kuching, UNIMAS, Perkampungan Nelayan Sarawak dan juga Gunung Santubong.

Gunung Santubong -



Insyaallah. "Semoga perjalanan ini memberi makna dalam hidupku"~~. Entry seterusnya apabila penulis balik daripada MBMB.