Penulis masih teringat lagi, dahulu ketika berdiskusi dengan seorang pengetua sebuah sekolah menengah di Daerah Hilir Perak. Pada malam itu, usai mendengar ceramah hijrah kami meneruskan perjalanan pulang dari Sungkai ke Kg Ayer Hitam. Namun di pertengahan jalan, kami singgah di sebuah restoran. Kami sempat berbual pelbagai perkara seperti isu nasional termasuklah isu-isu pendidikan. Almaklumlah, sama seperti tasik atau sungai, sebelum mandi kita mestilah tahu kawasan dalam dan kawasan cetek, yang mana berarus deras dan yang tidak, yang mana berbatu dan tidak berbatu. Sama juga seperti profesion keguruan. Seseorang bakal pendidik wajiblah mengetahui lapangan yang bakal dimasukinya.

Beliau banyak mengutarakan isu-isu di sekolah nanti yang memang sudah timbul seperti isu sekolah terikan sampai mati dengan kontrak syarikat pembekal alat tulis, buku dan peralatan p&p. KONTRAK SAMPAI MATI.?? Hmm. Kalau satu syarikat sahaja menguasai kontrak pembekalan tersebut, apakah nasib dengan syarikat-syarikat lain.? Sudah tentu berlakunya persaingan yang tidak sihat. Hal ini akan melesukan ekonomi di daerah tersebut. Bahkan, sangat TERUK, dah la dapat kontrak sampai mati. Ingatkan satu sekolah, tapi hampir SEMUA SEKOLAH di daerah tersebut dikuasai oleh syarikat tersebut sahaja. Ehm..(Syarikat apa kalau bukan Sin Thye Loke). Lagi, isu posting guru di sekolah terutamanya di sekolah menengah. Buat masa ini beliau memberitahu bahawa, di sekolah menengah masih terdapat banyak kekosongan (sekitar ribuan) kerana ramai guru yang bakal bersara. Beliau mengeluarkan pendapat tersebut atas kapasiti seorang pengetua yang sudah lama berkhidmat sebagai pendidik dan melihat atas dasar umur persaraan 55 tahun. Namun, apabila adanya cadangan bahawa umur saraan ditingkatkan kepada 64 tahun(kalau tidak silap).. Apalah nasib kami yang muda2 ini.. Betulkah akan ada.?Allahua'lam.



Banyak lagi isu-isu yang hangat di lapangan yang bakal diceburi pendidik muda ini. Isu 'penyapu baru' dan 'penyapu lama'. Anda tahu apakah penyapu baru.?? Penyapu lama.?? Apekah.? (n_n).. Guru yang baru sahaja posting di sekolah akan dianggap sebagai 'penyapu baru'. Hal ini disebabkan, semua kerja-kerja peon@kerja-kerja perkeranian akan disapu(guru baru dipaksa sapu semua) oleh puak2 senior...Alasannya.."Ehm.. xpa, kami penyapu dah lama, banyak rongak2. Sapu pun x bersih, ada yg tinggal. Penyapu yg baru tu mesti sapu bersih punya.".... Lama-lama biaqpila jadinya.. Adakah ini contoh guru senior kepada guru yang baru posting.? Amat tidak patut menunjukkan teladan sebegitu.