Program Muafakat Bestari Guru Pelatih Malaysia (MUAFAKAT)
Tema : Memperkasakan Pendidikan Guru ke Arah Melahirkan Modal Insan Kelas Pertama.
Tarikh : 5 - 7 Mac 2010
Anjuran :













Tahniah diucapkan kepada penganjur (Persatuan Pengurusan Pendidikan CAS, UUM) yang merupakan sebuah persatuan mewakili mahasiswa pendidikan di UUM. Secara umumnya, program sebegini amatlah diraikan penganjurannya di peringkat nasional sendiri. Hal ini disebabkan melalui program seperti inilah suara mahasiswa khususnya mahasiswa pendidikan kedengaran walaupun sayup-sayup tetapi sekurang-kurangnya 'ada' lah daripada tidak ada.

Saya tidak mahu mengulas konsep 1 Malaysia yang disandarkan ke atas resolusi program. Cukuplah polemik di kampus masing-masing mengenai konsep 1 Malaysia ini. Saya tidak bersetuju dengan 1 Malaysia bukan bermakna saya seseorang yang tidak sukakan perpaduan. Saya cintakan perpaduan, tetapi penerapan unsur perpaduan yang dilahirkan dan diterjemahkan oleh mahasiswa biarlah melalui idea mahasiswa sendiri. Biarlah mahasiswa menggunakan cara mahasiswa sendiri. Bukan hanya 'main cedok' sahaja. Konsep 'main cedok' ini boleh menyebabkan terhakisnya kreativiti dalam kalangan mahasiswa.

Tetapi 1 Malaysia ini ialah dasar 'kerajaan' dalam mewujudkan perpaduan(perpaduan=perkara asas yang perlu ada dalam mewujudkan keamanan dlm negara). Universiti pula merupakan institusi yang 'sepatutnya' bebas daripada cengkaman politik kepartian(BN,PAS,PKR,DAP)! Mahasiswa pula mestilah bebas daripada kawalan parti politik supaya mahasiswa dapat menjalankan peranannya sebagai kumpulan 'check & balance' kepada pihak kerajaan dan pembangkang. Mahasiswa tidak berpihak kepada kerajaan atau pembangkang tetapi mahasiswa berpihak kepada kebenaran.

Benar, dalam universiti pun perlu ada tema atau kempen untuk menerapkan elemen perpaduan, tetapi seperti yang saya beritahu tadi biarlah dalam universiti ini mahasiswa sendiri yang menerapkan elemen perpaduan dengan cara mahasiswa sendiri. Barulah ada identiti kemahasiswaan itu. Jika ada segolongan mahasiswa yang taklid buta, copy&paste sahaja. Terhegeh-hegeh ke sana ke mari 'promote' konsep itu bukan kepalang. Maka kelompok-kelompok ini telah diperalatkan untuk mempromosikan parti politik di dalam kampus. Tercalar-balar pula wajah peranan mahasiswa yang sebenar apabila mahasiswa pun tidak memahami peranan mahasiswa sendiri.

Berbalik kepada perbincangan yang asal, sebanyak 10 IPTA dan 2 IPGM yang terlibat dalam program ini. IPTA yang dijemput merupakan IPTA yang menawarkan jurusan pendidikan di universiti masing-masing termasuklah USM, UDM, UMS, UUM, UIAM, UKM, UPM, UPSI, USIM dan UTHM. Manakala IPGM yang terlibat ialah IPDA dan Institut Perguruan di Gelugor(lupa nama). Kita mengetahui bahawa mahasiswa pendidikan yang belajar di IPTA berada di bawah tanggungan KPT manakala mahasiswa IPGM berada di bawah KPM. Kalau kita melihat kepada beberapa siri 'perbalahan' KPM dan KPT akhirnya mengundang keburukan kepada mahasiswa pendidikan di IPTA. Biasiswa KPM dimansuhkan untuk mahasiswa pendidikan di IPTA, walaupun desas-desus (di dalam forum MUAFAKAT) ada ahli panel (Dr Hj Zainal Aalam Bin Hassan, Ketua Penolong Pengarah Unit Dasar,Perancangan dan Pengantarabangsaan, BPG) yang mengatakan bahawa biasiswa KPM akan ditawarkan semula kepada mahasiswa pendidikan IPTA namun biasiswa tersebut akan diubah kepada pinjaman. Apabila memperoleh 'pointer' cemerlang (3.3^), akan berubah menjadi biasiswa atau akan diberikan diskaun pinjaman. Namun, pandangan itu masih lagi di sekitar cadangan. Masih belum tentu diimplimentasikan. Kami mahasiswa pendidikan di IPTA amat berharap kata-kata tersebut dilaksanakan.!

Isu mengenai 'posting' di pedalaman pun hangat dibicarakan. Saya bersetuju bahawa guru 'posting' di kawasan pedalaman. Namun begitu, ada 2 perkara yang sangat perlu diambil perhatian oleh KPM. Perkara pertama ialah kebajikan guru-guru yang posting di kawasan pedalaman itu nanti. Saya tidak akan bangkitkan isu-isu kebajikan secara 'detail' namun yang berlaku ialah kes guru dirogol dan keselamatan guru masih tidak terjamin. Guru ialah pelaksana kepada dasar-dasar pendidikan negara, lantas kebajikan guru-guru tersebut mestilah dititikberatkan. Perkara yang kedua ialah kemudahan dan kebajikan pelajar di pedalaman. Memang betul kawasan pedalaman susah untuk dibangunkan lantaran kemunduran sistem jalan dan pengangkutan. Tetapi adakah dengan alasan ini menafikan hak-hak pelajar di kawasan pedalaman untuk menikmati kemudahan-kemudahan setaraf dengan kebanyakan pelajar di semenanjung. Malaysia telah merdeka lebih 5 dekad. Apakah kita Malaysia tidak boleh menggunakan semaksimum mungkin kemudahan pengangkutan udara untuk membawa bahan-bahan binaan dan sebagainya untuk membangun sekolah di kawasan pedalaman.? Kita ada helikopter dan kapal terbang. Kerajaan ada kuasa penuh pulak tu. Kerajaan mampu berbelanja besar untuk bidang ketenteraan(campur kos komision), tetapi mengapakah bila pergi isu pendidikan seolah-olah pandang sebelah mata sahaja. Sebenarnya Malaysia mampu cuma ada yang tidak kena dengan atasan kita. Juga, alasan elaun yang banyak diberi kepada guru-guru yang berkhidmat di pedalaman supaya 'jgn banyak songeh'@tutup mulut mengenai kemudahan di pedalaman adalah tidak munasabah. Guru-guru bersuara mengenai isu kemudahan di kawasan pedalaman kerana segala kemudahan itu adalah untuk pelajar-pelajar sendiri (memudahkan pembelajaran dan memberi kesan yang efektif). Inilah isu yang sebenarnya. Elaun tersebut pula hanyalah kepada guru dan bukan pelajar. Apalah sangat elaun tu..

bersambung..