(UTUSAN ONLINE)
Polis Turki tahan 50 komander tentera rancang rampasan kuasa
23/02/2010 3:45am

ANKARA 23 Feb. – Polis Turki menahan kira-kira 50 komander tentera semalam atas dakwaan merancang untuk meletupkan masjid dalam usaha mencetuskan rampasan kuasa oleh pihak tentera dan menggulingkan kerajaan Islam.

Penahanan 49 pegawai tentera kanan, termasuk anggota kelas elit yang dikenali sebagai `Pashas’, gelaran yang dihormati ketika zaman pemerintahan Ottoman, membuktikan pegawai-pegawai tentera tidak lagi bebas dari sisi undang-undang.

Tentera sekular Turki telah menyingkirkan empat kerajaan sejak 1960, menunjukkan betapa kuat pengaruh dan kuasa mereka sejak Mustafa Kemal Ataturk, mewujudkan negara republik.

Sementara itu, Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan menolak untuk mengulas berhubung penahanan tersebut dan memberitahu mereka telah diserahkan kepada pendakwa raya. – AP

___________________________________________________________________________________
Sebelum ini banyak cubaan2 yang dilakukan oleh pihak tentera dalam menggulingkan parti pemerintah yang membawa mesej Islam. Boleh dikatakan usaha2 pihak tentera(memang sekular@pendokong sekular) berjaya. Melihat kpd sejarah Turki sendiri, Dr Najmuddin(Necmettin) Erbakan yang menubuhkan Parti as-Salamat(membawa mesej Islam) pd 1972, kemudian memasuki pilihan raya Turki pd 1973(bergabung dgn Parti Rakyat Turki) menang pd plihan raya tsbut. Namun, kerajaan yang ditubuhkan hanya bertahan selama 7 bulan akibat konspirasi pihak tentera yg kuat brpegang pd prinsip sekularisme utk menggulingkan kerajaan. Pada 1977, Dr Necmettin mndpt sokongan dpd anggota parti pimpinannya, akhirnya brgabung dgn Parti Gerakan dan Parti Keadilan yg menang dlm plihan raya dan membentuk kerajaan campuran buat kali ketiga. Sayangnya, pihak tentera sekali lagi menghidu bau2 Islam yg dibawa Dr Necmettin dan pihak tentera mgarahkan beliau mninggalkan arena politik kerana didakwa mnyerapkn ajrn Islam ke dlm amalan politik yg dianggap bercanggah dgn prinsip sekularisme. Beliau dipenjara brsama2 33 org yg lain dpd komponen Parti Gerakan, Keadilan dan as-Salamat. Pd 1986, Parti Refah ditubuhkan demi menyambung legasi perjuangan Islam. Parti ini membawa mesej Islam dan berselindung dgn wajah gerakan yang cakna rakyat dan gerakan kebajikan. Namun pihak tentera masih sama, curiga dan sentiasa mengawasi pergerakan Parti Refah. Pd 1996, Parti Refah bertanding dalam Plihan raya Turki dan menang besar dan Dr. Necmettin dilantik sbg Perdana Menteri. Namun seperti yg diramal, pihak tentera menjalankan kerja mereka dgn baik sekali sbg manifestasi kebencian mrk thdp Islam. Kerajaan ini hanya bertahan selama 7 bulan dan ditumbangkan pd 1997. Pd 1998 pula, Parti Refah diharamkan. Walaupun begitu, kini legasi perjuangan Islam di Turki tetap diteruskan dan jelas dilihat bahawa AKParti(Parti Keadilan dan Pembangunan) ialah sebuah parti yang mewarisi perjuangan tersebut.