Tarbiyyah di dalam Tarbiyyah Ramadhan
Assalamu'alaikum w.b.t.
Alhamdulillah. Marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada ALLAH S.W.T. Moga nikmat berada di dalam bulan ramadhan yang penuh dengan barakah ini tidak dipersiakan. Penulis terfikir sejenak, bagaimana nak menyelesaikan dilema yang dihadapi dalam mengekalkan kerahsiaan identiti, untuk kekal bergerak di dalam mpdt. Alhamdulillah, harap2 teknik2 yang dikenakan kepada MT berkesan. Emm.. ni sedikit selingan jer. Urghhff, dh lewat malam ni. Penulis pun sekarang ni sedang belajar kurangkan masa tidur seperti yang disarankan pimpinan, mgkin lepas ni nk diserapkan secara langsung.Allahu'alam, harap2 penulis cukup syarat untuk diterima taat setianya kepada pimpinan. Malam ni nk cerita sikit bab aqidah, bukan pe, nak refresh jer. Kalau kita lihat, sejak daripada diturunkan Nabi Adam 'Alaihissalam, golongan2 selepas itu x henti2 mewarisi aqidah ini. Mereka, daripada para Anbiya' kepada Rasulullah S.A.W. berkorban segala2nya untuk aqidah ini. Hinggalah perjuangan ini diwariskan kepada para Sahabat2, tabi'in dan tabi' tabi'in, kita dapat lihat bahawa mereka benar2 menjaga aqidah ini dan memperjuangkannya. Buktinya, lihat pada diri kita. Alhamdulillah kita adalah Muslim, ini adalah atas usaha2 mereka. Tapi apa yang terjadi pada kita sekarang ini.? Abul a'la al Maududi prnah mgatakan bhawa umat Islam yang ada di zaman ini adalah umat Islam yang hanya 'Islam baka'. Hanya Islam pada nama; nama Muhammad tetapi langsung x menggambarkan bahawa diri itu adalah Islam. Bila ditanya agamanya, mengaku Islam. Tapi,dari segi ibadat, akhlak, muamalat dan sebagainya tidak menggambarkan dirinya adalah Muslim.!! Inilah realitinya di dalam lapangan universiti. Jadi kita sebagai Muslim yang berkesedaran, kita mestilah perjuangkan aqidah ini seperti yang telah mereka lakukan.! Ini adalah sunnatullah, bahawa agama ALLAH ini akan sentiasa diperjuangkan. Kalau hari ini kita berada di bawah, ingatlah kita dahulu pun pernah berada di bawah. Yakinlah, suatu hari nanti ISLAM akan gemilang semula!
Realiti dan cabaran aqidah.
Pelbagai faham-faham yahudi telah meresap dalam kalangan Muslim kini, sekaligus menyukarkan proses kebangkitan umat Islam. Bila masalah ini telah berlaku, apakah yang menjadi dasar kepada wujudnya permasalahan ini.? Semuanya bertitik tolak dengan aqidah. Andaikata semua orang faham dan yakin bahawa ALLAH itu wujud dan adanya balasan Hari Kebangkitan, nescaya tidak akan timbul masalah buka aurat, 'perkapalan' dan pelbagai lagi masalah2 sosial. Dalam kehidupan masyarakat yang lemas dengan nafsu dunia, diakui bahawa kita menghadapi cabaran dalam mempertahankan aqidah ini. Maka ingatlah pada pesan Rasulullah, supaya berada dalam 'Jamaah'. Untuk itu, nak mempertahankan sekaligus memperjuangkan aqidah ini perlunya kita dalam berkelompok atau dalam berjemaah.
Allahua'alam..
0 Responses to Tarbiyyah di dalam Tarbiyyah Ramadhan
Something to say?