Alhamdulillah. Pertama-tama kalinya dan selama2nya marilah kita semua melembutkan hati, membasahkan lidah dan beramal atas simbol kesyukuran kita kepada ALLAH s.w.t. Hampir sebulan penulis tidak menulis dalam ruangan ini, mungkin kerana beban penulis yang semakin berat. Penulis ada banyak shbt yang perlu dijenguk, kerja2 daripada pelbagai pihak dan memang penulis akui bahawa MASA lah yang menjadi kekangan penulis hatta semangat berkobar2. Bila balik bilik, teringat asimen PGA&BOM. Bila jumpa shbt2, teringat usrah. Kerja2 exco kerohanian pun la dh bertambah.. Ni bukan slot mengeluh, tapi slot nk mengurangkan tekanan. Sebenarnya nak cerita pasal ramadhan.. Penulis dok pelik la dengan masyarakat sini khususnya melayu islam. Bila kita 'pronounce' ROMADHON', depa pakat x phm. Kalau yg Pak Arab diorang phm la. Penulis pun gunalah slank melayu, 'RAMADHAN', yg had ni baru depa clear skit. Mukaddimahnya bulan ramadhan ni, ad mcm2 gelagat. Ada yang memang menunggu2 bulan ini, tak kurang juga yang mengendahkannya. Tapi apa2 pun Romadhon sedang berlalu melintasi kita. Usah terkesima melihatkan ia berlalu. Tapi kena la manfaatkan dia sekali. Menurut Firman Allah S.W.T, al-baqarah ayat 183, "Wahai orang2 beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana orang2 yang terdahulu sebelum kamu, moga-moga kamu bertakwa". Umat terdahulu pun telah diperintahkan untuk berpuasa seperti umat sekarang ini. Umat2 yang terdahulu, kalu kita baca kisah2 mereka, kita akan dapati bhw umur mereka panjang. Ratusan tahun lamanya mereka hidup, kalau kita baca lagi kisah yang khususnya melibatkan 'abid umat yang terdahulu, yang mana mereka beribadat ratusan lamanya. Secara umumnya, pasti kita melihat begitu banyak amalan soleh mereka. Apabila kita refleks kembali dengan diri kita;umat Nabi Muhammad S.A.W., kita dapati bahawa umur umat akhir zaman ini amatlah singkat. Rasulullah sendiri ditakdirkan wafat pada usia 63 tahun;setelah selesai tanggungjawabnya menyampaikan Islam kepada umat ketika itu. Tapi, kenapa kita dikurniakan umur lebih pendek daripada umat terdahulu.? Bukankah singkat masa kita.?Terhad.? Sebenarnya, ALLAH itu MAHA ADIL, jangan lupa bahawa umur kita pendek, boleh jadi untuk mengurangkan perlakuan dosa kita. Kita ni bukan sepanjang masa menang tangan dengan nafsu+syaitan lagi. Kadang2 menang, kadang2 kalah, kadang2 langsung tumbang tanpa melawan. ALLAH mengurniakan kepada kita satu bulan yakni "ROMADHON", yang mana di dalamnya penuh dengan barakah, penuh dengan maghfirah dan juga pelepasan daripada api neraka. Perbuatan sunat dinaikkan kepada pahala wajib, perkara wajib digandakan pahalanya. Tidurpun dianggap ibadah!!(tapi jangan r pakat tidur dari pagi sampai petang, melainkan kalau tidur itu boleh mengelakkan kita daripada istiqamah mengumpat, maka patutlah tidur tu..) Antara amalan yang perlu diberi perhatian serius dalam ROMADHON ini ialah DOA. Muhasabah diri kita sehari berapa kali kita berdoa kepada ALLAH S.W.T.? Berapa kali kita angkat tangan, menadah, memohon sesuatu daripada RAJA kepada sekalian raja di alam ini. Terutamanya waktu hampir berbuka puasa. Di manakah kita ketika itu.? Di pasar, di bazar ke.? Kat restoran.? Sepatutnyalah, waktu2 hampir berbuka puasa ini, kita dah siap2 segala juadah makanan. Sementara menunggu itu, banyak2lah berdoa. Mintalah apa2 kebaikan daripada ALLAH S.W.T., InsyaALLAH akan dikabulkan. Sama2lah kita mengejar seinfiniti kebaikan dan ganjaran dalam bulan romadhon ini. -beramal kerana ALLAH- (0_0).. :)