Assalamu'alaikum w.b.t. Pertama kalinya dan selama-lamanya marilah kita merafa'kan kesyukuran kepada ALLAH s.w.t. Dia telah membangkitkan kita hari ini dengan keadaan batang tubuh yang sempurna, boleh berfungsi dengan baik. Di atas nikmat hidup yang dikurniakan kepada kita dinihari, lantas AR-RAHMAN juga memberi kita nikmat IMAN dan ISLAM.

Firman ALLAH S.W.T. :
....Dan jika kamu menghitung nikmat ALLAH, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan mengingkari nikmat ALLAH.!
Ibrahim : 34

Telah nyata di dalam Al-Quran bahawa manusia tidak berkeupayaan untuk mengira segala nikmat ALLAH yang telah dikurniakan.
Maka bersyukurlah kita sentiasa atas nikmat yang dikurniakan ini.

Firman ALLAH S.W.T. :

Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmatKU), maka azabKU sangat berat."

Ibrahim : 7

Tetapi malangnya sehingga kini ramai manusia yang tidak bersyukur
atas segala nikmat ALLAH.

Firman ALLAH S.W.T. :

.......dan sedikit sekali hambaKU yang bersyukur.


Nilai muhasabah untuk diri kita.

Kenapa kita masih merungut,bersedih,muram durja dan berasa malang sekiranya kita mendapat keputusan peperiksaan/temuduga/dsb yg 'kurang memuaskan' walhal kita masih lagi boleh makan, boleh berjalan, boleh bercakap.?

Kenapa tiap kali hujan turun semasa kita mempunyai hal penting, kita menyumpah seranah, walhal tiap kali kemarau kita merayu-rayu kepada ALLAH agar hujan turun membasahi bumi yang tandus.?

Manusia hanya akan menghargai nikmat bila nikmat itu sudah tidak dapat dikecapi.! Tunaikanlah hak nikmat tersebut, iaitu disyukuri dan digunakan sebaik-baiknya ke arah ISLAM.
ALLAHU'ALAM.