Baru2 ini penulis blog ini telah mengikuti satu wacana ilmu yg dianjurkan oleh Gen i bertempat di sebuah surau di sebuah taman perumahan. Penulis buat masa ini menjadi anak dagang di Pulau Pinang. Sambil2 itu turut 'update' lah dengan program2 semasa di sini. Tokoh jemputan dalam program ini ialah Dr Mujahid Yusuf Rawa yg memang tidak asing lagi dalam persada politik nasional khususnya. Diskusi ini turut disertai oleh seorang lagi MPP ipta yg terkenal di sini. Diskusi ini membincangkan mengenai beberapa topik2 yg terdapat di dalam buku karangan Dr Mujahid yg berjudul 'Politik Baru Malaysia'. Dr. Mujahid memulakan diskusi ini dengan mengeketengahkan premis2 asas atau gagasan2 yg asas disertakan bersama dalil2 dpd al-Quran & Hadis supaya hadirin yg ada dapat memahami pkara2 yg 'basic' dlm menegakkan Islam di Malaysia khususnya. Premis asas yg disandarkan dgn aQ & hadis ini juga dpt memberi visual yg beliau bukan sekadar 'main ckp je'. Selepas diskusi yakni lebih atau hampir sejam, program diikuti pula dengan perbahasan/persoalan dan apa2 ulasan yg lain. Tapi lebih byk soalan diajukan mengenai isu2 semasa. Ada juga soalan yg diutarakan secara emosi yg menarik perhatian semua hadirin. Isu tersebut ialah mengenai kes2 murtad yg dpd kes Natrah dulu sampailah skrg tak pernah2 selesai dan bagaimanakah PAS mengadaptasi situasi ini.? Bagi saya, muslimah tersebut baguslah sebab prihatin isu2 begini.hehe2x. Baiklah, penulis bermonolog sedemikian kerana dalam surah Ali Imran ayat 110, Allah suruh kita jadi umat yg terbaik dlm dunia ini. 'Guideline' yg Allah dh bagi menurut ayat tersebut ialah secara kasarnya, kita berbuat kebaikan(amr ma'ruf), mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah S.W.T. Ada pendapat yg mengatakan bahawa sebaik2 amr ma'ruf ialah kita menyebarkan Islam(dakwah) kepada orang bukan Islam. Mencegah kemungkaran yg paling baik ialah mencegah orang Islam dpd MURTAD. Ini hujah penulis bahawa kebimbangan muslimah tersebut berasas. Soalan2 lain antaranya ialah bagaimana kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat, di mana letaknya letaknya Islam dalam proses transisi ini, mengapa letak 'Negara Berkebajikan' sedangkan ramai ahli tidak dapat hadam isu ini dan beberapa lagi soalan hangat yg penulis sendiri lupa. Tapi, dengan teknologi yg canggih penulis ada rakam semua itu.

PERIHAL DAKWAH

Dalam hal ini, Dr Mujahid menerangkan dalam konteks semasa khususnya di Malaysia dan dunia amnya. Kita sudah kembali ke zaman yg mempunyai ciri2 persamaan dengan permulaan dakwah Rasulullah yang mana, Khilafah Islamiyyah tidak lagi tertubuh dan waktu kita sekarang ini dah tumbang. Di Semenanjung Malaysia, kira2 50-50, muslim dan bukan muslim dan 70% bukan muslim-30% muslim di Sabah dan Sarawak. Bukankah dalam kalangan Umat Islam yg sedia ada di Malaysia ini, bukan semua yg faham dan perjuang Islam. Jadi semasa zaman awal dakwah Rasulullah, Islam itu minoriti dan sekarang di Malaysia, kita pun minoriti. Lihat, situasi yg sama berlaku. Daripada kacamata dakwah sekarang ini seperti yg Dr. Abdullah Yusuf al-Qardhawi pernah ulaskan, kita sekarang ini, hanya ada 2 golongan yg mewakili seluruh penduduk dunia yg jadi sasaran dakwah iaitu bukan Islam dan Islam. Bila sebut bukan Islam, semua orang 'dok' pakai hukum kafir zimmi, harbi dan musallim. Hukum ini dahulu terpakai semasa adanya Khilafah Islamiyyah. Tapi sekarang Khalifah masih tidak tertubuh, maka tak terpakailah hukum ini. Sekarang ini yg ada cuma orang ISLAM dan BUKAN ISLAM. Inilah skop dakwah kita sekarang.


DAPATAN DISKUSI

Salah satunya, penulis memahami bahawa segala teori/idealisme/hukum2 dsb yg diperoleh dalam apa2 program ilmu sekalipun tamrin, usrah dsb, perlu diolah utk disesuaikan dengan realiti yg kita akan hadapi dalam masyarakat. Bagaimana nak mengolah.? Terpulang, tetapi pengalaman, ilmu, kebijaksanaan, bantuan Allah dsb yg dapat membantu pengolahan aspek2 ilmu tersebut utk disesuaikan dalam realiti dakwah adalah sesuatu yg bernilai dan penting utk pkara tersebut. Kadang2 dalam usrah2 kampung, ada ahli2 usrah yg 'still' merokok,hembus pd naqib, tetapi dlm pada masa yg sama dia wala' pd pimpinan. Inilah realitinya, tetapi pastikan dakwah itu sampai kepadanya. Selain itu, buat masa ini ada hukum2 tertentu yang tertangguh/belum boleh dilaksanakan kerana disebabkan faktor sesuatu perkara. Ada juga hukum yg tertakluk kepada segolongan pihak shj. Cthnya, harus bagi orang biasa utk bermewah2 selagi tiada fitnah. Tetapi, haram hukumnya utk pemimpin dlm sesuatu masyarakat, apatah lagi pemimpin negara utk bermewah2 kerana sudah tentunya kemewahan mereka itu akan menimbulkan fitnah. Allahua'lam.