Assalamualaikum w.b.t.
Ahh, lama sudah tidak menulis. Alhamdulillah, penulis diberi peluang dan ruang semula untuk menuturkan kembali bicara maya ke dalam entry kali ini. Sebelum ini hanya sempat update facebook, juga sempat log in blog namun hanya sempat menjenguk artikel2 rakan2 yg lain tanpa ulasan dan pandangan. Kesibukan dalam konflik pengurusan memang lagi utama dr menulis. Hem, nk wtpa la.? Nk cita sikit2 la cena ngn 1430H yg dh lepas nih.
Khamis petang lalu(17/12/2009) berduyun-duyun mesej SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU ISLAM. Syukurlah, ada shbt2 yang mengingatkan detik2 akhir sebelum kita umat Islam didatangi gelombang 1431H di saat penulis sedang demam tamren dan dilemma calon prk. Nampaknya sudah ada bibit gelombang alternatif bagi umat Islam untuk menggantikan sambutan Tahun baru Masihi dengan sambutan Tahun baru Islam. Perbezaan ketara antara umat Islam dan bukan Islam perlu dizahirkan, bukan bermaksud menjarakkan perpaduan tetapi Identiti Islam di dalam diri muslim itu dibutuhkan untuk dihidupkan semula kerana sekarang ini kalau melihat perbezaan umat Islam dengan bukan Islam yang besar nampaknya, melalui ibadat dan nama(pandangan penulis). 







Di dalam al-quran juga menceritakan detik-detik pemilikan identiti umat Islam yang tersendiri(berbeza dengan yahudi dan nasrani) digambarkan detik-detik tersebut di dalam firman Allah,                     Surah al-baqarah ayat 142-150. Secara zahirnya, ayat ini menggambarkan pemindahan kiblat umat Islam daripada solat menghadap Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis kepada menghadap ke Ka’abah di Makkah. Maksud yang penting ialah ayat ini menuntut umat Islam untuk mengtransformasikan diri mereka kepada identiti Islam sepenuhnya atau secara holistik. Amat tidak wajar untuk kita terus mengikut arus yahudi dan nasrani yang terkenal dengan keegoan mereka, kerana umat Islam adalah umat yang merendahkan diri mereka di sisi Allah dan menjadi permata dalam masyarakat dunia (rujuk al-baqarah:110). Jika umat Islam tidak mengikut acuan Allah(rujuk al-baqarah:138), macam mana nak lahir umat Islam yang Allah gariskan dalam al-quran. Kalau melihat kepada realiti umat Islam sekarang masih ramai yang terjebak dalam kekeliruan identiti sebab tak ikut apa yang Allah telah gariskan dalam al-quran. Mereka mencari selain daripada Islam, di atas trademark(nama mereka) yang Islam. Sebab itulah bila berlaku kes2 yang dasyat(rasuah,curi,rompak,bunuh,rogol,buang anak dsb) kelompok2 yang melakukan jenayah ini dengan bertrademarkkan ‘nama’ mereka yang Islam, menyebabkan fitnah itu mampir kepada Islam itu sendiri. Inilah yang kita perlu ubah, pengislahan masyarakat Islam adalah lebih utama daripada mengutamakan dakwah menarik bukan Islam masuk Islam. Hal ini supaya elemen yang memburukkan Imej Islam yang diterjemahkan oleh masyarakat Islam yang kurang kefahaman mengenai Islam dapat dihapuskan dengan mengislahkan mereka untuk kembali kepada Islam secara holistik. 






Saya yakin ramai ulama’ telah membincangkan perkara ini hatta barisan2 duat telah bercakap2 mengenainya.
Dakwah ke atas bukan Islam, adalah untuk mereka kenal apakah itu Islam dan memahami Islam dengan lebih baik daripada sebelumnya. Kita bukan memaksa mereka memeluk Islam, selaras dengan firman Allah, Surah al-Baqarah ayat 256. Matlamat kita ialah kita mahu mereka faham Islam bukanlah agama dari segi ibadat semata, tetapi adalah satu jalan hidup@The Way of Life. Lantas kita mahukan penerimaan mereka bahawa Islam adalah terdapat dimana-mana sahaja mereka berada(di sektor perkhidmatan, sektor ekonomi, sektor kemasyarakatan dan juga pemerintahan) adanya Islam di situ yang menuntut mereka untuk memahaminya.
Islah pada masyarakat Islam itu sendiri juga berperanan untuk memperbaiki umat Islam itu sendiri supaya kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Kita mengajak mereka untuk sama-sama melakukan anjakan paradigma dalam kehidupan mereka sebagai umat Islam.


 

TAKWIM HIJRAH
Takwim Hijrah atau Takwim Islam adalah takwim yang digunakan di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam. Juga diistilahkan sebagai kalendar Islam, kalendar ini merupakan kalendar lunar yang berasaskan putaran bulan sama juga dengan kalendar Cina&India(tapi x famous). Bagaimanakah pengiraan harinya.? Mudah cerita, apabila matahari terbenam akan dikira masuk hari esok (masyarakat kita faham apabila masuk waktu maghrib maka masuk hari seterusnya). Hal ini berlainan dengan Kalendar Rom yang berdasarkan matahari. Apabila bersandarkan matahari, pukul 12.00 am akan dikira sebagai hari esoknya.


Penggunaan Takwim Hijrah diinitiasikan ketika pemerintahan Amirul Mukminin Umar al-Khatab r.a. iaitu pengganti Rasulullah yang kedua selepas Abu Bakar as-Siddiq r.a. Ini adalah turutan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.
Ada satu riwayat lain yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As'ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a. , meminta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. Maka beliau (Umar r.a) mahukan satu kalendar / taqwim Islam yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.
Dalam kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya, peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar / taqwim Islam.

Peristiwa tersebut adalah peristiwa hijrah Rasullullah saw dari Makkah ke Madinah. Hal ini disebabkan dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.



Antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmaqdis dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan. Setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik. Maka dengan itu Umar mengisytiharkan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Takwim Islam yang rasmi.








bersambung....