Kerapkali pengisian-pengisian dalam kuliah pengurusan atau kuliah organisasi, ada disebut mengenai 'priority'. Anda tahu apakah itu 'priority'? Istilah tersebut bermaksud mendahulukan perkara yang penting dahulu untuk dilakukan dari perkara-perkara lain. Di dalam Islam, Sheikh Yusuf al-Qaradhawi telah mencungkil mengenai kaedah perletakan dan tag pengurusan terhadap sesuatu perkara itu. Kaedah ini dimuatkan dalam kitab tulisannya iaitu Fiqh Aulawiyyat. Kitab ini sudah terdapat banyak di pasaran dan mesti dimiliki oleh setiap muslim. Bagi menggambarkan sedikit sebanyak mengenai fiqh aulawiyyat ini, saya tuliskan skrip dialog beberapa peristiwa. Harap dapat difahami. Watak-watak bukan nama sebenar.

Situasi 1 : Aiman, Hafiz dan Nor sedang menunggang Motosikal.

Mereka bertiga menunggang motosikal ketika baru sahaja habis menikmati makan malam di sebuah restoran. Nor menunggang sendirian manakala Aiman dibonceng oleh Hafiz. Sampai sahaja di persimpangan masjid dan ke kolej kediaman, azan Isyak berkumandang.

"Weh Hafiz, Nor. Dah azan Isyak ni. Jom singgah masjid solat Isyak dulu," ajak Aiman kepada Hafiz dan Nor.

Dengan 'slumber' godok, Nor pun menyatakan pendiriannya.

"Aiman, korang pergi dulu la ye. Aku nak amik kopiah ni. Tinggal kt bilik la," beritahu Nor kepada Aiman dengan penuh bersemangat.

"Erk, macam tu pulak? Kolej kau tu dah la hujung, pergi-balik pun dah ambik masa setengah jam" Tanya Aiman dan Hafiz menyindir.

"Nak watpe ni??" Bisik Nor sendirian.

Ok. Terdapat beberapa pilihan jawapan.
1. Nor seharusnya  ambil kopiah dan kembali ke masjid menunaikan solat Isyak(lewat sedikit) walaupun tertinggal jemaah beserta fadhilat berjemaah.
2. Nor tidak perlu menghiraukan kopiahnya dan menunaikan solat Isyak secara berjemaah, pada awal waktu dan memperoleh fadhilat berjemaah.
3. Anda fikir dalam-dalam jawapan selain ini.

Walaupun saya sertakan contoh masalah kecil, tapi inilah realiti. Ada juga peristiwa seluar terpalit lumpur tetapi 'mandi bagai nak rak' dan lewat menunaikan solat. Alasan diberi ialah nak pastikan diri benar-benar bersih sebelum solat. Ada juga sewaktu sekolah dahulu, peluh bermain bola dijadikan alasan besar untuk solat awal waktu. Kalau kita lihat sendiri, peluh dan lumpur bukanlah termasuk perkara yang najis. Jadi, yakinlah ia suci! Ingat, kebersihan hati seharusnya diberi perhatian yang lebih penting sebelum bersolat! Dengan kebersihan hati menghadap Allah barulah kita akan sentiasa berusaha memperbaiki rukun-rukun dan perkara-perkara sunat yang lain.


bersambung..