Mengundang Curahan Hidayah & Rahmat y Maha Khaliq

O Sabah & Sarawak. I'm Coming..!

By NOR AZAM MOHAMAD TAMJIS

Aktiviti terdekat

12 MEI 2010 - 19 MEI 2010
MBM B [MAHASISWA BERSAMA MASYARAKAT BORNEO]
Anjuran PMIUSM dan PERSIS(Perkumpulan Siswa Siswi Sabah Sarawak)
-Penulis tiada di semenanjung, kemungkinan sukar untuk menghubungi penulis.




Suatu ketika dahulu, penulis pernah mempasakkan keinginan untuk berkelana ke tanah-tanah yang terpecah daripada semenanjung Malaysia ini. Tanah yang asing tetapi bernilai manfaat pengalaman. Penulis berhajat ke timur tengah, ke barat dan paling hampir ke Borneo dan Kepulauan Jawa. Semua perjalanan ini bermaksud menambahkan pengetahuan lantas mencambahkan keimanan tatkala bukti-bukti taburan nikmat Allah yang rencam di seluruh pelosok dunia.

Allah telah mengatur segala-galanya. Alhamdulillah, PMIUSM dan PERSIS secara jelas merupakan wasilah yang bakal merealisasikan hasrat ke Borneo. Antara peristiwa yang lucu saat mendaftar penyertaan untuk MBMB ialah salah tanggapan. Penulis teringat dengan usikan sahabat daripada PPMUSM(Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat USM). Syeikh ni ingat penulis mendaftar untuk baitul muslim(kerana singkatan MBMB). "Baru 1st year.. Betul ke ni?" Namun setelah penulis memberi sedikit penerangan mengenai MBMB=Mahasiswa Bersama Masyarakat Borneo, barulah Syeikh ni faham..Gelak sakan noh..Haha.

Secara umumnya program ini merupakan program baktisiswa. Mahasiswa turun sendiri ke lapangan dan menyelami permasalahan masyarakat. Mahasiswa tinggal sendiri dengan keluarga-keluarga di dalam masyarakat selama beberapa tempoh tertentu. Penulis difahamkan bahawa antara objektif MBMB ialah 'memupuk budaya mahasiswa bersama masyarakat untuk sama-sama membangun aspek sosioekonomi dan pendidikan negara'. Benar, kerap kali mahasiswa terpencil daripada menjadi juru bicara masyarakat. Mahasiswa semakin cintakan material sehingga lupakan peranannya dalam membangunkan masyarakat dari pelbagai aspek. MBMB dilihat sebagai suatu cetusan revolusi siasah PMIUSM dalam mendidik mahasiswa supaya peduli akan masyarakat serta menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat.


Lokasi-lokasi yang penulis sempat 'search' dan bakal dilawati ialah Kota Kinabalu, UMS, Kundasang dan lain-lain. Kundasang merupakan sebuah pekan kecil@pekan koboi di Sabah. Kundasang merukapakan pekan yang paling hampir dengan Gunung Kinabalu. Ramai pelancong berkunjung di sini. Mungkin salah satu faktor udara yang segar dan keindahan alamnya menarik ramai orang ke sini. Penduduk Kundasang bergantung kepada kegiatan pertanian sebagai penjana kepada ekonomi mereka.



Selain itu juga, Masjid Terapung Kota Kinabalu merupakan salah satu tempat persinggahan dalam aturcara program ini.



Di Sarawak pula, antara lokasi-lokasi yang bakal dituju ialah di Kuching, UNIMAS, Perkampungan Nelayan Sarawak dan juga Gunung Santubong.

Gunung Santubong -



Insyaallah. "Semoga perjalanan ini memberi makna dalam hidupku"~~. Entry seterusnya apabila penulis balik daripada MBMB.

 

Penulis tertarik dengan satu persoalan mengenai politik, berkaitan sebuah parti Islam yang 'satu line' dengan parti politik y tidak membawa agenda Islam dan meminggirkan kerjasama dengan parti politik kebangsaan yang majoriti ahlinya beragama Islam. Persoalan ini dilontarkan oleh seorang sahabat sebangku universiti melalui facebook. Begini ungkapannya :

 

"Persoalan: kenapa Pas sanggup bekerjasama dgn DAP padahal ada dlm kalangan pemimpin DAP tidak bersetuju dgn matlamat PAS iaitu menubuhkan negara islam..Tapi knp PAS pula tidak mahu bekerjasama dgn UMNO walaupun mereka sesama saudara...Cuba fikir-fikirkan...."

 

Penulis tidak tertarik dek kerana sahabat tersebut menyebut secara jelas PAS, UMNO dan DAP. Namun tarikan utama di sini ialah seni politik yang menjadi khazanah peninggalan Rasulullah s.a.w. Alangkah ruginya kalau tiap2 muslim 'tertinggal' daripada menyapu bersih khazanah2 yang sangat2 berharga peninggalan Rasulullah s.a.w. Justeru, penulis terpanggil untuk memberi penjelasan sedikit sebanyak mengenai konsep kerjasama politik ini. Dalam konteks gerakan Islam, konsep kerjasama politik ini dipanggil Tahaluf Siyasi. Istilah ini tidak asing bagi pendokong gerakan Islam di mana-mana muka bumi ini.

 

Gerakan Islam memerlukan Tahaluf siyasi?

Sejak daripada penegakan Kerajaan Islam Madinah yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w., silih berganti pemerintahan yang bertunjangkan aqidah Islam dalam memakmurkan dunia dengan Din(Islam). Antaranya ialah Kerajaan yang dipimpin oleh 4 khalifah( Sayyidina Abu Bakr, Sayyidina Umar al Khattab, Sayyidina Usman Ibn Affan dan Sayyidina ali ) dikenali dengan nama Khalifah ar-rasyidin, kemudian Kerajaan Bani umaiyah, disusuli dengan Kerajaan 'Abassiyah dan beberapa lagi Kerajaan Islam. Sehingga kini, Kerajaan Islam yang terakhir wujud memerintah dunia ialah Khilafah Uthmaniyah(Ottoman) dan jatuh terperosok pada tahun 1924 hasil perencanaan Yahudi direalisasikan seorang tokoh 'modernis'(KONONNYA) iaitu Kamal at-tarturk.

Lantas pada tahun 1928, Imam Hassan al Banna menggagaskan gerakan Islam pertama iaitu Ikhwan al-Muslimin. Penubuhan gerakan Islam ini di Mesir, membayangkan hasrat menegakkan Hakimiyyah Allah s.w.t. Kemudiannya, idealisme ini berkembang ke seluruh dunia dengan penubuhan gerakan-gerakan Islam di hampir setiap negara di dunia. Matlamat dan konsep perjuangan mereka hampir sama antara satu lain iaitu ke arah menegakkan sebuah negara Islam dan lebih jauh dari itu menghidupkan semula sistem khilafah yang telah berkubur.

Namun begitu, realiti semasa pada hari ini, gerakan-gerakan Islam di dunia menyedari bahawa mereka tidak mampu untuk memperjuangkan 'aspirasi' masing2. Hal ini kerana waqi' di negara masing2 yang berbeza dari segi demografi dan topografi, taraf ekonomi, komposisi masyarakat dan kepelbagaian kaum dan agama. Di dalam sesebuah negara bangsa yang dibina pada zaman moden ini, tidak semua rakyat memahami inti kandungan Islam dan kebaikan-kebaikannya. Lantas, berlakulah keperluan untuk bekerjsama dengan gerakan lain samada di dalam menyertai politik pilihanraya atau sebagai pendokong di dalam pembentukan kerajaan. Persoalannya, adakah ia merupakan satu keharusan? Dalam erti kata lain, haruskah bagi sesebuah gerakan Islam untuk menjalinkan kerjasama dengan gerakan lain yang tidak mempunyai hasrat yang sama dengannya dalam membentuk kerajaan?

Pengertian Tahaluf Siyasi

Tahaluf Siyasi bermaksud kerjasama gerakan Islam dengan mana-mana pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya. Kerjasama ini boleh berlaku dalam apa jua bidang yang dipersetujui bersama untuk sama-sama menghadapi musuh yang sama. Tahaluf Siyasi juga kemungkinan boleh berlaku dengan gerakan yang pernah atau berpotensi untuk menentang ideologi gerakan Islam. Dalam konteks masa kini, tahaluf siyasi juga termasuk kerjasama dengan golongan bukan Islam untuk menghadapi musuh yang sama.

Hukum mengadakan Tahaluf Siyasi

Ulama'2 haraki secara khususnya berbeza pandangan mengenai hukum mengadakan kerjasama dengan gerakan yang tidak bermatlamatkan perjuangan Islam. Antara Ulama yang menghukumkan kerjasama ini sebagai haram Sheikh Muhammad Qutb dan al-Syeikh al-Imam Abu Nasr Muhammad bin Abdullah. Manakala di antara ulama yang mengharuskan tahaluf siyasi ialah Dr Yusuf al-Qaradhawi , Dr Mustoffa al-Tohhan, al-Syeikh Muhammad Ahmad al-Rasyid, Doktor Solah al-Showi dan Doktor Munir Ghahdban.

Dalil-dalil yang dipegang oleh ulama yang mengharamkan tahaluf siyasi ialah seperti berikut :
 
1. Firman Allah SWT :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ (51) فَتَرَى الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ يُسَارِعُونَ فِيهِمْ يَقُولُونَ نَخْشَى أَنْ تُصِيبَنَا دَائِرَةٌ فَعَسَى اللَّهُ أَنْ يَأْتِيَ بِالْفَتْحِ أَوْ أَمْرٍ مِنْ عِنْدِهِ فَيُصْبِحُوا عَلَى مَا أَسَرُّوا فِي أَنْفُسِهِمْ نَادِمِينَ (52)

 
Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, Maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Maka kamu akan melihat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya (orang-orang munafik) bersegera mendekati mereka (Yahudi dan Nasrani), seraya berkata: "Kami takut akan mendapat bencana". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya), atau sesuatu keputusan dari sisi-Nya. Maka kerana itu, mereka menjadi menyesal terhadap apa yang mereka rahasiakan dalam diri mereka. (QS 5 : 51-52)

Hujah : Kerjasama gerakan Islam dengan orang-orang kafir di atas dasar politik akan menjauhkan lagi orang-orang Islam daripada mereka. Ini kerana, Islam mengharamkan sebarang jenis wala’ kepada kepada ahli kitab yang mempunyai akidah yang hampir sama dengan Islam, apatah lagi wala’ kepada orang-orang kafir yang akidah mereka langsung tidak mempunyai persamaan dengan akidah Islam.

2. Firman Allah SWT :
فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا
 
Ertinya : Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya

Hujah : Ayat di atas berkenaan dengan pengharaman arak dan judi. Namun jika dilihat dari sudut tahaluf siyasi, kerjasama dengan musuh mungkin mendatang manfaat dari beberapa sudut, bagaimanapun dari sudut yang lebih jauh iaitu ke arah menegakkan hakimiah Allah SWT, ia tidak akan dapat dicapai. Lantas, kerjasama akan menyebabkan terbantutnya usaha gerakan Islam untuk menegakkan daulah Islamiah. Oleh yang demikian, kerjasama ini adalah haram kerana lebih banyak mendatangkan mudharat daripada manfaat.


3. Pertimbangan logik bahawa gerakan yang tidak berhasrat untuk menegakkan Islam ini pastinya hanyalah menjadikan gerakan Islam sebagai jambatan untuk mereka mendapatkan kuasa. Mereka sekali-kali tidak membiarkan gerakan Islam ini berkembang sehingga mengatasi diri mereka. Dan ini sekali lagi akan menghalang kepada tertegaknya daulah Islamiah seperti yang diperjuangan oleh Harakah Islamiah.


Manakala bagi golongan ulama haraki yang mengatakan tahaluf siyasi sebagai sesuatu yang diharuskan, mereka berpegang dengan hujah-hujah berikut :

1. Half al-Fudhul : Ia merupakan satu peristiwa yang berlaku pada zaman jahiliyyah iaitu perjanjian di antara beberapa qabilah untuk menolong golongan yang dizalimi. Perjanjian ini telah disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW. Inilah yang dimaksudkan oleh hadis baginda yang menyatakan :
 
وَأَيُّمَا حِلْفٍ كَانَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ لَمْ يَزِدْهُ الْإِسْلَامُ إِلَّا شِدَّةً
 
Yang bermaksud :
Mana-mana perjanjian yang dilaksakanan ketika jahiiyyah tidak akan ditambahkan (diubah) oleh Islam melainkan semakin patut dilaksanakan - membawa makna mana-mana perjanjian di zaman jahiliyyah yang bermaksud kerjasama dan silaturrahim tidak akan berubah ketika Islam melainkan ia lebih patut untuk dilaksanakan. Ini kerana Islam tidak akan mengharamkan sesuatu perkara yang baik.

Hujah : Sekalipun Nabi SAW menyaksikan perjanjian ini ketika jahiliyyah, tetapi kerana Nabi telah memujinya semasa Islam, ia dianggap sebagai perkara yang baik. Ini menunjukkan bahawa sekalipun yang berada dalam ikatan perjanjian itu orang-orang yang berakidah salah, ia tetap dianggap perjanjian yang baik selagi mana tujuannya adalah baik.

2. Perjanjian Rasulullah SAW dengan bapa saudaranya Abu Talib untuk menjaganya serta memeliharanya dari ancaman kaum Quraisy. Tahaluf di antara mereka berdua berlaku dalam beberapa peringkat :

2.1 Ketika Abu Talib melihat bagaimana Nabi Muhammad SAW bertegas untuk melaksanakan dakwah sekalipun terpaksa mati untuk Islam, Abu Talib lantas menyatakan : “Teruskan wahai anak saudaraku, katakanlah apa yang kamu hendaki. Demi Allah, aku tidak akan serahkan kamu kepada sesiapa selama-lamanya” Kata-kata ini dibuktikan beberapa kali oleh Abu Talib di mana pernah beliau mengetahui tentang sekumpulan kaum Quraisy yang merancang untuk membunuh Nabi Muhammad SAW, lalu dikumpulkan bani Abdul Mutalib dan Bani Hasyim untuk melindungi baginda SAW. Mereka semua berkumpul termasuklah yang masih kafir untuk melindungi Nabi Muhammad SAW.

2.2 Peringkat berikutnya ialah ketika kaum Quraisy melancarkan pemulauan kepada Bani Hashim dan Bani Abdul Mutalib sebagai tindak balas kerana mereka melindungi Rasulullah SAW. Lalu ditulis surat penguatkuasaan di mana tidak dibenarkan sesiapa pun menikahi atau dinikahi oleh kedua-dua kabilah ini. Juga tidak dibenarkan berlakunya urusan jual beli dengan kedua-duanya. Surat ini ditampalkan di dinding kaabah.
Hujah : Di dalam peristiwa-peristiwa ini, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa menjadi satu keharusan jamaah Islam untuk mendapat perlindungan daripada orang yang bukan Islam demi mencapai matlamat perjuangannya. Namun ia tidaklah sampai kepada peringkat tunduk dan patuh sehingga menggadaikan perjuangannya.

3. Perjanjian Rasulullah SAW dengan Mut’im bin ‘Adi. Ia berlaku selepas kewafatan Abu Talib dan sekembalinya baginda SAW dari menyebarkan dakwah Thaif. Rasulullah SAW telah memasuki kota Mekkah dengan perlindungan seorang musyrik yang bernama Mut’im bin ‘Adi. Rasulullah SAW menghargai pertolongan Mut’im sehingga baginda pernah bersabda apabila memenangi perang Badar, “Sekiranya Mut’im bin Adi masih hidup lalu memintaku membebaskan tawanan ini, aku akan lakukan untuknya..”
Hujah : Mut’im di dalam peristiwa ini sekalipun tidaklah memberikan kebebasan dan pertolongan kepada dakwah Islam tetapi melakukan sesuatu yang lebih besar dari itu iaitu menjaga tubuh badan Nabi Muhammad SAW. Mut’im tidak pernah berniat untuk menjadi pengikut Rasulullah SAW dan pendirian ini jelas ketika ia menjawab soalan dari Abu Jahal . Ini menunjukkan keharusan mendapatkan kerjasama dari orang yang tidak berniat melaksanakan Islam di dalam urusan yang memberikan kebaikan kepada Islam dan umatnya.

4. Perjanjian yang dibuat oleh Rasulullah SAW dengan kaum Yahudi ketika ditegakkan negara Islam Madinah. Perjanjian yang melahirkan Sahifah Madinah ini merupakan satu-satunya peristiwa besar dan terpenting yang menjadi hujjah keharusan kaum muslimin menjalinkan perjanjian dengan orang-orang bukan Islam di atas dasar memelihara kebajikan kedua-dua pihak.
Di antara isi kandungan perjanjian ini ialah, “Kaum muslimin mempunyai haknya dan kaum Yahudi mempunyai haknya. Dan di antara mereka hendaklah tolong menolong sekiranya diserang oleh sesiapa. Dan di antara mereka hendaklah saling menasihati dan bekerjasama. Dan janganlah sesiapa memungkiri janjinya. Dan hendaklah pertolongan diberikan kepada yang dizalimi. Dan sekiranya berlaku apa-apa kepada pihak yang menjalinkan perjanjian ini, maka tempat rujukan ialah kepada Allah dan Muhammad Rasulullah SAW…”
Hujah : Inilah sebesar-sebar hujah keharusan melakukan hubungan dengan non-muslim di dalam menegakkan negara Islam. Dan tidaklah menjadi dasar Islam mengenepikan kaum musyrikin daripada realiti kehidupan.

5. Perjanjian Rasulullah SAW dengan Bani Khaza’ah. Ia berlaku apabila baginda bersama para sahabat ingin memasuki kota Makkah untuk mengerjakan haji namun disekat oleh kaum Quraisy. Lalu Rasulullah SAW mengutuskan pengintip dari bani Khaza’ah yang merupakan seorang musyrik dan mereka melaporkan kepada Rasulullah SAW mengenai pergerakan kaum Quraisy. Bani Khaza’ah sebenarnya telah mempunyai hubungan dengan Bani Hasyim semenjak zaman jahiliyyah dan mereka meneruskan hubungan baik mereka dengan Bani Hasyim sekalipun berbeza akidah. Rasulullah SAW mengiktiraf hubungan ini dengan memberikan syarat iaitu pertolongan tidak akan diberikan kepada golongan yang zalim.

6. Perintah Rasulullah SAW kepada para sahabat agar berhijrah ke Habsyah semasa ditindas di Makkah untuk mendapatkan perlindungan dari Raja Najasyi yang merupakan seorang Nasrani pada masa itu turut merupakan dalil kepada keharusan untuk mendapatkan perlindungan dari orang yang bukan Islam di dalam menjaga kemaslahan umat Islam.


Jawapan Terhadap Golongan Yang Mengharamkan Tahaluf Siyasi

Di dalam memberikan jawapan kepada golongan ulama haraki yang mengharamkan tahaluf siyasi, beberapa pandangan telah dikemukakan. Antara lain :

1. Ayat yang digunakan iaitu dari surah al-Maidah, ayat 51-52 bukanlah merujuk kepada tahaluf siyasi tetapi merujuk kepada orang-orang munafik yang terus meletakkan kepatuhan kepada orang-orang Yahudi di Madinah. Ianya turun kepada ketua munafik iaitu Abdullah bin Ubai yang bertindak untuk menyokong kabilahnya Yahudi Bani Qainuqa’ di dalam berhadapan dengan Nabi Muhammad SAW. Ini menunjukkan bahawa ayat ini tiada kena mengena dengan tahaluf siyasi tetapi berkenaan dengan orang yang keluar langsung dari Harakah Islam untuk bekerjasama dengan musuh bagi melawan Islam.

2. Ayat 219 dari surah al-Baqarah pula bukan sahaja tidak menjadi hujah mengharamkan tahaluf siyasi bahkan menjadi peneguh kepada keharusannya. Ini kerana daripada tahaluf siyasi yang dilaksanakan di beberapa buah negara seperti Mesir, Sudan dan Yaman, manfaat yang besar banyak diperolehi oleh kaum muslimin. Oleh yang demikian, di dalam masalah manfaat dan mudharat ini, pertimbangan berdasarkan senario semasa perlu diambil kira. Tahaluf Siyasi sebelum diputuskan hendaklah dipertimbangkan semasak-masaknya oleh pakar politik dan ahli-ahli strategi.

KESIMPULAN

Di dalam mendepani arus politik dunia pada hari ini, gerakan Islam perlulah bijak mengambil manfaat daripada ruang dan peluang yang ada. Tahaluf siyasi perlulah dilakukan dalam keadaan gerakan Islam mendapat keuntungan yang maksimum dalam usaha untuk menegakkan agama Allah SWT. Bagaimanapun, perlulah diingatkan agar penerangan demi penerangan hendaklah dilakukan dari masa ke semasa khususnya kepada masyarakat awam agar tidak terkeliru dengan langkah yang diambil.
Penyertaan gerakan Islam dalam mana-mana kerajaan seharusnya dilakukan dengen penelitian yang teliti terhadap senario politik setempat. Oleh yang demikian, pimpinan gerakan Islam perlulah sentiasa prihatin dan sensitif dengan perkembangan semasa serta kehendak masyarakat agar langkah yang diambil tidak menyebabkan kerugian di mereka nanti.

*Termasuk juga dengan gerakan Islam di kampus.
Rujukan 


 

Muhasabah di pagi hari.

By NOR AZAM MOHAMAD TAMJIS

Jam sudah menunjukkan pukul 2.53 pagi. Isnin sudah berganti Selasa. Malam kian melabuhkan tirai lantas samar-samar pandangan di jalanan. Embun sudah membasahi lelantai bumi. Aku sudah bersandar di kerusi, lelah dihilangkan seketika melalui helaan-helaan nafas panjang. Menyemak diari yang semakin bertambah helaiannya. "Banyak juga kerja untukku", bisik hatiku. Aku melihat di jendela bilik, kelihatan banyak bilik yang masih bercahaya. "Kuat study depa nh", fikirku.  Bilik di M05 ni bukannya luas sangat, kalau seharian duduk di dalam bilik pasti menimbulkan ketidakselesaan dan kegusaran. Pantang kalau sehari tak keluar bilik. Bagiku bilik tidak ubah tempat mengurus dan merehatkan diri. Aku balik bilik bila nak tidur atau nak siap2 p lecture atau kelas. Aku tidak suka terkongkong dengan ruang dan masa, rasa rimaslah. Emm, rasa nak masukkan entry baru. Er..er, mengantuk ni, nanti merapu pulak entry baru ni..Aaachum..last2 tak jadi nak tulis panjang2..


Wtv. Then I decided to put this picture. Just please provide about 50 seconds and think anything in your mind related to this picture..

Syuhada Palestin.

Selatan Thai (palestin di Asia tenggara)

 

Usah dibanyakkan persoalan mengapa berlaku, tetapi apakah yang kita sumbangkan untuk saudara seaqidah yang dizalimi dengan jelas di bumi ini.


"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan" (QS 55 : 13)

 

Insyaallah, bermula dengan Bicara Pendidik siri 1 ini, penulis akan mengupas sedikit sebanyak mengenai bidang pendidikan di Malaysia dan antarabangsa. Juga akan menampilkan ulasan penulis-penulis terkenal tempatan. Penulis juga berhajat menghuraikan perspektif sebenar mengenai pendidikan atau tarbiyah secara holistik yang perlu ada bagi setiap warga pendidik terutamanya warga pendidik muslim.



Tauhid : Asas ilmu dunia dan akhirat.

Nilai paling utama (supreme values) dalam pendidikan berhubung langsung dengan sistem kepercayaan dan keyakinan iaitu aqidah. Aqidah tauhid merupakan fundamental kepada segala terjemahan perlakuan manusia. Dalam tradisi Islam, ilmu yang tauhidik memberikan asas kaitan ilmu dengan keyakinan terhadap Maha Pencipta iaitu Allah.

Pendidikan pula bermaksud suatu proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan perhubungan atau komunikasi dan interaksi antara individu dengan individu yang lain. Proses ini berlaku sehingga manusia mencapai keserasian dalam kehidupannya yang perlu berinteraksi dengan individu dan masyarakat serta alam dan keperluan perhubungan beribadah kepada Allah.

Menurut perspektif beberapa orang tokoh dunia :

Yusuf al-Qaradhawi (1980M) : "Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati dan rohani, jasmani, akhlak dan tingkahlaku. Ia bertujuan untuk menyediakan manusia hidup dan masyarakat yang sering menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan kepahitan".

John Milton (1608-1674M) : "Pendidikan yang lengkap dan sempurna membolehkan manusia bertindak secara adil dan bertimbangrasa dalam segala bidang kerja dan pada setiap masa"

Kesimpulannya, proses pendidikan adalah penyatuan ilmu pengetahuan di bawah al-Quran yang menjadi teras pendidikan. Hal ini berdasarkan ayat quran, 

"(Katakanlah wahai orang2 beriman : Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah) : Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam) dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat." (QS 2 : 138). 

Pendidikan memainkan peranan ke arah mewujudkan keseimbangan antara potensi fizikal, intelek dan rohani manusia. 


Kefahaman ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak

Penulis sering berdiskusi dengan pelbagai lapisan masyarakat mengenai perspektif pendidikan termasuk para ibubapa terhadap anak-anak kesayangan mereka juga rakan-rakan seperjuangan di bidang pendidikan. 

Kebanyakan ibubapa berpendapat lebih banyak jumlah A yang diperoleh dalam peperiksaan, bermakna anak mereka menunjukkan prestasi yang baik.

Sebenarnya tidak tepat mempunyai tanggapan sebegini. Berapa banyak pelajar yang cemerlang namun masih tidak kenal tuhan & tidak jelas makna hidup, lantas tersasar dalam kehidupan. Bukan akademik semata-mata yang dikejar, kerana penilaian berdasarkan ilmu akademik bukan digunakan 24 jam. Manifestasi amalan berdasarkan aqidahlah yang berlaku 24jam sehari bahkan sepanjang hidup anak-anak. Darah muda yang mengalir dalam diri remaja kini (kebanyakannya berada di bangku sekolah@pendidikan) mestilah dimanfaatkan untuk pembangunan masyarakat lebih2 lagi ke arah kebangkitan Islam. Langkah terawal sekali ialah menggarabkan nilai aqidah tauhid yang benar ke dalam diri mereka. Daripada aqidah tauhid itu barulah bercabang perkara-perkara yang lain. 

Pernah penulis mengutarakan kepada rakan-rakan seperjuangan, apabila sudah berbaitul muslim nanti, kita mahu melahirkan zuriat yang bagaimana? Ya, terdiam. Kenapa kerap berbincang mengenai baitul muslim tetapi tidak mempunyai visi yang jelas dalam perkahwinan itu? Mengenai anak, nak anak nanti jadi ape?? Mak bapak yang xda fikrah pun paling kurang nak anak mereka jadi baik(selalu pergi surau/masjid,hormat ibubapa), masuk ke universiti dan dapat pekerjaan yang baik. Yang begini, memang realiti. Kebanyakan ibubapa dalam masyarakat kita ini berfikiran begini(nak anak jadi baik,masuk Uni dan ada kerja). Penulis tidak menyalahkan, malah menghormati pendirian ibubapa tersebut. Tetapi skop ini masih kecil. Jangan terkejutlah, kalau ada sesetengah ibubapa xnak anaknya terlibat dengan demonstrasi yang menuntut keadilan hak terhadap manusia, xnak anaknya terlibat lagi dengan aktiviti2 di kampus setelah bekerja, xnak anaknya terlibat dgn perjuangan Islam, xnak itu..xnak ini..dan pelbagai lagi.

Jadi zuriat bagaimana yang dimahukan? Zuriat yang dimahukan, anak-anak, cucu-cucu yang diasuh, dijaga, dididik dan diberi ilmu, agar beriman dan kenal Allah. Inginkan zuriat menjadi hamba-hamba Allah yang berakhlak dan bertaqwa yang akan menjadi mata-mata rantai perjuangan Islam kita itu walaupun setelah kematian ibubapa zuriat tersebut. Memang setiap umat Islam yang belum rosak jiwanya sangat menginginkan agar Islam terus bersambung daripada satu generasi ke generasi yang seterusnya. Zuriat yang telah didik menjadi mukmin yang sejati itulah merupakan aset kepada ibubapa. Zuriat itu juga boleh menjadi harta dan tenaga kepada Islam. Zuriat beginilah yang ingin kita lahirkan tiap-tiap generasi kita. Apabila dikatakan bahawa anak kepada si polan bin polan itu masuk penjara atau syahid di tali gantung kerana memperjuangkan Islam, itulah kebanggaan yang sebenar buat ibubapanya.

Isu tauhid asas ilmu dunia dan akhirat.

Nilai tauhid ini menjadi asas tasawwur(gambaran) atau pandangan semesta yang menjadi tunjang kepada asas ilmu atau epistemologi.  Epistemologi dalam Islam merujuk al-Quran sebagai sumber ilmu, hadis sebagai sumber qudwah@contoh Qurani dan memberikan pedoman berfikir supaya sifat ilmu berkembang dan terhubung dengan realiti kehidupan. 

Tauhid yang dijadikan nilai paling utama kerana dpdnya terhubung ilmu dalam pelbagai disiplin yang sumbernya dari Allah. Ilmu mengenai tauhid memberikan landasan berfikir bahawa Allah itu satu2nya Pencipta yang Agung dan dariNya lahir alam ini. Dpd alam ini terdapat sumber ilmu yang amat kaya dan dpdnya manusia meneroka dan mengetahui pelbagai rahsia di sebalik kejadian yang berlaku.

Allah menjadikan sesuatu dalam alam dan muka bumi ini bersebab. Sesuatu itu, baik manusia, makhluk dan kehidupan sama ada yang ghaib atau yang nampak mempunyai hikmah kewujudan. Hal ini berdasarkan firman Allah s.w.t. :

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda(kekuasaan,kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal." (QS 3 : 190)

"(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan kejadian langit dan bumi (sambil berkata):Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka." (QS 3 : 191)

Hanya saintis yang dipandu fikir dan zikir mampu menghubungkan sesuatu kejadian dengan penciptaan dan maksud penciptaan. Pemahaman terhadap tauhid memberikan asas yang teguh mengenai kejadian dan hakikat kejadian.



Dalam pelbagai disiplin ilmu, al-Quran dan Sunnah mestilah dijadikan tunjang. Hal ini disebabkan akal manusia ada 'limit'nya dalam pelbagai perkara. Jika akal digunakan sesuka hati@logik akal, maka semakin kurang keyakinan terhadap yang ghaib dan menifestasi segala perbuatan kita menuntut petunjuk dari Maha Pencipta.

Belajar sains pula, apa sains ni? Sains secara umum kita faham ialah kajian/mengkaji/mengumpul data. Mengkaji sains pada hakikatnya mengkaji mengenai rahsia kejadian dan penciptaan. Kalau sekadar mengkaji 'benda itu sebagai benda' dan 'fenomena itu sebagai fenomena', maka hasil kajian itu nanti sekadar luaran sahajalah. Yelah, sebab kita x kaitkan pun dgn penciptaan alam. Kalau dikaitkan dengan penciptaan alam, kita akan menemui rahsia penciptaan sekaligus meningkatkan dan mengukuhkan keimanan.

Penulis menekankan lagi bahawa tanpa nilai tauhid, manusia tidak dapat menghubungkan sesuatu kejadian itu dengan Pemilik dan Penciptanya. Hasil kajian saintifik tu pulak memangle nampak gah tetapi hanya bersifat luaran(kosong intinya), dangkal dan tidak mendalam. Jiwa tadabbur yang tinggi, tidak sekadar mengkaji sesuatu secara luaran tetapi terhubung langsung dengan petunjuk bersumberkan al-Quran.

Sebagai contoh, dalam kelas perbandingan agama/KPA @ Comparative Religion Class yang dikelolakan oleh Pusat Islam USM dan IPSI, banyak membincangkan mengenai 'fundamental of religion'. Dalam sumber rujukan tiap2 agama(kitab), Islam-Quran, Kristian-Bible dan Yahudi-Bible Old Testament, kita dapati bahawa al-Quran banyak menampilkan peristiwa2 ajaib yang berlaku di alam semesta. Sebagai contoh, konsep Dukhan atau asap/gaseous yang disebut saintis, sebenarnya ada disebut dalam al-Quran. (Rujuk surah ad-dukhan)
Teori Dentuman Besar atau Big Bang Theory oleh Stephen Hawking juga telah disebutkan di dalam al-Quran surah al-Anbiya' (QS 21 : 30).

Paling menarik ialah peristiwa letupan2 bintang di langit yang dirakamkan dalam surah ar-rahman (QS 55 : 37). Ayat ini merujuk kepada fenomena Supernova. Supernova ni sebenarnya penemuan yang baru di abad ke-20, sama seperti Theory Big Bang juga(abad ke-20). Supernova ini hanya ditemui melalui teknologi Teleskop Angkasa Lepas Hubble(juga baru dibina sekitar abad ke-20). Sedangkan Al-Quran telah mendedahkan perkara ini sekitar 1400 tahun yang lepas. Subhanallah.



Justeru itu, nilai paling utama iaitu tauhid menjadi fundamental yang amat penting dalam proses pengilmuan dan pendidikan. Baik subjek sejarah, geografi, matematik, sains dan teknologi, semua subjek dalam alam adalah terhubung secara langsung dengan nilai tauhid sebagai nilai yang paling utama. Mempelajari ilmu dan pendidikan Islam adalah bersifat integratif. Mempelajari tauhid pada hakikatnya adalah mempelajari seluruh disiplin ilmu. Nilai paling utama menjadi faktor pengikat yang membentuk tasawwur atau gambaran semesta yang mampu menghubungkan Maha Pencipta dengan segala ciptaanNya bagi kepentingan manusia yang lebih murni. Allahua'lam.


Rujukan :
1. Al-Quran
2.Majalah Pendidik
3. Supernova 1

 



Pagi tadi(6.57a.m. Rabu 28/04/2010) penulis dikejutkan dengan berita dari kampung. Mak menelefon.. "...adik, kakak kamu demam lagi.....die tak mkn lagi dpd malam tadi haa.." keluh mak...

Aku tersentak, terus menghentikan pembacaan buku. Selalunya susah untuk aku menghentikan pembacaan buku melainkan ketika sangat-sangat mengantuk. Namun, melihat ke halaman rumah yang sentiasa dihurung permasalahan memanggil aku untuk berfikir dan bertindak. Baru sahaja balik menjenguk sebentar keluarga di kampung minggu lepas(Rabu). Kakak ketika itu masih demam tetapi beransur pulih dan sudah masuk ke 'office' semula. Seminggu sebelum itu sudah 'update' dgnnya di 'muka buku', dia mengatakan bahawa sudah putus dengan bakal tunang. Hmm.. Lebih baik putus sekarang daripada buat hal masa dah kahwin nanti. Maknanya ada yang lagi sesuai untuk dia, tu pun kalau dia mengerti.

Astaghfirullahal 'azim, masalah ini telah lama ku hidu. Dari dahulu lagi sudah aku katakan jaga maruah diri dan keluarga. Kalau nak juga usah bertangguh urusan penting yang sebegitu rupa. Percepatkan proses kahwin tu ja. Tetapi jalan yang mudah ringkas untuk mengikat hati dan perasaan yang bukan anjuran Islam itu juga yang digunakan. Berapa banyak kali abang, mak dan ayah tegur. Tapi buat 'dono' je. Nah! Padahnya sudah tiba sekarang! Aku memikirkan kesusahan yang ditanggung mak dan ayah. Mereka semakin tua. Mereka memerlukan kasih sayang dan tumpuan lebih daripada material. Ayah juga susah-susah bekerja menyara keluarga dan aku yang berada di sini. Usahlah tambah dengan masalah peribadi sehingga mengheret mak dan ayah yang belum terjaga kebajikannya itu. Allah, inilah rintihan aku.

Rasa cinta itu fitrah, namun boleh dijustifikasikan sama ada cinta atas dasar kehendak atau cinta atas dasar keperluan. Keperluan cinta oleh manusia yang sebenar-benarnya ialah cinta kepada Allah dan RasulNya. Juga cinta pada ibu dan ayah asalkan tidak melebihi Allah dan RasulNya. Jika cinta kepada Allah dan Rasul ini tidak dimanifestasikan dalam perbuatan(kita x mindset sbg keperluan), maka terjadilah pelbagai jenis kebobrokan gejala sosial dan maksiat. Panjang ulasannya kalau penulis masukkan mengenai gejala sosial dalam masyarakat akibat kecelaruan pemikiran dan pengamalan agama. Islam tidak menghalang gerbang percintaan sesama lelaki atau perempuan selagi mana tidak menyalahi syarak. Bagi pasangan yang sudah berkahwin, cinta merupakan salah satu keperluan bagi memastikan kelangsungan perkahwinan mereka. Kalau cinta itu tidak hadir dalam diri pasangan suami isteri terbabit, maka boleh juga menjurus kepada keretakan rumah tangga. Ingat, bukan hanya kebajikan material sahaja yang perlu diberikan perhatian malah kebajikan rohani juga perlu diambil berat. Cinta atas dasar kehendak itu ialah cinta yang berkiblatkan nafsu. Nafsu menjadikan cinta itu sebagai kehendak.


Pada asalnya hukum perkahwinan ialah harus. Walaubagaimanapun, keharusan ini boleh berubah. Bagi mereka melangkah ke gerbang pernikahan itu ada 4 hukum yang digariskan Islam. Wajib, sunat, makruh dan haram.(klik sini)  Sebelum tu perlukan persediaan dari semua aspek untuk memastikan perkahwinan itu sentiasa di atas landasan yang benar(mardhotillah). Kita juga ada pertunangan sbg peluang untuk berta'aruf dengan bakal suami/isteri dan ahli keluarganya. Istilah pertunangan dan pernikahan ada dalam Islam tetapi tiada pula istilah 'couple' dan bersekedudukan. Pertunangan dan pernikahan itu menjamin kebajikan perasaan sedangkan bercouple dan bersekedudukan tidak mendatangkan keredhaan Allah dan mencabul perasaan. Buktinya telah ada. Boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan pulak tu akibat daripada jiwa kacau(frust menonggeng).



Berbalik kepada masalah penulis, hampir terlupa masalah-masalah yang berlaku di kampung tatkala melangkah ke kampus. Aku ni sibuk sangat ke? Orang lain pun sibuk juga bha. Allah anugerahkan pengalaman dan masalah yang berlainan kepada tiap-tiap individu itu untuk membentuk dirinya. Maknanya, sibuk penulis dan orang lain tidak sama(walaupun sama-sama sibuk) dan juga laluan tarbiyah yang dianugarahkan oleh Allah itu juga tidak sama. Sebagai contoh, penulis amat menggemari memancing ikan, kita maklum bahawa tarbiyah daripada memancing ikan ini membina kesabaran kita. Alhamdulillah, di kampus masih lagi tidak melatah dan mengawal kesabaran dalam bermuamalat dengan individu lain. Tarbiyah kebanyakan nabi dan rasul sebelum diangkat menjadi dan rasul ialah mereka bekerja sebagai pengembala kambing.(Rasulullah s.a.w, Musa alaihissalam) Sahabat-sahabat sekalian tahukah bahawa bagaimana rasanya mengembala kambing??(sila tanya pengembala kambing sendiri&rujuk sirah Rasulullah s.a.w ) Klik sini
Pengalaman Rasulullah itu baginda gunakan untuk memimpin umat kerana tiap-tiap manusia itu memiliki pelbagai karenah, begitu juga dengan tiap-tiap kambing ada "pe'elnya" yang tersendiri.

Masalah itu tidak akan penulis panjangkan di 'entry' ini dan lebih kepada perkongsian teladan kepada pelawat semua. Allahua'lam.

 

Tony Blair ke Malaysia? GAMIS BANTAH!

By NOR AZAM MOHAMAD TAMJIS





Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) membantah sekeras-kerasnya kehadiran penjenayah perang, Tony Blair ke Malaysia.Menurut sumber, sebuah syarikat Success Resources berpengkalan di Singapore dan juga beroperasi di Malaysia akan menjemput bekas Perdana Menteri Britain , Tony Blair untuk menyampaikan ceramah di National Achieves Congress 2010 Pada 24 hb April 2010 . GAMIS memandang serius jemputan penjenayah perang tersebut kerana ianya seolah-olah penghinaan kepada pencinta keamanan di seluruh dunia.

Menurut Presiden GAMIS, saudara Mohd Idris Bin Mohd Yussoff, penghormatan terhadap Blair sebagai penceramah dalam kongres tersebut seolah-olah menunjukkan betapa pihak penganjur tidak sensitif terhadap penderitaan berjuta rakyat Iraq, mangsa yang tidak bersalah akibat tindakan jenayahnya dan perasaan rakyat Malaysia yang menyokong mereka sepenuhnya. Bantahan ini dibuat atas dasar Blair adalah penjenayah dan pembunuh besar kerana bersekongkol dengan bekas Presiden Amerikat Syarikat , George Bush yang bertanggungjawab merencana dan melaksanakan pencerobohan ke atas Iraq .

"Dalam keadaan hati rakyat Malaysia yang masih luka dengan penglibatan syarikat Yahudi APCO Worldwide dan Asiasoft dalam pentadbiran negara serta pendirian Perdana Menteri selepas bertemu Barack Obama berkaitan Afghanistan dan Iran, isu ini seola-olah menambah luka di hati kita. Pihak Success Resources seolah-olah tidak memandang kepada sensitiviti rakyat ini serta pejuang keamanan seluruh dunia. Tony Blair sepatutnya berdepan dengan perbicaraan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa di atas jenayah kejam yang dilakukan olehnya, bukan mendapat penghormatan sebegini,"

Justeru, GAMIS, NGO mahasiswa Islam yang turut berpendirian dengan NGO-NGO yang bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menggesa agar pihak penganjur membatalkan syarahan itu bagi menghormati permintaan dan perasaan rakyat Malaysia dan menyeru orang ramai supaya mengadakan demonstrasi terhadap kunjungan Blair.Kepada mereka yang mampu untuk mendekati Blair diseru untuk menguatkuasakan tangkapan ke atas beliau kerana tindakan beliau melakukan jenayah kemanusiaan. GAMIS turut menggesa pihak kerajaan Malaysia agar mengharamkan penjenayah perang seperti Blair dan Bush daripada memasuki Malaysia.

Blair dikecam di seluruh dunia semenjak pencerobohan Amerika Syarikat-Britain terhadap Iraq pada tahun 2003 yang telah mengakibatkan kekejaman terhadap rakyat Iraq dan kemusnahan sepenuhnya tanah air mereka. Lebih daripada 1 juta orang mati akibat daripada perang itu. Hampir 5 juta orang kehilangan tempat tinggal, 2.7 juta di dalam negara dan 2.3 juta lagi menjadi pelarian di negara jiran. Ekonomi Iraq, hospital, sekolah, dan infrastruktur untuk kemudahan asas sosial turut musnah. kata Mohd Idris.

GAMIS tetap bertegas dengan pendirian, mana-mana agensi dan juga pemimpin negara yang mempunyai kaitan dengan Israel dan Yahudi tidak boleh diterima sama sekali dengan cara apa sekalipun.