Konsep Jihad dan Salah Tafsir Barat Mengenainya.
12 RABIULAWAL 1431 H. = JUMAAT 26 FEBRUARI 2010.
Dakwah Praktikal : Spread The Love of Prophet Muhammad.
Bersempena dengan peristiwa kelahiran Nabi Muhammad, kita mengambil manfaat utk menyampaikan kepada nonmuslim khasnya, siapakah individu yang disambut kelahirannya pada hari ini.(Ramai non muslim tahu & suka hari ni public holiday, tetapi tidak tahu peristiwa di sebalik public holiday hari ini)
Hari ni kita tinggalkan polemik perarakan Maulidur Rasul, usahlah dipanjangkan polemik mengenai perkara tersebut kerana perarakan itu hanyalah harus. Telah nyata keharusannya dalam perbuatan. Buat tidak berpahala, tinggal tidak berdosa. Umat Islam adalah umat yang kreatif dan sentiasa berinovasi dalam kehidupan terutama bagi golongan yang faham Islam, mengasaskan pelbagai kaedah untuk menyampaikan dakwah kepada non muslim dan mengislahkan umat Islam sendiri. Sudah berpuluh tahun berarak, KPI perarakan ini tidaklah memberi kesan yang efektif dalam menambahkan pemahaman umat terhadap intipati kehadiran Rasulullah s.a.w. ke dunia ini. Apa salahnya kita tukar dengan sesuatu yang lebih memenuhi matlamat dakwah Islam itu sendiri. Tidak salah kalau nak teruskan juga, tetapi buatlah inovasi sedikit supaya selari dengan tuntutan dakwah.
Haa, berbalik kpd aktiviti pada hari ini, setiap individu diberikan 15 kuntum bunga ros(attach brsama coklat cadbury) dan 15 buah buku(Michael H.Hart-FROM THE 100, A RANKING OF THE MOST INFLUENTAL PERSONS IN HISTORY, MUHUMMED NO.1) Ada lagi sebuah buku bertajuk MUHAMMAD PROPHET IN ISLAM, (kalau tak silap). Seawal pukul 9.30pg shbt2 telah mula berkumpul, setup buku-buku yg akan diedarkan bersama2 'special gift' yg lain. Shbt2 yg hadir terdiri daripada penuntut Kelas Perbandingan(Comparative religion class) Fasa 1,2 dan 3 berjumlah 20 +/-(lebih kurang).
Sebelum pembahagian kumpulan dan spot-spot tertentu, Brother Kamaruddin-Pengerusi IPSI memberikan tazkirah dan kata-kata semangat yang cukup tinggi nilainya. "Kita cuma menanam benih, tetapi Allah lah yang menurunkan hujan keatasnya, Allahlah yang menumbuhkannya....." Dakwah kita sebenarnya tidak seberapa jika nak dibandingkan dengan dakwah nabi, namun bukan bermakna kita langsung tidak mahu buat atas sebab 'tak seberapanya' dakwah kita tetapi inilah bekalan kita di akhirat nanti. Siapa tahu, kita cuma berusaha. Selebihnya Allah yg menurunkan hidayah itu ke dalam hati orang. Hidayah itu milik Allah, tetapi sampaikanlah kebenaran kepada orang lain seolah-olah hidayah itu milik kita.
Setiap aktivis dakwah dibahagikan kpd partner masing-masing(2 orang tiap2 partner,sama jantina). Bagi 'hotspot' spt RST, Perpustakaan-Bakti Permai-Cahaya Gemilang-Rumah Antarabangsa dan Sg Dua-Pst Islam-Eureka, dicaturkan 2 partner ke sana. Usai doa pembukaan, kami bergerak ke spot masing-masing dalam pukul 11.01pagi.
Seawal perjalanan pun sudah rasa keseronokan tidak kurang juga rasa risau (adakah mendapat sambutan baik dpd NonMuslim). Sampai shj di bank Islam BP,(kami@bro hisyam, akh wandi n 2 org lagi kakak) bkumpul dan sdkt prbncgn mgnai prgerakan dan skrip akhlak dan kata2 yang perlu diungkapkan. Kami menyelaraskan metod tersebut kepada happiness. Bunga Ros=Kasih sayang. Coklat Cadbury=Pemberian Ikhlas. Buku=Simbol keilmuan. Semua 'special gift' yang kita mahu berikan ini molek-molek belaka, tetapi yang menentukan kemolekannya dihadapan mata mad'u nonmuslim kita ialah akhlak kita semasa berdakwah(mendatangi dengan senyuman sentiasa, muka manis, bertanya khabar, kata-kata yang baik) juga bahasa tubuh yang tepat(gaya memberi bunga dan buku serta cara 'interupt' nonmuslim). TETAPI yang paling penting, jangan lupa di akhir pertemuan ucapkan "Enjoy your reading.!Brother and sister."
Rumusan teknik 1.
Interupt - Hello/hi brother & sister. How are you today.?
Soalan - Do you know what day is today.?
Memberitahu -Yep, this day is holiday. So, do you know what is the reason of this holiday.?
Actually, this day is the birthday of our prophet Muhammad.
Suprise - So, we have special gift for you. A flower with chocolate and also a book about our prophet written by a christian scholars.
Sesi FAQ(jika ada)
Appreciate-Minta izin ambil gambar sbg memori yg bermakna.( Could we took a picture together as a great moment for us today.?)
Kata-kata perangsang- Enjoy your reading.!
-semua perkataan-perkataan ini diungkapkan sebutir-sebutir dengan jelas dan catchy serta nada lembut. Sambil itu jika seorang bercakap, seorang partner lagi kena senyum sokmo. Gaya memberi bunga dan buku disekalikan dgn suprise(We have special gift for you.!)
Yang ni sedikit-sebanyak daripada rumusan teknik 1, utk teknik seterusnya penulis akan sertakan kemudian.
Boleh dikatakan hari ini ialah kenangan dan sejarah manis dalam siri-siri dakwah Non Muslim bagi penulis dan sahabat-sahabat semua. Kita berjumpa dengan orang yang kita tidak sangka utk jalinkan perhubungan dengan mereka. Siapa tahu, balik ke bilik, waktu tengah malam, esok lusa dan akan datang mad'u tersebut membaca buku mengenai Nabi Muhammad tu, dan Allah kurniakan hidayah kepadanya. Itulah sebabnya, kita yang menanam benih, selebihnya itu tugas Allah s.w.t.
Allahua'lam.
Hari paling gembira buatku..
Bunga Ros+Coklat Cadbury+Buku Michael H.Hart.
(UTUSAN ONLINE)
Polis Turki tahan 50 komander tentera rancang rampasan kuasa
23/02/2010 3:45am
ANKARA 23 Feb. – Polis Turki menahan kira-kira 50 komander tentera semalam atas dakwaan merancang untuk meletupkan masjid dalam usaha mencetuskan rampasan kuasa oleh pihak tentera dan menggulingkan kerajaan Islam.
Penahanan 49 pegawai tentera kanan, termasuk anggota kelas elit yang dikenali sebagai `Pashas’, gelaran yang dihormati ketika zaman pemerintahan Ottoman, membuktikan pegawai-pegawai tentera tidak lagi bebas dari sisi undang-undang.
Tentera sekular Turki telah menyingkirkan empat kerajaan sejak 1960, menunjukkan betapa kuat pengaruh dan kuasa mereka sejak Mustafa Kemal Ataturk, mewujudkan negara republik.
Sementara itu, Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan menolak untuk mengulas berhubung penahanan tersebut dan memberitahu mereka telah diserahkan kepada pendakwa raya. – AP
___________________________________________________________________________________
Sebelum ini banyak cubaan2 yang dilakukan oleh pihak tentera dalam menggulingkan parti pemerintah yang membawa mesej Islam. Boleh dikatakan usaha2 pihak tentera(memang sekular@pendokong sekular) berjaya. Melihat kpd sejarah Turki sendiri, Dr Najmuddin(Necmettin) Erbakan yang menubuhkan Parti as-Salamat(membawa mesej Islam) pd 1972, kemudian memasuki pilihan raya Turki pd 1973(bergabung dgn Parti Rakyat Turki) menang pd plihan raya tsbut. Namun, kerajaan yang ditubuhkan hanya bertahan selama 7 bulan akibat konspirasi pihak tentera yg kuat brpegang pd prinsip sekularisme utk menggulingkan kerajaan. Pada 1977, Dr Necmettin mndpt sokongan dpd anggota parti pimpinannya, akhirnya brgabung dgn Parti Gerakan dan Parti Keadilan yg menang dlm plihan raya dan membentuk kerajaan campuran buat kali ketiga. Sayangnya, pihak tentera sekali lagi menghidu bau2 Islam yg dibawa Dr Necmettin dan pihak tentera mgarahkan beliau mninggalkan arena politik kerana didakwa mnyerapkn ajrn Islam ke dlm amalan politik yg dianggap bercanggah dgn prinsip sekularisme. Beliau dipenjara brsama2 33 org yg lain dpd komponen Parti Gerakan, Keadilan dan as-Salamat. Pd 1986, Parti Refah ditubuhkan demi menyambung legasi perjuangan Islam. Parti ini membawa mesej Islam dan berselindung dgn wajah gerakan yang cakna rakyat dan gerakan kebajikan. Namun pihak tentera masih sama, curiga dan sentiasa mengawasi pergerakan Parti Refah. Pd 1996, Parti Refah bertanding dalam Plihan raya Turki dan menang besar dan Dr. Necmettin dilantik sbg Perdana Menteri. Namun seperti yg diramal, pihak tentera menjalankan kerja mereka dgn baik sekali sbg manifestasi kebencian mrk thdp Islam. Kerajaan ini hanya bertahan selama 7 bulan dan ditumbangkan pd 1997. Pd 1998 pula, Parti Refah diharamkan. Walaupun begitu, kini legasi perjuangan Islam di Turki tetap diteruskan dan jelas dilihat bahawa AKParti(Parti Keadilan dan Pembangunan) ialah sebuah parti yang mewarisi perjuangan tersebut.
Disampaikan oleh: HABIB KASIM IBN JA'FAR IBN MUHAMMAD as-Saqqaf al-Hadrami al-Husaini.
(Nota berikut merupakan nota ringkas yang telah diambil ketika Habib sedang menyampaikan Tazkirahnya. )
1. Kalimat Syukur itu sendiri merupakan nikmat dari Allah. Nikmat Allah sentiasa diperbaharui dengan kita sentiasa melakukan sujud syukur. Manusia tidak mampu mensyukuri segala kenikmatan Yang Allah berikan.
2. Kita tidak sedar dengan kewujudan nikmat ALLAH sehingga nikmat itu ditarik balik Dari Allah
3. Cuba kita perhatikan salah satu nikmat dari Allah, iaitu kebolehan kita bernafas. Bila nikmat itu diambil , contohnya seperti ketika kita diserang dan dicekik orang, kita akan rasa betapa besarnya kehilangan kerana tidak dapat bernafas. Manusia tidak akan sedar akan kenikmatan yang diberi kepadanya sehingga kenikmatan itu dimabil daripadanya. Oleh itu kita wajib sentiasa bersyukur kepada Allah.
4. Antara nikmat-nikmat dari Allah yang besar adalah Nikmat Islam, kita digolongkan di dalam golongan yang beriman dan Kita digolongkan di dalam umat Nabi Muhammad(selawat dan salam ke atasa baginda) iaitu umat yang lebih baik daripada umat-umat yang terdahulu.
5. Daripada nikmat Islam itu sendiri, terkandung lebih banyak nikmat. Umat terdahulu menjadi debu dan dihancurkan kerana tidak beriman kepada Allah.Jibril(alaihissalam)